29 December 2012

BAHAYA!!kacang soya





Assalammualaikum...selamat pagi semua bloggers and all guest,

Pagi2 dah carik incek goole terjumpe satu hal penting harus diberikan perhatian
Masyaallah..semoga sama-sama kita ambik ikhtibar yeaaa..

ANTARA KEBURUKAN SOYA:


1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??



Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.


Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)


Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially





DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK  KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).


(: komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)



Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(: phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)



Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)


Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.



Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.



Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


KESDikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!



KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

26 December 2012

Bersabarlah kamu


Kadang-kadang aku rasa macam nak lari jer dengan nie semua.Kenapa yea lepas satu-satu akan datang masalah yang membuatkan aku rasa give up dan tak semangat nak keje. Bagi aku kalau time keje fully utilize time keje.tapi bila cuti macam  diganggu cuti macam tak cuti jer rasa best tak

Ahhh tak aman rasanya.Mana pergi privasi diri ini yang macam tenggelam timbul.ada jap tak ade balik

Susahnya hati ini rasa ta best..dan rasa macam dah putus asa!!

Nak jadi cikgu boleh?

Azam tahun depan nak try mohon cikgu mane taw ade rezeki kan tambah-tambah aku paling suke subjek sejarah dan bahasa Melayu  yesss..moga2

Bolehlah sambil 2 dapat tahu sket isu semasa ini tak macam katak bawah tempurung pagi keje dan balik keje  penat trus tido..haha

Mood:bosan dan putus asa sekejap :p



09 December 2012

7 kebaikan menangis



Ada beberapa alasan manusia menangis:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.
Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


02 December 2012

Pergilah air mata


Bila air mata jatuh ke pipi menandakan ada dua sebab pertama aku sedihkan tentang sesuatu ataupun aku sedih sebab gembira.Sedih itu bukan selalu akan datang kepada aku namun sedih itu satu tanda diri ini rasa tidak dapat nak menanggung perit di hati ini..

Bila hati aku sedih...aku memang sedih..disebabkan emosi tidak dapat di kawal lantaran gugur juga butir-butir jernih di pipi. Bukan sebab aku tak kuat aku dah cuba kuat aku dah kuat..tapi bila orang lain berprasangka tak baik membebel itu membebel ini korang rasa korang boleh tahan tak?

Aku rasa down..low motivation aku rasa aku paling teruk orang lain semua bagus.Aku rasa aku macam tak layak aku nie teruk.Bukan aku nak negativekan statement beliau katakan..tapi tolonglah faham situasi aku disini.

Ya Allah aku cukup sedih dengan keadaan nie ditambah pula kehilangan seorang kawan yang bakal beralih arah kerja kerajaan.Aku masih terkapai-kapai mencari titik permulaan.Titik permulaan yang masih belum pasti.


Berguguran satu demi satu air jernih di pipi merasakan tamparan hebat diuji sebegini.Aku tahu Allah tak kan uji aku kalau aku tak mampu hadapinya. Dengan harapan dan doa agar aku diberi kekuatan dan petunjuk untuk berhadapan dengan keadaan ini

Biarlah aku menangis sepuas-puas semahu-mahu aku supaya tekanan ini akan redha.Dan mungkin ini cara aku untuk melepaskan tekanan.Menangis dan menangis supaya kelegaan di hati ini boleh diubati.Sesungguhnya aku insan yang lemah dan masih mencari-cari erti kehidupan sebenar.

Semoga aku akan menjadi insan yang lebih tabah, kuat dan yang penting aku dapat membantu family aku serba sedikit.Biarlah pengorbanan aku ini berbaloi.Aku bukanlah berasal dari golongan yang senang golongan yang mampu memiliki segalanya. Semuanya atas usaha kita..insyaallah moga-moga Tuhan akan permudahkan.

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu