Assalamualaikum dan selamat malam semua,
Hari ini angka yang menarik untuk dikenang sebagai tarikh menempa sejarah ulang tahun percintaan kami ke-6..The date is 13.1.2013..nice bukan..?? Syukur alhamdulillah!!Eloknya kalau tarikh ini kami menamatkan zaman bujang kami..hahaha..betol tak incek Boyfiee??
Selama berkawan dengan si dia ada juga pasang surutnya dalam sesebuah perhubungan..Kadang-kadang aku merasa kepahitannya, manisnya pula bagaikan madu, sakitnya tiba-tiba dan angau tak menentu..apakah itu..penangan bercinta..sekali rasa terguris ibarat pisau tertusuk di dada..
Awak..Saya sayangkan awak jauh dari sudut hati saya, saya cintakan awak. Kadang-kadang saya mahukan yang terbaik dari awak walaupun takkan ada manusia yang lebih sempurna di dunia ini.Terima kasih kat awak sebab faham saya.Kadang-kadang walaupun kita sibuk dengan hal masing-masing tak juga bermaksud saling melupakan sebaliknya ada urusan mengenai masa depan yang harus diutamakan.
Awak...
Sering ku memandang ke langit,
Seolah-olah hati ku tersisa di sana,
Tika awan berbentuk di langit,
Terpancar kalimah yg tiada terkata..
Cintaku pada langit berputik sementara,
Keinginan untuk mencapainya di tunggu seketika,
Bukan kerana cinta ku pada langit membuatkan ku gila,
Tetapi kerana langit sedang memandang ke arah si dia,
Bagaikan sedangku memandang padanya..
Mencintai Allah dan RasulNYA adalah sebaiknya,
Menyerahkan hati ini hanya untukNYA,
Namun terselit juga dihati untuk bercinta,
Mencintai insan yg begitu cinta padaNYA,
Apakah bisa daku mencintai dia,
Untuk melayari bahtera bersamanya,
Yang sentiasa mengharapkan keredhaan dariNYA
Setinggi mana pun cinta awak pada saya tinggi lagi cinta saya kepadaNya
Cinta kepada Ilahi akan lebih kuat dan mantap apabila ada penyatuan dan kerjasama daripada dua jiwa yang saling menyintai kerana Allah keduanya bahagia dalam erti kata yang sebenar.
Terima kasih kat awak jaga saya selama ini dan teruskanlah bimbing saya menjadi wanita yang lebih baik di mata awak!!