Showing posts with label K.A.M.I.. Show all posts
Showing posts with label K.A.M.I.. Show all posts

11 July 2014

Nota Cinta Untuk Yg Tersayang

1. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati ..
2. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu
3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!
5. Hello..
Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!
6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
7. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang
8. Luahan Cinta Ibarat Kentut..
ditahan sakit… dilepas malu… dah keluar..fuhhh! Lega!!!
9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..
10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
14. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.
16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…
19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?
20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
22. Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…
23. Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..
24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
25. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..
26. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

 To Mohd Ridzuan..Special thanks for being my partners of love..Hopefully we can stay together until JANNAH..Amin..!!In syaa Allah!!




06 May 2014

First Date^

Assalammualaikum semua..
First date!!!ape tuh..first dating dengan Incek tunang laaa korang...Dalam kesibukan komitmen dengan kerja kerja dan kerja Incek tunang turun Perak jumpe aku..haha lame tuh selepas bergelar tunagan orang penghujung Disember 28.12.2013 sehingga lah 22.03.2014 kami berjumpa..See lamekan??

Tak plan pun sebab risau tak menjadi soo berjaya jugaaaa yeayyyy....heee camne ye perasaan tuh bile dah bergelar tunang orang.Susa nak cakap better korang rasailah sendiri..Orang cakap darah tengah manis kan kan?

2 hari beliau berkampung disini dan dua hari jugalah berjalan disini...Hahaaa...yg penting da dapat restu dari orang tua kan.itu paling penting dalam meneruskan perhubungan yang dibina bersama..kan?


First moment wif Incek tunang tersayang.Tengs for coming luv u more Mohd Ridzuan!!

TROWBACK:ENGGAGEMENT DAY

Alhamdulillah dah melangkah ke satu stage pertengahan dalam perhubungan yang dibina ini.Terima kasih Ya Allah dipermudahkan urusan.Sebenarnya aku nakk trowback balik kisah pertunangan aku dengan incek Boyfiee.Banyak juga ye cabaran orang nak bertunang nie ye.Last minit juge preparation lagi  2weeks events baru la nak tergedek-gedek setup and plan majlis dengan harapan agar semua berjalan dengan lancar.

5 hantaran dari pihak lelaki berbalas 7 dari pihak perempuan.

Lelaki
Kek
Cincin
Buah-buahan
Coklat bentuk Mangga
Sireh Junjung

Perempuan
Kek
Coklat Cadburry
Apam Polkadot
Wajir
Kuih Bakar
Sireh Junjung
Buah-buahan
Biskut Strawberry (pemberian sepupu)
3 kek extra (dr makcik, mak saudara, opah)

#Haaaa amek sampai jadi 11 hantaran perempuan..
#Katering disponsor oleh abah aku

Mini Pelamin+Makeup oleh my makcik juge dapat la harga sedare.Save disituuuu!!!
Baju Kurung Moden???Heee beli jerk kat GM
Shawls??beli online
Photographer???bajet sajee



Berdeborrr di hati tuhan je tahu..Rombongan dari utara pon lambat lagilah bertambah nebesnye..Pukul 3pm jugee aku tunggu.Lame x?Heeeee....suke and heppi bile nampak kelibat beliau okey..

Masa sarungan cincin oleh my bakal mak mertua..haaaa. rasa macam nak lariks je..Btw alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.



Cincin pun sukeeee...so big suprise wif cincin yang diberi..Sebab bukan aku yang pilih Incek Boyfiee and adik beliau okey..Wahhhh!!!sgt sukeee tengs sayang...



LOVE U MORE!!! Semoga ikatan ini memberi seribu satu kenangan dan yang penting kita kuat untuk masa depan bersama for next step sayangggg.Ehhh awak da jadi tunang saye laaa...Incek tunang la kite kol awak eh?? Selamat bertunang!!.In Syaa Allah!!!

05 May 2014

Moments Lagi

Haiiiii...lamenye tak update blog kesayangan hamba.Rinduuuuuu...Tak terungkap dengan kata-kata la rindu nak celoteh rinduuu nak menaippp satu persatuuu kisah kisah abadi..In syaa Allah

Moments 6-10-2013

Sebenarnya nak abadikan kenangan dengan Incek Boyfiee pada masa dan saat itu tapi almaklumlah masa tuh entah kenapa ye keadaan semasa tak mengizinkan aku nak update kisah kami.Bukan apa sebelum nie aku dan dia penah berjumpa tapi sekadar melawat pada ketika aku pernah jatuh sakit dan dia sanggup datang dari jauh nak melihat keadaan ini. Dan kami ada juga plan nak beraye bersama tahun 2013 tapi hajat tak kesampaian ye.ok faham-faham sebab halangan tuh  dugaan kecil buat kami.

Soooo tarikh keramat 6 OKTOBER kira dating meluangkan masa bersama.together-gather katenye lahh!!

 AT TAMAN MONYET






AT MARINA BAY


Buatmu sayang MOHD RIDZUAN
Terima kasih atas kesabaranmu,ketabahanmu,kesetiaanmu,kejujuranmu sayang
Alhamdulillah!!
SEKIAN....


19 January 2014

Detik Indah

Assalammualaikum semua, syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah. Alhamdulillah selamat tahun baru 2014 pada 29 Safar yang lalu. Kita sudahpun menyambut awal tahun hijrah 1 Muharram 1435 Hijrah..woowww cepatnya masa berlalu..ungkapan alhamdulillah sekali lagi...syukurrr...

Tanpa disedari masa semakin singkat buat diriku..bermula dari ceritera alkisah tahun 2013 lalu..Banyak rupenye moment terindah dalam kamus hidupku..

3 Jun 2013 aku telah ditawarkan menjadi part of government servant..Impian yang satu-satunya menggunung tinggi selepas bergelar bekas siswazah!!itu adalah impianku bila rezeki dah didepan mata hanya ungkapan kata syukur ya Allah mampu dilafazkan...Allah makbulkan permintaanku ini membuatkan aku bermuhasabah seketika di kala aku mengharap dengan penuh semangat Allah memudahkan segalanya.Dan paling penting berbalik pada motivasi yang dipegang selama ini..

" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari Dia datangkan petir dan kilat Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Itu ungkapan kata-kata yang membangkitkan motivasi diriku untuk menjadi dan buat lagi baik dan sehabis baik.Alhamdulillah impian demi impian dapat aku capai dalam tempoh ini.Tanpa sokongan keluarga dan insan tersayang tak mungkin aku boleh mengecapi segala cabaran dan dugaan yang kuterima.

28 Disember 2013 Satu hal yang menjadi memori terindah dalam hidupku apabila bergelar sebagai tunangan orang. Tunang kepada incek boyfiee aku, MOHD RIDZUAN. Setelah berkawan hampir 7 tahun akhirnya aku dan dia mengikat ikatan janji sebagai persediaan untuk peringkat seterusnya.Alhamdulillah aku masih dengannya dan Allah permudahkan hubungan ini walau pelbagai dugaan kami hadapi tapi kami tetap kuat!!



4 Januari 2014 Yess..!!!kegembiraan di awal-awal tahun baru dan sempena hadiah hari lahir aku pada 3 Januari 2014 yang ke 27..Finally aku memiliki sebuah kereta..YAHOOOOOO^Hasil titik peluh sendiri dianggap sebagai bonus sempena tahun baru.Alhamdulillah syukur Allah permudahkan niat dan impianku satu persatu.Dan membuatkan aku senang dan happy akan perubahan ini..Terasa rendah dan kerdilnya diri ini.Semua hanya pinjaman tapi aku lega sebab aku mampu membuktikan bahawa aku boleh berdikari selepas nie...Walaupun bukan kereta idaman namun yang penting keselesaan bersama.


Alhamdulillah..syukran Ya Allah..semoga dipermudahkan urusan seterusnya..

15 January 2013

Mengedate with Incek Boyfiee



Assalamualaikum semua..Actually entry nie dah lame untuk dihupdate tapi disebabkan masa itu terlampau mencemburui aku akhirnya baru terlaksana untuk menulis entry nie.Bila tuntutan berjauhan dengan si dia ini dating kami terakhir untuk tahun 2012,welcome pula untuk 2013.

Incek Boyfiee turun Perak penghujung Disember lalu selepas 6 bulan tak ketemu beliau.Finally!!Bukan niat untuk tak nak berjumpa namun kekangan masa demi masa menyebabkan agenda tersebut banyak kali ditunda dah!!

Memandangkan tuntutan kerja beliau yang terlampau sibuk dan kakitangan pula tak ramai cuti boleh diambil setelah kerja beliau selesai sebab projek demi projek harus dilakukan. Jadi,perancangan kami berhasil si dia mengambil annual leave manakala aku cuti biasa untuk 1 hari je..

Lega laa sebab kita hanya mampu untuk merancang namun segalanya Allah tentukan.Alhamdulillah urusan itu dipermudahkan.Susah kan hidup berjauhan namun itu mengajar kami untuk terus kuat menjalani kehidupan tanpa orng tersayang disisi..cecece..jiwang la plak.

Tak apa bercinta biar berjauhan, insyallah apa yang kami hajati akan terlaksana jua~Kesian la kat dia tengah-tengah malam baru sampa Perak sebab petang tuh Incek boyfiee bertolak lambat..

Esoknya kami jalan-jalan sekitar kawasan dekat-dekat sajoo..

LOVE



Y.O.U

Sukeeee sangat-sangat!!tak tergambar rasanya hati ini bila suke-suki sama incek boyfiee..haha..Tapi tak lama pun petang hari yang sama beliau bertolak pulang ke rumah beliau..

Then esoknye aku demam..boley macam tuh,kawan cakap tuh demam rinduuuu..alolo sweet la kan...Okeh-okeh aku akui memang rindu dia..thanks for all~lup u~

14 January 2013

Kita sama saja

Happy besday awak...dah lepas dah 12 Januari lalu skang dah 14 Januari..huhu..Yesss kita sama-sama dah tua samaa-sama melonjak umo..so kita tak tua sgt dari awak dahh

Boooo .. boo .. kat dia balek...Nak hadiah???bole-bole nanti kesempatan len ya kita jumpe kita kasik adiah laaa kat awak..

Semalam dok mesej-mesej dia nak try la manja-manja test market..huk-huk..memang aku tade keje betol!

AY:Awak kan best kalo ayg ada ipad ke iphone ke..samsung galaxy kah..hahaa..dalam hati nampak kan aku nih materialistik..padahal nak mintak simpati sebab handset aku dah buat perangai..na beli baru delay and delay sampai skang..debushhh!!

AB:Ala ayang beli laaa baru,abg tak kisah

AY:Alaaaaa(muke jebik)kan besh kalao ayg dapat adiah ke..tetiba_

AB:Owhhh nak hadiah laaa nie..xpe nanti hantaran abg kasi adiah tuh okeh tak?

AY:Waahhhh yeke suke nyeee..betol nih..janji

AB:Yeaaa betol la janji!

Yeaayyy katanye lah...aduhhh sabo je kan?aku macam tingin sangat sebab boley la next future  aku wat biznes ke easy nak communicate boley hupdate blog hari-hari sampai nak termuntah, boley istagram kah...tetibe..padahal tah pe bendenye istagram tuh..

Eksen saje..


Cantiknye deco-deco ini~

13 January 2013

Selamat Ulang Tahun CINTA

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

Hari ini angka yang menarik untuk dikenang sebagai tarikh menempa sejarah ulang tahun percintaan kami ke-6..The date is 13.1.2013..nice bukan..?? Syukur alhamdulillah!!Eloknya kalau tarikh ini kami menamatkan zaman bujang kami..hahaha..betol tak incek Boyfiee??

Selama berkawan dengan si dia ada juga pasang surutnya dalam sesebuah perhubungan..Kadang-kadang aku merasa kepahitannya, manisnya pula bagaikan madu, sakitnya tiba-tiba dan angau tak menentu..apakah itu..penangan bercinta..sekali rasa terguris ibarat pisau tertusuk di dada..

Awak..Saya sayangkan awak jauh dari sudut hati saya, saya cintakan awak. Kadang-kadang saya mahukan yang terbaik dari awak walaupun takkan ada manusia yang lebih sempurna di dunia ini.Terima kasih kat awak sebab faham saya.Kadang-kadang walaupun kita sibuk dengan hal masing-masing tak juga bermaksud saling melupakan sebaliknya ada urusan mengenai masa depan yang harus diutamakan.

Awak...
Sering ku memandang ke langit,
Seolah-olah hati ku tersisa di sana,
Tika awan berbentuk di langit,
Terpancar kalimah yg tiada terkata..

Cintaku pada langit berputik sementara,
Keinginan untuk mencapainya di tunggu seketika,
Bukan kerana cinta ku pada langit membuatkan ku gila,
Tetapi kerana langit sedang memandang ke arah si dia,
Bagaikan sedangku memandang padanya..

Mencintai Allah dan RasulNYA adalah sebaiknya,
Menyerahkan hati ini hanya untukNYA,
Namun terselit juga dihati untuk bercinta,
Mencintai insan yg begitu cinta padaNYA,
Apakah bisa daku mencintai dia,
Untuk melayari bahtera bersamanya,
Yang sentiasa mengharapkan keredhaan dariNYA

Setinggi mana pun cinta awak pada saya tinggi lagi cinta saya kepadaNya
Cinta kepada Ilahi akan lebih kuat dan mantap apabila ada penyatuan dan kerjasama  daripada dua jiwa yang saling menyintai kerana Allah keduanya bahagia dalam erti kata yang sebenar.

Terima kasih kat awak jaga saya selama ini dan teruskanlah bimbing saya menjadi wanita yang lebih baik di mata awak!!





25 November 2012

Aishiteru@-@


Kalau dulu-dulu masa belajar jarak nak jumpa tak lah sejauh mana.And bila dah berada di Perak negeri kelahiran tercinta terasa agak jauh pula untuk meluangkan masa tersebut.B4 nie pun dok kat kl lagilah jarang sangat nak jumpa..susah kowt!!

Last aku jumpa incek Boyfiee masa bulan Julai 2012 itupun berbekalkan  dengan keberanian yang ada aku berani menjejakkan kaki dengan sendiri turun ke negeri kelahiran beliau di Kedah Darul Aman..

Maklumlah kami terpaksa berkorban sekali sekala untuk berjumpa itupun last minit keputusan. But until now kami tidak lagi pernah berjumpa padahal setiap masa ada saja perancangan kami namun perancangan Allah mengatasi segalanya.

Hari tuh incek boyfiee bagitau:

abang ada suprise untuk sayang nanti..
aku:ermm yela tuh banyak kali dah suprise nye tak jadi pun
abang: ala wait and see jer tengoklah nanti
aku:ok kita tunggu (dalam hati rasa berbunga-bunga apalah suprise die nak kasi kat aku) :p

Semoga hari-hari cepat berlalu..tapikan kalau masa cepat berlalu macam tak besh lak sebab umo pun dah meningkat..huhu

ok nite semua~


23 November 2012

Mesti sedeh kan?


Bila kita kehilangan insan yang kita sayang..yang selalu menemani kita susah dan senang.Yang sanggup layan kita bila kita ade masalah suka dan duka dia sanggup hadapi sama-sama dengan kita.macam mana yea kita nak hadapi kehidupan nie tanpa dia.

Macam mana kan?

Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan kita masa itu..

Menangis air mata darah sekalipun dia tak kembali..Ya allah peritnya rasa..pedihnya hati!!

Ya Tuhan aku bersyukur sebab aku ada dia..Mohd Ridzuan!Aku sentiasa inginkan yang terbaik buat kami berdua.

Ya Tuhan aku berharap perhubungan ini kau rahmati sehingga ke Jannah.Baik buruk dia aku terima seadanya..kau panjangkanlah jodoh kami ya Allah!




21 November 2012

Maafkan saye ye awak!!


Hari demi hari dari masa ke semasa entah kenapa ada saje yang tidak kena dengan kami. Bila berbaik akan ada aja-aja fighting pulak. Entah mengapa ya selalu saja hubungan ini bagaikan ombak dilambung pantai. Kadang kala membuatkan diriku rasa tertekan namun aku tahu semuanya berpunca dari diriku.Aku egois..terlalu egois~Maafkan aku!!!

Wahai kekasihku, Mohd Ridzuan ketahuilah walaupun hal ini terjadi aku mohon kau memahami aku sayangkan kamu!!Aku akan cuba pertahankan perhubungan ini sebab aku tahu kamu memang sayangkan saya lebih dari nyawa kamu sendiri. Aku sayangkan kamu!!

Kalau dulu kami berjauhan antara satu sama lain mengapa kini tidak boleh..Sejujurnya aku harus percaya bahawa aku dan dia sedang mengusahakan terbaik.Sedih memanglah sedih sebab saya dan kamu jarang sangat jumpa.Dah berbulan-bulan lamanya~Itu bukan tempoh yang singkat.Kalau kita tak sabar kita tak kan sampai tahap macam nie..dah 5 tahun lebih kan awak!!

Aku tahu, kita bukan macam pasangan lain yang bercinta.Kalau ikut rasa hati melihat pasangan lain happy dengan kekasih mereka aku di sini akur dan redha meluangkan masa berborak di sms mahupun telefon.Itu saja pengubat hati kita.Tapi kita tak kisah kita cuba sedapkan ati ini~

Bila aku busy dengan hal urusan kerja tak bermakna satu sms tak dihantar aku lupakan kamu.Terus menerus melupakan kamu.Mungkin aku terlalu penat sehinggakan satu sms tak dihantar.

Aku sendiri tidak tahu, bilakah penantian ini kan berakhir?? Aku kan faham semuanya demi kamu.Kadang-kadang aku cuba nak yang terbaik tapi aku mengerti tidak semudah itu akan aku dapat sepenuhnya.

Aku hamba yang lemah terlalu banyak kekurangan diri ini yang harus aku pertingkatkan. Aku tahu kita memang tidak boleh mencapai kesempurnaan at least aku dah cuba!!

Sayangku..aku rindu kamu~Jaga diri kamu baik-baik.Jangan lupa solat dan sayangkan keluarga kamu macam kamu sayangkan saya!




03 September 2012

Untuk awak!!!



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


...............................Sayangkan awak rindukan awak..Ridzuan!!!........................


16 July 2012

Kau kesayanganku


Masa aku sedih lagu nie mengingatkan kembali dirinya. Beliau seringkali  membuatkan aku tenang kembali dengan lagu-lagu jiwang
Haaa..ini antaranya:
Tika kita bersua hati mula tergoda 
Payah nak dilupakan walau seketika 
Tidak pernah terduga cinta mula berputik 
Bagai kan tak percaya aku jatuh hati

Kaulah kekasih yang amat ku sayang 
Andai tidak bersua pastinya ku merindu 
Kerana hati dah tertawan 
Kerana cinta dah terbena 
Yang pasti kini 
Hanya kau saja bertakhta di hati ini 
Kan ku sunting diri mu sayang 
Kan ku bina istana cinta 
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya




Kaulah kekasih yang amat ku sayang 
Andai tidak bersua pastinya ku merindu 
Kerana hati dah tertawan 
Kerana cinta dah terbena 
Yang pasti kini 
Hanya kau saja bertakhta di hati ini 
Kan ku sunting diri mu sayang 
Kan ku bina istana cinta 
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya 
Hati usah diduga hanya mengundah resah 
Cinta di hati ini hanyalah untukmu 
Kau kesayanganku penyeri hidup ini 
Haruman kasihmu melekat di jiwa


06 July 2012

Egokah aku?



Aku tahu dia boleh jaga aku dengan baik
Dan aku tahu dia boleh bimbing aku menjadi insan yang lebih baik
Mungkin adakalanya pabila ego mengatasi emosi
Aku jadi alpa
Maafkan aku..
Aku tahu aku manusia lemah
Tak pandai nak bersyukur
Ketahuilah sayang
Awak memang yang terbaik
Tak kan ada pengganti
Aku akan berusaha demimu
Dan aku perlu kamu
Disisi aku disini dan selalu

Walaupun jauh di mata
Namun semoga di hati kita tak pernah luput

Insyaallah
Tuhan kau satukanlah hati kami
Jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka
Tunjukkan kami ke jalan yang Engkau redhoi



28 April 2012

Selamat tinggal abang




Selamat tinggal abang, jaga diri abang baik-baik!!
.
.
.
.
Itu ungkapan terakhir aku ucapkan pada dia selepas kunjungan mengejut Incek Boyfiee ke rumah aku sebentar tadi.


Sekarang Incek Boyfiee dalam perjalanan ke utara. Sedihnyaaaa....dia datang sekejap jenguk aku sebab aku tak sihat.Kalau ikutkan aku memang tak nak dia datang sebab susakan dia datang dari jauh dengan keadaan kesihatan macam nie..Tapi tup tup dia kata dah otw..Aku terima kedatangan dia dengan seadanya walaupun plan nak jumpa tak sebagus diharapkan.Terima kasih abang!


Sebelum dia nak melangkah keluar rumah aku..dia sempat cakap bila kita nak tunang..Sedihnya plak hati nie dengar dia cakap macam tuh..Tapi aku yakin benda yang baik macam nie aku perlu bagi lampu hijau secepat mungkin.


Bila dia belalu pergi...sedih dan sayu hati menguasai diri..Bila agaknya dapat jumpa Incek boyfiee lagi..Bila lagi???Entahlah rasa rindu sangat.


Ya Allah kau permudahkan urusan kami untuk disatukan kelak.Aminn amin rabbal alamin!!

Mood : sedihhh dan mahu sebak^ mata berkaca ^
Dugaan PJJ


10 April 2012

Dugaan kita


Kenapa Tuhan menduga perhubungan ini
Ya Allah ada saja halangan buat kami
Aku rindu nak luangan masa bersama dengannya
Kenapa ini harus berlaku ke atas kami

Aku sedey sebab plan kami nak jumpa tak dapat dipenuhi
Cuti tak dapat approve time tue my boyfiee kene dan kene kerje
Sedey tak?
Plan memang dah lama dengan dia
Dah lama tak jumpa dia
Dah lama tak tatap dia
Dah lama tak gurau dengan dia

B..kita kawen terus lah macam nieh
Boley tak?
Kalau kawen kita mesti berjauhan lagi tak
Kalau jauh bila rindu dapat pahala

Sayangggg....
Semoga kesabaran kita akan ada hikmahnya
Allah suka pada orang yang sabar
Mudah-mudahan


Rindu kan dia


Tiada kata-kata lain yang boleh diungkapkan perasaan ini.Aku rindukan dia..luv u sayang..Selamat mimpi-mimpi indah.Sayang sangat-sangat!!



Hanya Padamu



Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi

Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/q/qiara/hanya_padamu.html ]
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai

Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci





Sepatah dua kata: Lagu nie mengingatkan aku pada si dia masa awal percintaan kami dia pernah nyanyikan untuk aku..aku sayangkan dia sangat!


 p/s : Rindunya nak karaoke dengan incek boyfiee :p

07 March 2012

Special words to him



Kepada si dia tersayang diharapkan beliau sukakan video ini. Special dedicated to him!! Walaupun agak simple tapi percayalah nothing to say JUST WATCH IT!!

Before klik video sila stop kan lagu oke!



Nota kaki: Percubaan pertama setelah sekian lama tinggalkan alam video editing. 
ada oke tak korang? :p


06 March 2012

Rasa tak macam dulu +__^


Entah mengapa hatiku rasa terusik pabila merasakan dia tidak seperti dahulu.Salahkah aku kerana mangabaikan dirinya.Bukan ini yang aku minta namun pabila emosi mengatasi logikal pasti tercetusnya perselisihan faham.Lumrah kehidupan begitulah alam percintaan pasti ada pasang surutnya perhubungan ini. Aku mengerti aku bersalah dalam hal ini kerna aku terlampau emo,pentingkan diri..Maafkan aku!!Aku sayangkan kamu!!

Ya Tuhan aku insan lemah dan tak terdaya merasakan sebegini.Masih ada perasaan cinta dan sayang kepada dirinya.Ya Allah hanya Engkau tempat aku memohon satukanlah hati kami seperti mana Engkau satukan Nabi Muhammmad dan Siti Khadijah.Amin Ya Allah.. 

Nota kaki: Hargailah insan yang menyayangi diri kita. Jika tidak pasti anda menyesal di kemudian hari.


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu