04 December 2010

Penjara Motivasi



Entri kali nie mengisahkan aku bakal berada dlm penjara!!!

Penjara tersebut adalah kursus My career My future di USM

But im so excited

It is be coz..

Sometimes i think i need to move..

and wat ever i think i must think that i can do it!!

Dont say CANNOT in my life...

Wat ever i think is I am..~

Aku mula bersemangat ke arah itu..~






04 November 2010

Debaran 13 Nov



Hai semua 
Baru-baru nie aku dapat surat panggilan menduduki exam SPA bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau PTD.
Haa tu dia debaran rasa nak pecah jer jantung nie sebab aku 
bakal mengambil exam besar (seluruh negara) pada tarikh  tersebut..

Lagipun exam ini merupakan exam pertama perlu aku tempuhi setelah menamatkan pengajian bulan Mei lalu dan sudah selamat berkonvo pada Ogos lepas

Hati aku mulai resah.. 
DUP DAP DUP DAP jantung aku berdetik menantikan saat itu.

Aku semakin percaya rezeki ada di mana-mana.Jika aku gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya dan tidak mungkin aku tiada peluang yang lain.




Setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah terselindung yang kita sahaja tidak tahu.Namun Allah perancang segalanya terbaik buat aku.

Alhamdullillah...akudiberi keizinan olehNya untuk menghadapi exam tersebut pada 13 Nov bersamaan Sabtu di SM Teknik Brash Ipoh.

                                      Semoga dipermudahkan segalanya..

Amin...



28 September 2010

Raye 2010














Yeay Raye!!sempena Syawal yg mulia nie saye nak ucapkan lah CAMAT HAGHI GHAYE MAAP ZAHIR BATIN pada sume ahli keluarga saye mak, abah, yong, nyah, emi, atie, syirah n thaqif...xlupe juge pada abang ipar saye yeop n abg zul

And paling seronok raye nie !st time dapat bersame dengan anak buah 2 orang...
Nurizs Sofea (yaya) n Damia Irdina (Mia).(bertambah ahli perempuan yeaaa...) 

And paling special tentunya my cyg wan


Tidak lupa juga  pada moyang saye di kg, opah saye di Gombak,sedare mare len, sepupu sume lah..bau2 bacang ke di seluruh Malaysia n JUGAK kepada teman2 seperjuangan saye lah bermula dari tadika,sek rendah, sek men n also UNIVERSITI.Mis u teman2.

Muahahaha....
Semoga di hari yg mulia ini merapatkan lagi ukhwah antara kita...

Salam Lebaran :p

12 August 2010

Anak dara lagi


Tanggal 7 Julai 2010 lebih kurang 8.40 pm
Lahirlah seorang puteri melihat dunia.....#_________+
wah2 kali nie anak dara lagi +__________+ (horeyyyyy)

Semangat la dia ade geng dengan anak buah aku no 1 Nurizs Sofea yang baru je 
3 bulan.Yang nie namenya DAMIA IRDINA anak kepada kakak no 2 & abg ipar aku..Imah&Abg Zul..berbillion tahniah tok mereka (huhuhu)
Nie ler baby tembam mereka :   

                                                          X________^































Amacam..cumil x??
Like chinese n Korean gurl +________^


Sayang damia

MUAHHHHH!!!


Pose



Alhamdulillah aku dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan 
Amin~Semoga di bulan yang indah ini marilah kita sama2 mempertingkatkan amal ibadah dan dekatkan diri kepadaNya~

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuase di bulan Ramadhan Al Mubarak kepada :

mak abah, kakak2, adik2, sedare mare n rakan seperjuangan~

^___________^

semoga semuanya baik2 saje~

Pose jgn xpose...=)

Huh tgok ais nie terliur daa..   
Sabar..sabar :p


06 August 2010

Update~


Lame betoi aku x update blog aku~

Sekali bukak macam berhabuk satu rumah @______@

Banyak perkara mungkin aku terMISS~

Urmmm cume perkara terkini aku baru sahaja selesai berkonvo~ ^___________^

Penat masih terasa tp aku bersyukur sgt2 atas penganugerahan ini~

Until now aku masih mencari kerja and terus berusaha~

Mungkin rezki masih belum sampai~

Aku harus kuat dan tabah menghadapi segala dugaan hidup~

Yang penting aku berfikiran positif~

INSYAALLAH

KONVO USM


Semalam aku selamat menggenggam segulung ijazah yg merupakan impian aku sejak dari dulu lagi.Bagi aku tarikh 5 Ogos 2010 itu sudah tentu memberi makna besar setelah 3 tahun dalam bidang pengajian komunikasi.


Penat lelah dalam akademik,aktiviti berpersatuan mematangkan diri aku untuk berdepan dengan dunia luar selepas ini.


Especially tanks to:  

Parents,mak & abah,adik beradik aku also Incek Boyfiee
(susah senang bersama..)

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia mengizinkan aku untuk merasa nikmat itu semua.
Moga2 aku tabah mengharungi cabaran & dugaan after this.

Insyaallah!!!

SEMASA KONVO 5 OGOS 2010



Penerimaan:Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian)

Bergambar kenangan bersama famili aku


Berposing tanda gembira

Ceria & sgt2 heppy: gambaran diberikan kepada all student communication USM

Bersama Incek Boyfiee (tanks a lot comin)


Finally ,WE GOT IT!!






All members say YAHOOOOO!!



All Journalisme students








SELEPAS KONVO..PART I
Bersama teman-teman 1 course






Sukenye kami sume..











SELEPAS KONVO..PART II
Bersama teman-teman PSSCMUSM


Adat membaling topi




Luv peace ye kawan2




Masing2 dgn posing suke2 ati




Hoho..siyesnye..





Kenangan wif member silat..PSSCMUSM




Kebanggaan masing2..



Hoho..bergembire la aku dengan misi kali nie
HOOREYYY!!!
Tahniah utk aku & kawan2 sekalian!!


Aku sayang korang!


08 May 2010

Bye bye..




Tinggal beberapa minit sahaja lagi aku bakal meninggalkan USM..

Pintu gate Sg Dua sentiasa terbuka untuk aku melangkah keluar.

Sekaligus perubahan status sebagai ex student USM. 

Perjuangan aku dikatakan lebih mencabar selepas ini. 

Mahu atau tidak aku harus berdepan dengan dunia baru selepas ini.

I LUV USM..SEE U AGAIN

Last & last exam



Tanggal 5 Mei 2010 tepat jam 5.15 petang berakhirlah exam terakhir PSIKOLOGI SOSIAL di 
USM..sob sob..sob.

=(

Hehe tapi walapun dah abes aku sempat posing dalam dewan exam tersebut

Curik-curik ler 
(motif:buat jahat)

Lokasi : Dewan Peperiksaan B
No Meja: 022

022 adalah nombor bertuah aku sebab no nie  membuatkan aku dpt dok belakang sekali
         




Hek eh..alat tulis yang siap dibungkus keluar dr dewan exam
                               




Lengang ramai da kuar aku je berjuang habis habisan.huk3 objektif je kot..
              




Exm da habes nieh..Nak senyum ke x nie?
                                 

Kerusi di belakang menunjukkan aku insan terakhir..Yahooo@@

Amacam..
                           

macam x de keje kan?


Kih..Kih..Kih


SYUKUR SELESAI SUDEHH EXAM

DIHARAPKAN RESULT PUN MELETUP JUGAK

ALL DA BESH SUME ^___^

DAAAA..

07 May 2010

Jarak Jauh




Cinta adalah anugerah tidak terhingga buat insan bergelar manusia. Kehadirannya tidak diduga, manisnya mengasyikkan sehingga cinta itu terlalu sukar untuk digambarkan. 






glitter-graphics.com



Panahan cinta akan hadir dimana-mana sehingga kita tidak mampu untuk menolak kehadirannya. Apatah lagi jarak tidak menjadi satu ukuran cinta untuk berputik dan mekar dihati dua insan.



 


Tidak hairanlah kini percintaan jarak jauh bukanlah menjadi sebab sesebuah perhubungan tidak mampu untuk berlayar jauh.Namun ada kalanya percintaan jarak jauh mampu untuk menduga sebuah ikatan  perhubungan. Terpulang bagaimana anda dan pasangan anda untuk mempertahankan hubungan yang dibina ini.






glitter-graphics.com


Tips untuk dikongsi bersama MySpace



Percaya pada pasanganMySpace


Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.


Setia walaupun jauhMySpace

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?


Berjumpalah walaupun seketikaMySpace

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akansemakin memberontak apabila berjauhan. Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.


Tanyalah khabarMySpace

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.


Sambut hari ulang tahun bersamaMySpace

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.Luangkan masa bersama untukseketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanyasementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


Jangan jadikan jarak sebagai pemusnahMySpace

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada dalam kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.


Fikir-fikirkanlah..

06 May 2010

Ubah persepsi tingkatan enam


PEMBELAJARAN di tingkatan enam adalah taraf tertinggi dalam sistem pendidikan sekolah di negara kita. Pelajar yang terpilih akan mengikuti pembelajaran mereka selama dua tahun dan diakhiri dengan peperiksaan awam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 

^____^

Namun demikian, sudah sekian lama masyarakat mahupun di kalangan pelajar sendiri yang menganggap belajar di tingkatan enam bertaraf rendah dan membuang masa.Pandangan negatif itu menjadi fobia kepada sesetengah pelajar dan mereka yang terpilih ke tingkatan enam seolah-olah mengalami perasaan rendah diri kerana rakan lain layak ke kolej matrikulasi, politeknik atau institusi pengajian lain. 

Tanggapan umum ialah pelajar tingkatan enam terdiri di kalangan mereka yang tercicir untuk ke IPTA.Sesungguhnya persepsi itu mesti dikikis segera kerana sistem pembelajaran di tingkatan enam adalah gerbang kedua untuk ke universiti. 

Pendapat mengatakan peluang pelajar tingkatan enam untuk melanjutkan pelajaran ke universiti adalah tipis boleh dipersoalkan. Jika kita perhatikan syarat kelayakan ke IPTA, kita dapati syarat minimum kelayakan masuk termasuk mempunyai STPM. Di samping itu, ada beberapa kelayakan lain yang setaraf dengannya seperti sijil matrikulasi, diploma, A-Level atau kelayakan lain yang diiktiraf.

Jadi, di sini jelas menunjukkan kedudukan STPM dimiliki pelajar tingkatan enam diiktiraf kerajaan. Mungkin tanggapan negatif itu berpunca daripada kebanyakan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi. 

____________________________________

Situasi sebegini menjadi sindrom kepada pelajar yang gagal ke matrikulasi untuk menerima kemasukan ke tingkatan enam lantaran berasa malu kepada rakan. Inilah fenomena saban tahun pelajar tingkatan enam, berasa diri terpinggir dan tercicir. 

Di samping itu, ada sesetengah pelajar beranggapan tempoh dua tahun di 
tingkatan enam terlalu lama dan mereka perlu benar-benar bersedia sama ada dari segi mental dan emosi untuk menghabiskan pembelajaran. Apatah lagi belajar di tingkatan enam pelajar masih terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah sebagaimana pelajar junior lain. 

Belajar dan berada di bawah satu bumbung yang sama dengan pelajar tingkatan lain meninggalkan ‘rasa terpencil’ dalam sanubari mereka. 


Sebenarnya keadaan berkenaan tidak timbul langsung jika pelajar menyedari mereka sebenarnya berada di gerbang universiti. Soal di mana kita belajar tidak penting. Yang perlu pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. 

Kesedaran dan komitmen menjadi tunjang dalam menjana kejayaan dalam mana-mana sistem pembelajaran. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan. 

Memang benar kejayaan itu milik semua, tetapi yang berusaha keras saja mampu mencapainya. Jika kita meninjau prestasi pencapaian pelajar STPM setiap tahun, ia menunjukkan kualiti sangat tinggi dan sentiasa berlaku peningkatan dari segi peratusan kelulusan. 

Hal ini menggambarkan pelajar tingkatan enam mampu muncul cemerlang sebagaimana rakan mereka di matrikulasi, politeknik atau kolej swasta.

Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS.

Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang.Hal itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat pengajian lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari.

Tingkatan enam adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. 

Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke 
universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan. Perlu diingatkan, pembelajaran tingkatan enam diadakan bukan untuk menampung pelajar yang gagal ke IPT, sebaliknya sistem pembelajaran tingkatan enam itu adalah wadah terbaik untuk pelajar mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran lebih luas yang bakal mereka tempuh di IPTA/IPTS. 


^____*

Justeru, selama dua tahun di tingkatan enam membuka ruang dan peluang kepada 
pelajar untuk merenung diri dan menilai kemampuan sebenar ke arah masa depan yang lebih cerah. Halangan dan cabaran di tingkatan enam adalah jalan mudah ke universiti. 

Ini kerana mereka yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam STPM, laluan ke universiti amat mudah dan mampu menyesuaikan diri untuk mengikuti pembelajaran di universiti. 

Apa yang penting, pelajar harus bijak merancang pembelajaran dan mesti sentiasa bersedia dari awal.Kepahitan dan kegetiran pelajar mengharungi masa dua tahun di tingkatan enam memerlukan ketabahan dan kecekalan. 

Tetapi, semuanya adalah lumrah ketika belajar. Ingatlah wahai pelajar pesanan Imam Syafie yang antara lain berkata, “Ilmu itu umpama ladang, 
maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya walaupunterpaksa berkorban dan menderita. 

Mungkin suatu hari nanti apabila engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.” Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya.

Demikianlah, betapa pengalaman getir ketika belajar adalah ubat mujarab untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Sesungguhnya sistem pembelajaran tingkatan enam masih boleh dipertingkatkan dengan lebih baik. Antaranya ialah mengadakan sistem kolej seperti pusat matrikulasi.

Setiap negeri dibina satu kolej pra-U untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Ini tentu meninggikan imej dari segi fizikal dan mampu memantapkan emosi pelajar. 

Selain itu, pelajar tingkatan enam seharusnya lebih kerap dibawa melawat sambil belajar di universiti untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai suasana kampus universiti.



Ini tentu merangsang minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Di samping itu, tenaga pendidik ditugaskan di tingkatan enam hendaklah dipilih daripada kalangan guru yang berpengalaman luas. 


Ini penting untuk meyakinkan pelajar bahawa mereka berdepan dengan tenaga pengajar berkebolehan tinggi yang sekali gus mencambah semangat meneruskan pembelajaran. Hakikatnya, semua peluang belajar seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan memperkecilkan keupayaan diri sendiri lantaran kita gagal masuk ke pusat matrikulasi. 

Tiada halangan, hanya peluang. Itulah yang boleh kita katakan mengenai kelebihan pelajar di tingkatan enam. Kata penulis motivasi Alias Muda, “Setiap orang dilahirkan unik bukan saja dari segi rupa paras, tetapi juga dari segi potensi diri. Keunikan inilah yang menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain, hebat dan istimewa.” 

P/S: Aku berbangga dengan tingkatan 6 kerana merupakan platform terbaik aku hingga ke tahap ini..


Sumber: HARIAN METRO
2010/03/24


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu