02 August 2015

Calon simpanan PTPTO :p

First time dalam sejarah aku tersenarai sebagai calon simpanan PTPTO..Jawatan bertaraf SPM yang pertama lulus temuduga dan grab tempat calon simpanan.Kalau jawatan lain hampeh tak ke sudah..haha…bukan rezeki aku agaknya.

Tak kisah pun tersangkut jawatan yang nie aku hanya fikir nak dekat dengan incek husband.Insya Allah dipermudahkan jalan dan ada rezeki untuk baby dalam perutku ini.
Syukur alhamdulillah padaNya kerna peluang yang diharapkan ada didepan mata cuma masih menunggu masa berlalu agar aku cepat diserap ke jawatan tetap.

Amin..mudah mudahan selepas ini akan ada berita gembira untuk aku mendapat tempat sebagai calon tetap plak selepas baby dilahirkan kelak...itu harapan aku tambah plak dah nak bersalin nanti kan?

Alahai baby..semoga kita dapat dekat dengan babah cepat-cepat yeaa sayang…

LOVE U BABY...mmuahhhh!!!

16 June 2015

N17: First moments

Assalammualaikum...9 Jun 2015 hari Selasa pegi tebiu PTPO..gagahkan diri juga walaupun ku tahu bab-bab nie alahaiiii wisaw kemain lagi. Dengan harapan ada rezeki aku disitu..sampai jer my turn no 7..baru org petame masuk bilik..aku?? tunggu sampai naik bosan..tapi apakan daya rezeki depan mata haruslah kene grab..Ya Allah moga kau permudahkan urusanku.

Aku masuk bilik temuduga 11.05am sampailah 11.25am..so around 20 minit jugak and 4 da pes time rasenye dok lelame dalam bilik temuduga..haha..bukannye sesi soal jawab sgt pun banyak berceloteh aje si penemuduga..lahaiii..

Masuk bilik soklan biasa ditanya
#Perkenalkan diri anda...
#Apa cabaran dihadapi di tempat kerja
#Tidakkah anda merasakan perbezaan ketara dengan bidang yg dipelajari dgn kerja sebagai PTPO
#Kalau anda ditempatkan di Putrajaya macamana tue?
#Apa harapan anda
#Ada soalan yg nak ditanya

Kali nie aku dengan rasa yakin menjawab soklan yg dikemukakan rasa gentar dan nervous boleh diatasi dan dikawal dgn baik..syukur alhamdulillah yg penting eye contact sebab eye contact penyebab kita boleh bercakap dengan yakin namun ada juga rasa rendah diri.

Kalau bab perkenalkan diri aku promote diri aku juga aku jenis yg macamane.Penemuduga tue macam fikirkan aku punya masa depan cerah sebenarnya based on my result...dia sebenarnya bagi suggestion untuk aku further study ataupun jadi lecturer mana-mana kolej..walau apa pun result temuduga berdasarkan apa yg aku perform hari ini..dan dia cakap "saya tengok awak memang well performed..".aishhh malu bile dia said macam tue..aku hanya senyum-senyum malu aje.

Aku pertahankan juga aku tak kisah dengan gaji dan dengan kelayakan dilmiliki aku nak sgt jawatan nie sebab aku tak nak stuck kat negeri sendiri aku nak keluar dari Perak dan boleh merantau ke tempat lain..maybe boleh dekat dgn my husband..Dan pada pandangan aku penemuduga tue macam mengerti.

Sesungguhnya aku berharap kalau ini rezeki untuk aku berada dekat dgn my husband of course aku sanggup walau apa jua keadaan sekalipun.Semoga Allah permudahkan..sama-sama kita doakan ada rezeki Insyaa alllah!!!

Aminnnn ya rabbal a'laminnn....!!!

26 May 2015

Ada lagi sedang menanti

Assalammualaikum semua..dugaan aka datang dan pergi. Kita yang menghadapinya pasti akan merasakan mungkin percaturan Allah itu lagi indah untuk kita sama-sama muhasabah diri sendiri.
Wahai hati kau bersabarlah dan anggaplah ini satu kekuatan untuk kamu teruskan ranjau kehidupan.

Ya..kadang-kadang kita merasa kita di atas dan ada kalanya kita akan mersakan dibawah.Lumrah kehidupan dan sebagai hamba Allah doa adalah senjata utama.Aminnn!!!


For the first time aku lulus untuk jawatan gred N17..sebenarnya aku hanya berniat untuk mencuba dan tidak disangkakan tersangkut disini maka bersedialah aku untuk menghadapi lagi sekali temuduga SPA kelak..again!!!!


Wish me best of luck!!! =)

Haipppppp FAILED

Dah tersurat dan tersirat ini bukan rezeki milikku lagi. Ya Allah kau tabahkanlah hati hambamu untuk menerima setiap dugaan yang kau berikan kepadaku.Entah mengapa rezeki ku sangat murah pada awalnya namun di pengakhirannya ada seribu satu hikmah yang mungkin dan sedang menanti

Mungkin ini juga untuk persediaan awal bagi diriku untuk terus giat berusaha dan berusaha supaya jangan mudah untuk berputus asa.Anggaplah ini sebagai cabaran dan pengalaman mematangkan diri ini supaya apa yang bakal dilalui adalah satu ujian yang Allah telah aturkan sebelum menerima berita yang lagi indah.

Aku pasrah dan aku tidak pernah menyalahkan takdir namun aku juga cuba untuk berfikir ke arah yang lebih positif bahawa rezeki ada dimana-mana.Wahai rezekiku yang amat ku nantikan kau permudahkan lah untuk singgah dihatiku.Moga-moga harapanku ini terlaksana...Aminnn!!!


23 March 2015

Interview:Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27

Assalammualaikum..as pervious entry aku pernah mention aku dapat temuduga seperti di atas.By right aku menerima seadanya.Aku bergerak awal pagi tuh bersama my abah and adik..nak drive dalam keadaan sebegini aku tiada kekuatan dan nasib la abah ade..

My turns is 003..sampai je terus daftar dan ambik nombor...Masa tue ada 2 bilik untuk jawatan yg sama.My turn is comin and first sekali aku ketuk pintu sebanyak 3x dan terus masuk memberikan salam. dalam 2 ada 2 panel seorang perempuan wakil dari JKM dan seorang lagi pangkat Dato' ler wakil dari SPA.

Ok fine aku disuruh duduk selepas menyerahkan fail di atas meja...sesinya bermula :

Wakil JKM:Sila perkenalkan diri anda
Aku:sebut nama,umur,asal,parents,pendidikan,pengalaman kerja dan kerja sekarang
Wakil SPA:kenapa ye awak suka sebut okey..tapi takpe saya nak tengok habit awak
Aku:(muka agak pelik)seolah-olah Dato' memperli aku
Wakil JKM:Owhhh jadi kenapa ye pilih jawatan nie sedangkan awak dah ade jawatan yg sama
Aku:Jawatan yg sekarang berstatus kontrak jadi ada baiknya saya mencuba untuk jawatan yg tetap supaya lebih terjamin
Wakil JKM:Apa yg anda faham tugas sebagai PPM?
Aku:Seperti yg saya baca PPM bertindak sebagai perundingcara,memberi nasihat, kaunseling dan bimbingan kepada pesalah akhlak dan juvana, merangka aktiviti harian dan mengawasi pusat pemulihan dadah dan penjara dan../';@^%@&^ lagi satu saya terlupa puan (padahal dah igt sebelum nie)

Wakil SPA:ermmm beri nasihat dan kaunseling benda yg sama kan?
Aku:Ya tuan..fungsi lebih kurang sama
Wakil JKM:terangkan visi JKM:
AKu:Masyarakat yg sejahtera dan penyayang
Wakil JKM:Apakah bantuan yg diberi oleh kerajaan terhadap orang papa atau gelandangan?
Aku:(alahaiiiiii kenapa dia tanya soklan camnie)aku terus terang bagitau saya tak sempat sentuh isu nie
Wakil JKM:habis apa yg awak tahu tentang JKM
Aku:banyak sebenarnya termasuklah untuk org tua,kanak-kanak,keluarga,masyarakat dll
Wakil SPA:ini temuduga yg keberapa:
Aku;yg ketiga
Wakil SPA:Awak ada mohon jawatan lain selain jawatan ini
Aku:ada tuan, lagipun sebelum ini ada yg peru melepasi exam namun saya gagal disitu
Wakil SPA;Nampaknya awak macam tak buat persediaan betul2 itu sebab awak gagal
Aku;(Diam dan senyum shj )bagi aku ada rezeki tak kemana
Wakil SPA:ada apa soalan

....dan aku tanya kuota kekosangan

macam tiada harapan tapi aku berharap dipermudahkna segalanya..

09 February 2015

Interview lagi!!

Again...aku dapat panggilan temuduga mengejut dari SPA truth sms...percaya atau tak inilah kenyataan..sangat-sanggat tersentak namun aku cuba bersikap tenang sebab kita tak tahu rezeki Allah tue luas.Tuhan Maha Kaya.Dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya..

Rezekimu sayanggg...mana tahu kali nie aku mencuba nasib untuk rezeki anak.Cuba buat sehabis baik sebab kadang-kadang kita tak sedar kita ada kemampuan luar biasa yang kita sendiri tidak tahu.

Insyaa allah mudah-mudahan..Doakan saya!!!

Speecheless day

Assalammualaikum semua..lame tak update cerita di blog kesayangan...syukur masih lagi diberi kesempatan mencoretkan memori suka dan duka kehidupan.Ada satu berita yang amat dinantikan siapa sangka penantian demi penantian aku menantikan detik itu akhirnya Allah permudahkan jua.

21 Januari 2015 (Rabu)
Aku dengan semangat pegi farmasi petang tue nak beli pregnancy test.Actually aku tak rasa pun sebenarnya pregnant sebab tanda-tanda orang mengandung memang tak ada langsung.So just nak sedapkan hati tak payah tunggu lama-lama sebab aku bercadang nak try makan tablet olicandy yg mana tablet nie tak digalakkan untuk perempuan pregnant.

22 Januari 2015 (Khamis)
Pagi tuh aku bangun awal sebab tau nak buat pregnancy test... first air kencing aku try aku celup then aku perhatikan kejap pergerakan line tersebut..tapi selepas tue tengah ralik tetiba aku tengok muncul 2 line merah yg memungkinkan aku pregnant.aku keliru perasaan bercampur baur nak happy melompat or nak fefeeling biase saje..so masa tue aku macam nak menangis sebab kalau betul aku syukur sesangat..kalau kira period aku hampir nak lewat seminggu.aku decide nak feeling biase sebab tak nak over excited nanti aku kecewa.

Aku share result pagi tuh wassup kat hubby tapi aku cakap aku pun tak pasti betulke aku pregnant.So aku tak nak happy2 lagi just buat biase sahaja.Kalau ada rezki alhamdulillah.
Hubby aku faham dan kami buat biase-biase sahaja

23 Januari 2015 (Jumaat)
Untuk sedapkan hati aku buat lagi pregnancy test kit kali kedua pagi-pagi lagi sebab mana taw kan result semalam tak telly.check punya check Ya Allah sama macam semalam cuma kali nie test line merah sgt tebal.Aku mula rasa nervous dan excited.suami plak mintak aku cek kat klinik..tapi aku tak nak aku nak tunggu dia balik.

24 Januari 2015 (Sabtu)
Aku rasa tak puas hati lagi dengan result tue sebelum check kat klinik baik aku cek sendiri lagi sekali.Kali nie test aku guna clearblue digital mahal kowt tapi nak accurate punya result aku beli jugak.Pagi tue bangun jer terus test..haha..berdebar juga sebab nasibla suami ada disisi so boleh terus tunjuk result.celup jer tak lama lepas tue keluar result pregnant dan tak lama lepas tue keluar result 3+...Kat direction clear blue bagitaw klu 3+ maksudnya kandungan dah berusia 5 weeks keatas.Ya allah terujanya terus tunjuk kat suami kejutkan dia dari tidur.Tengok jer result tuh terus celik mata dan senyum bia betul??syukur alhamdulillah dan pagi tue kami terus solat jemaah sama-sama dan buat solat syukur.

Petang tue,aku dan suami ke klinik untuk double check confirmation.Aku menjalani ujian kehamilan lagi sekali dan ternyata result tetap sama ada dua line merah yang menunjukkan aku pregnant.

"Tahniah anda mengandung..perasaan aku bercampur baur dan terharu atas berita nie.Dan doktor check tarikh suspected aku penghujung September.Syukur ahamdulillah!!!Suami pun turut gembira dan tersenyum lebar dengar kata doktor.

26 Januari 2015 Isnin)
Sedih dan berat rasanya hati nie apabila hubby melangkah pergi.Ya Allah kau kuatkanlah aku dan baby kami.Saat incek suami mencium perutku saat itu aku terasa sebak sebab aku bakal kuat seorang diri tanpa dia menemani sepanjang masa.Aku cuba menahan tangisan sebab tak nak effect kat baby kami.Ya Allah walaupun kami jauh aku percaya suatu masa nanti aku akan dekat dengan suamiku..

Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang tiada tolak tandingnya.Dan akan ku jaga amanahmu ini menjadi anak yang solah dan solehah.Aminnn..


12 January 2015

Selamat Ulangtahun Cinta


Happy birthday  to u happy birthday to u..happy birthday to b..happy birthday to u!!!!
Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan MOHD RIDZUAN..Allah selamatkan kamu..!!!!

Syukurrr...wish the best for my hubby atas hari kelahiran beliau...Aiii nampaknya kita dah sebaya seusia yea..syukurrr...itulah kami berkongsi bulan lahir yang sama.Hanya dijarakkan oleh waktu seminggu yang membezakan usia kami berdua..Macamanelah agaknya kan masa kita baby dulu-dulu mak-mak kita lahirkan kita kat dunia nie..dah besar tak sangka kita berjodoh pulak..Itu orang kata jodoh itu rahsia Allah.. Allah dah tetapkan jodoh kita semenjak di azali lagi..Hebatnya kuasa Allah..Subahanallah!!!Aminn .....alhamdulillah!!!Allahuakbar!!!

Dan SELAMAT ULANG TAHUN CINTA kita yang ke 8 tahun...13 Januari 2015....Sayang..terima kasih menerima diri ini menjadi permaisuri hatimu dunia dan akhirat.Syuukur sangat-sangat!!

Akan ku jaga ikatan ini semoga hubungan ini dilimpahi rahmat dan keberkatan.In Syaa allah..Sempena ULANG TAHUN CINTA kita hanya doa mampu ku titipkan agar ikatan ini kekal abadi dan kita akan melangkah jauh kehadapan bagi membina sebuah keluarga yang bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

Sayangggku...sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu perasaan ku ketika ini.Kasih sayang yang kau berikan tiada tolak bandingan..Terima kasih atas keikhlasan cinta dan sayangmu..Semoga kamu juga dilindungi Allah SWT walau dimana jua kamu berada.

Aminn Ya Allah..syukur Ya Allah!!!Amin Ya Rabbal A'lamin.....

05 January 2015

Yipppie besday


Assalammualaikum semua...

Haiii lame rasanya aku tak menulis di ruang maya ini..Alhamdulillah pada tahun 2015 aku diberi kesempatan meraikan hari lahirku dan dapat meneruskan kehidupan sebagai hambaNya dan bergelar seorang isteri kepada suami tercinta..


Syukur alhamdulillah


Satu nikmat yang amat-amat aku hargai tika usia kini semakin meningkat.Ya Allah kau kuatkanlah aku untuk menghadap ujianMu dengan sabar dan tabah.Kepada incek suami terima kasih ada disisiku dan sanggup menghadapi susah senang bersama-sama. Hanya Tuhan jer tahu perasaan aku tika ini. Sungguh!!!!aku bahagia memilikimu...aku sayangkan kamu duni dan akhirat..


Azam aku di hari lahirku .......................


...........................Aku nak zuriat sendiri bersama dengan suami tercinta.Semoga kami kuat dan tabah dan berbahagia dunia mahupun akhirat


Allahuakbar!!!!!
 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu