16 June 2014

Experiences of PAC Belia dan Sukan

Assalammualaikum..Hai semua bloggers..salam satu Malaysia
Mengupdate serba sedikit coretan pengalaman berdepan dengan PAC Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 yang lalu...

Pagi 12 Jun aku tiba di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak tepat-tepat jam 8 am.Timing agak last minit disitu maka,aku terus bergegas mendapatkan kaunter pendaftaran PAC.Masa tuh orang dah ramai bersesak-sesak menunggu giliran masing-masing dan barisan dah meleret panjang.Dalam hati dah rasa aku yang paling lambat datang..Adusss!!!Tapi sebenarnya ade lagi yang lambat.Nasib..Nasib!!

Nak dijadikan cerita elok aku beratur panjang udoh ade pulakk  dokumen surat panggilan PAC tidak dikepilkan bersama.Memang masa tuh aku dah jadi kelam kabut terus pusing belakang menuju ke kereta mujurla kereta parking dekat aku terus jer capai surat panggilan..lepas tuh kome aku kena beratur ler semula jenuhhhh!!!!

Borang haruslah lengkap diisi

Biar lambat asalkan selamat kan..Betoii tak??Abess.. nak buat macammane kan...sedar xsedar dah sampai pun my turn alhamdulillah semua doc diminta ada disediakan law tak mau tak kelam kabutnye sekali lagi...so my lucky number is 058...kena gantung nombor bertuah tuh sepanjang PAC berlangsung yer kawan-kawan sekalian.

Selepas selesai isi borang daftar dan maklumat serba sedikit baru ler masuk ke dalam dewan untuk sesi pertama okay cek BMI...tinggi dan berat..kat kertas tuh ada markah bagi setiap BMI yang memenuhi syarat.Huhu nampaknye berat badan aku melampau-lampau kalau ditulis atas kertas..ishhhh..Malu benor rasenya!!.

Selepas sesi tersebut aku harus menuju ke sesi genggaman tangan.Sesi ini sebenarnya menguji kekuatan tangan seseorang melalui alat yang digenggam erat sepertimana apabila kita sedang dalam keadaan marah atau geram di situ point diambil kira sama ada melepasi tahap ke berapa...seingat aku hanya mampu meperoleh 23 mata..kihhh kih sangat tak okay sebab ada aku nampak member aku 26 mata..nampak tak kuat ke tak kuatnya aku yea???

Selesai jer terus ke sesi unjuran tangan dan kaki. Alaaaa yang senaman duduk melujur kaki dan tangan ke depan..Haa yang nie dia nak tengok tahap kepanjangan tangan selaras dengan kaki yang melunjur ke depan tanpa bengkokkan kaki...Dapatlah 18cm..huh..teror tak..sedaya upaya la tuh.

Habess jer terus sesi ke sit up..Aduiii mau tak gemor teman dengan sesi nieh..yele yang mengadap depan aku dan lain2 sume boboy..ahahahaha..baring la ko mengadap deme..Nasibla dapat juri yang sporting...dia bagitaw sit up nie kene tangan lurus kebawah melepasi garisan yang diseleraskan.Kena capai garisan tuh..Yang nie xsure ler plak dapat buat berapa kali tapi aku rasa lebih dari 10x oii.



Last and least kene lari ulang alik jarak 100 meter tak silap..kene 20x konsisten nak habeskan larian.Dari pemerhatian xsume dapat abeskan sume udohh tumpo..Awak pon same..Pasai pe...hmmm udoh lame tak berjogging sekali bile lari ulang alik mau tak sempot..dah xde kekuatan dan tak macam dulu badan banyak spare part..hahahaha...akak fasi tuh memang siap pesan cube sampai level 4 atau 5..awak dah cuba sedaya mampu dapat level 3 jer...itupon badan dah berat kome oiii..

Bagi ibu mengandung digalakkan sebab sesi berjalan bagi mereka yang mengandung..hahahaha...So jangan perasan lebey yea anda mengandung anda selamat!!

Kena jugak buat tapi khas untuk ibu-ibu preggy sahaja.

Itu sahaja gambaran mengenai PAC bagi jawatan ini.Diharapkan semoga perkongsian ini bawa manfaat bersama bagi bakal-bakal Penolong Pegawai Belia dan Sukan.

In Syaaa Alllah!!!!

05 June 2014

PAC Penolong Pegawai Belia dan Sukan

Assalammualaikum

Balik jer dari kursus abah bagitaw ada surat SPA untuk aku..hehe...deborr rasenye..bukak jer sampul tuh sgt2  teruje sebab dipanggil PAC untuk jawatan PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27..

PAC atau nama penuhnya Program Assesment Centre bagi jawatan nie..

Aduuuii kalau dulu jawatan Penolong nie kene ade exam dulu ataupun pemeriksaan fizikal bagi unit beruniform.kali nie aku dipanggil terus untuk ke PAC sebelum ditemuduga bagi menapis calon...Kalau dulu merasa la jugak PAC sekali untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M 41...hahahaha..yang nie plak PAC untuk Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27..same gred untuk bidang yang aku keje sekarang..

Apapun cuba berusaha sebaik mungkin moga-moga akan ada hikmahnya..InsyaAllah




Email dari Yahoo





Cek dulu dlm SPA Malaysia 


Cek...ade nama







#Buat yang terbaik dan sehabis baik#Percaya rezeki tak akan kemana#Dont give up and never give up#Gud luk aya!!!!!


Gua Gendang

Assalammualaikum bloggers sekalian

Lame beno yea jari jemari tak  menaip entry..kali nie nak share sket pengalaman masuk gua..Gua ape ye korang Gua Gendang kome yang terletak bersempadan dengan Betong salah satu tempat di negara Thailand...memang dah dekat sgt2 yea..

Pengalaman nie dilalui pada hari ke 5 berkursus di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu Perak.Setelah pulun berabih, gila2 keluarkan idea bagaikan asigment kome haaaaa sape penah pegi tempat nie???Agak terpencil kawasannya dan jauh dari kesibukan pekan.Kebetulan chalet nie dah dekat dengan gua..So riadahnya masuk gua..

Ya..memang sgt2 lah teruja nak merasa macammane la pengalaman masuk gua nie.Dan feeling tak sangka sebab ini gua pertama aku jejaki di negeri Perak selain banyak lagi gua aku boleh jejaki tapi itulah nak wat macammane mengikut sahaja jadual perancangan yang telah di aturkan oleh pihak urusetia iatu Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak.

Bangun awal di subuh hari dan bergerak masuk ke gua pada 9pm..haha tempat sgt2 terpencil jauh terceruk di bawah tanah dan perlu menuruni dengan laluan tangga yang disediakan.Kami dipecahkan ke 3 group..Assalammualaikum..ucapan buat penghuni gua tersebut..1st sekali kami kena redah air sungai ada yang agak dalam di paras pinggang dan ada yang agak cetek.

Memang rase feeling nebes woooo sebab gua 2 sgt2 lah gelap hanya bertemankan lilin dibawa dan lampu suluh sahaja..terasa dan terbayangkan keadaan bagaimana ditinggalkan di dalam gua tersebut dan satu part yang buat aku rasa indahnya ciptaan Tuhan dengan keadaan yang sejuk stalaktit dan stalagmit wowww menitik air bagaikan ketulan ais di badan..keadaan yang gelap gelita hanya memegang baju kawan tanpa langsung memegang di dinding gua tersebut...bayangkanlah

Perlahan lahan pergerakan kami disebabkan sepanjang laluan ke gua tersebut adalah air dan batu-batu pasir..dan bila air di kawasan dalam huhu...takotnye!!!Hanya mampu berselawat semoga dilindungi dari bahaya.


Tak lama kemudian ada rakan dari group dua kami pengsan.Ya Allah seramnya kenapa boleh berlaku pada kami.Masa tuh aku lihat semua menyambut beliau dan terpaksa mengusung perlahan-lahan untuk dibawa ke kawasan selamat.Dan akhirnya selepas 30 minit kami dah sampai ke penghujung gua dan berusaha untuk sedarkan rakan kami yang pengsan namun tidak berhasil.

2 orang JPAM terpaksa membuat alat untuk mengangkut beliau sebab rakan kami tak bole sedarkan diri dan kami terputus hubungan.Tanpa walkie talkie hanya mempunyai handphone yang sememangnya line tak ade..aduiiii tersadailah kami di tengah-tengah hutan dan berusaha juga untuk membawa rakan kami dan meneruskan perjalanan bagi mendapatkan bantuan.

Alhamdulillah dengan semangat kerjasama secara berpasukan kami selamat sampai ke laluan sebenarnya walaupun jauh syukur kami semua selamat.Ya allah syukur...tak sangka aku boleh lalui pengalaman sebegini dan yang penting walaupun jauhnya perjalanan kami dan tidak tersesat ke sempadan Thailand alhamdulillah.Bagi rakan kami yang pengsan beliau mengatakan ada benda serangga disyaki labah-labah menggigit tangan beliau..mujur beliau selamat..Jadi kepada 2 org muda JPAM sepatutnya mereka lebih didedahkan mengenai laluan emergency sekiranya apa2 terjadi seperti ini..Yeaaa walkie talkie kena ada sebab kawasan hutan sebegini harus dilengkapi dengan alat tersebut

Bagi yang belom masuk ke Gua Gendang ambil la kesempatan ini sebab gua nie salah satu port penting bagi risikan komunis pada zaman tok nenek moyang kita.Di samping mengingatkan kita mengenai sejarah dan lebih lagi menginsafi diri ini dan bersykur kita mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya..

Lagi best entry berkaitan Gua Gendang 

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu