05 June 2014

Gua Gendang

Assalammualaikum bloggers sekalian

Lame beno yea jari jemari tak  menaip entry..kali nie nak share sket pengalaman masuk gua..Gua ape ye korang Gua Gendang kome yang terletak bersempadan dengan Betong salah satu tempat di negara Thailand...memang dah dekat sgt2 yea..

Pengalaman nie dilalui pada hari ke 5 berkursus di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu Perak.Setelah pulun berabih, gila2 keluarkan idea bagaikan asigment kome haaaaa sape penah pegi tempat nie???Agak terpencil kawasannya dan jauh dari kesibukan pekan.Kebetulan chalet nie dah dekat dengan gua..So riadahnya masuk gua..

Ya..memang sgt2 lah teruja nak merasa macammane la pengalaman masuk gua nie.Dan feeling tak sangka sebab ini gua pertama aku jejaki di negeri Perak selain banyak lagi gua aku boleh jejaki tapi itulah nak wat macammane mengikut sahaja jadual perancangan yang telah di aturkan oleh pihak urusetia iatu Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak.

Bangun awal di subuh hari dan bergerak masuk ke gua pada 9pm..haha tempat sgt2 terpencil jauh terceruk di bawah tanah dan perlu menuruni dengan laluan tangga yang disediakan.Kami dipecahkan ke 3 group..Assalammualaikum..ucapan buat penghuni gua tersebut..1st sekali kami kena redah air sungai ada yang agak dalam di paras pinggang dan ada yang agak cetek.

Memang rase feeling nebes woooo sebab gua 2 sgt2 lah gelap hanya bertemankan lilin dibawa dan lampu suluh sahaja..terasa dan terbayangkan keadaan bagaimana ditinggalkan di dalam gua tersebut dan satu part yang buat aku rasa indahnya ciptaan Tuhan dengan keadaan yang sejuk stalaktit dan stalagmit wowww menitik air bagaikan ketulan ais di badan..keadaan yang gelap gelita hanya memegang baju kawan tanpa langsung memegang di dinding gua tersebut...bayangkanlah

Perlahan lahan pergerakan kami disebabkan sepanjang laluan ke gua tersebut adalah air dan batu-batu pasir..dan bila air di kawasan dalam huhu...takotnye!!!Hanya mampu berselawat semoga dilindungi dari bahaya.


Tak lama kemudian ada rakan dari group dua kami pengsan.Ya Allah seramnya kenapa boleh berlaku pada kami.Masa tuh aku lihat semua menyambut beliau dan terpaksa mengusung perlahan-lahan untuk dibawa ke kawasan selamat.Dan akhirnya selepas 30 minit kami dah sampai ke penghujung gua dan berusaha untuk sedarkan rakan kami yang pengsan namun tidak berhasil.

2 orang JPAM terpaksa membuat alat untuk mengangkut beliau sebab rakan kami tak bole sedarkan diri dan kami terputus hubungan.Tanpa walkie talkie hanya mempunyai handphone yang sememangnya line tak ade..aduiiii tersadailah kami di tengah-tengah hutan dan berusaha juga untuk membawa rakan kami dan meneruskan perjalanan bagi mendapatkan bantuan.

Alhamdulillah dengan semangat kerjasama secara berpasukan kami selamat sampai ke laluan sebenarnya walaupun jauh syukur kami semua selamat.Ya allah syukur...tak sangka aku boleh lalui pengalaman sebegini dan yang penting walaupun jauhnya perjalanan kami dan tidak tersesat ke sempadan Thailand alhamdulillah.Bagi rakan kami yang pengsan beliau mengatakan ada benda serangga disyaki labah-labah menggigit tangan beliau..mujur beliau selamat..Jadi kepada 2 org muda JPAM sepatutnya mereka lebih didedahkan mengenai laluan emergency sekiranya apa2 terjadi seperti ini..Yeaaa walkie talkie kena ada sebab kawasan hutan sebegini harus dilengkapi dengan alat tersebut

Bagi yang belom masuk ke Gua Gendang ambil la kesempatan ini sebab gua nie salah satu port penting bagi risikan komunis pada zaman tok nenek moyang kita.Di samping mengingatkan kita mengenai sejarah dan lebih lagi menginsafi diri ini dan bersykur kita mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya..

Lagi best entry berkaitan Gua Gendang 

0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu