28 October 2012

Sedih hati ini~


Sedih pabila mengenangkan seseorang
Sedih pabila rasa diri ini disalah ertikan
Sedih pabila kekeliruan menimpa diri ini

Apa salahku?
Apakah makna ini semua
Apakah Tuhan sedang menguji kita
Adakah ini cabaran yang harus ditempuhi

Cekalkan hati
Tabahkan diri
Ketabahan tak akan menipu kita
Kesabaran tak akan menggagalkan kita

"Insyaallah"



21 October 2012

Anda gagal!! SEKIAN


Bila nak cek result exam penguatkuasa yang lalu aku rasa macam tak nak cek sebab instinct dalam ati macam tak dapat.Aku tak mampu nak perform terbaik tambah-tambah ramai lagi pesaing yang ada di luar sane.

Bila aku cek...kalau dulu:



Lega dan seronok di hati hanya Tuhan aje yang tahu
Dan sekarang bile aku cek:



Terus rasa down and rase dunia gelap gelita sekejap.Aku nak nangis jer time tuh tapi aku tak nak laa sebab waktu keje..then aku pun pendamkan jer tetiba mood nak keje time 2 terus hilang.Aku banyak termenung dan bermuhasabah..apa salah aku?Apa yang Tuhan dah rencanakan untuk aku sebenarnya..aku hanya mampu memikirkan hal sedemikian sedih sorang-sorang.:p

Aku macam rasa nak marah jer..aku sedih dan kecewa!!Parents pun macam mengharapkan aku lulus exam tuh terutamanye abah.Yela kalau tak nape abah sanggup nak hantar nak tunggu aku satu persatu!!Aku dah banyak susahkan mereka!!

Tapi aku cuba kuatkan semangat walaupun hati nie berduka lara sedih dengan berita ini..Ya Allah dugaan demi dugaan aku lalui..kau kuatkanlah semangat aku untuk terus berjuang.Even aku jatuh sekalipun kau kuatkan lah semangat diri ini~

Aku harap kesenangan itu aku akan peroleh jua.

Insyaallah!!

01 October 2012

October come!


October coming dah mula rasa nak geleng-geleng kepala.OMG...Tidakkk!!!Kesukaran dan kecelararuan akan bakal terasa ditambah lagi tinggal lebih kurang 6 minggu lagi nak bersedia mental dan fizikal bagi opening store AEON Seri Manjung!

Haha tentu kalian agak pelik kan.Kenapa aku macam jadi seorang yang tidak tentu arah tuju.Aku sekarang bekerja dalam industri retailing yang mane kesibukan adalah di bawah pengaruh tidak menentu.Ya!! tentu kalian faham kan?cuti tak lah boleh diambil sesuka hati tambah-tambah hari weekend.

Kami bukan keje kerajaan.Government lebey senang la kan!Apa pun just terima rezeki yang ada depan mata daripada menganggur tak menentu yang penting bebanan akan berkurangan. Dapat duit gaji boleh simpan bagi mak abah dan buat perkara yang sepatutnya.Betol tak kawan-kawan??

Dan currently aku masih berusaha nak mencari rezeki sedaya mampu dan di satu masa juga aku rasa tidak pasti dengan pilihan yang ada ini.Adakah ini akan berkekalan selama-lamanya  dalam retailing ataupun akan ada peluang lagi baik yang akan aku peroleh.

Kadang-kadang aku akan menangis sendirian pabila bermuhasabah diri ini seketika.Sebab aku rasa banyak kekurangan dalam diri ini yang perlu aku tingkatkan dan selami dalam-dalam.Aku bukan menyesal dengan pilihan yang aku buat.Kalaulah ada lagi baik aku akan pergi membuat pilihan yang itu.Tapi apakan daya kita manusia..Orang akan cakap "Kita hanya mampu untuk merancang tapi Allah akan menentukan segalanya" Tak gitu?

Berbalik pada realiti aku hanya mampu untuk berfikir secara positif.Aku akan kuat demi family aku.Insyallah kesenangan itu mungkin akan aku peroleh satu masa nanti.Aku tak mahu jadi manusia alpa dan lalai dan diharapkan perjalanan hidup aku dipermudahkan Allah.

Aku menangis bukan sebab aku tak bersyukur.Aku hanya mahu aku sentiasa beringat bahawa kalau aku sedih Allah Maha Mendengar. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku.



"Ya Allah kau berkatilah perjalanan hidup hambamu.Dan Kau limpahkan lah rezeki beliau dan keluarganya.Amin ya Allah"

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu