22 September 2014

Interview:PP Belia dan Sukan

Assalammualaikum semua..lama rasanya jari jemari tak menaip entry.Kalau dulu bukan kemain lagi.Tapi entahlah semenjak dua menjak nie kekangan masa amatlah mencemburui.Alhamdulillah hari ini aku boleh mencoretkan serba sedikit moments yang takkan dilupakan.

Okey sebenarnya nak bercerita tentang temuduga yang aku hadapi pada tanggal 4 September 2014 hari khamis yang lalu.Tiada apa yang harus dicoretkan namun aku merasakan satu perkongsian yang harus diungkapkan dalam blog peribadi yang aku sayangi ini.Semoga ianya boleh menjadi rujukan dan kenangan tak dilupakan.

Selepas hampir seminggu bergelar seorang isteri kepada Incek suami perasaan agak cuak berbaur gelisah mengenangkan hari tersebut .Alhamdulillah aku tenang menghadapi hari tersebut dengan sokongan suami disisi

04.092014 tarikh yang tak kan dilupakan

Aku: Assalamuualaikum
P1 & P2: Waalaikumusaalam jemput masuk
Aku: Haha rasa relax dan cool tapi dalam hati gementar gak la sambil menyerahkan fail di atas meja panel

P1:okey sila perkenalkan diri anda dan apa nilai positif yang ada pada diri anda
Aku:Bla..bla perkenalkan diri dan dengan yakin aku cakap saya seorang yang sangat aktif dan suka mencuba sesuatu yang baru dan bidang ini dianggap mampu membangunkan modal insan negara masa hadapan

P2:Ceritakan apa yang anda lalui sepanjang kursus rekreasi Rakan Muda yang pernah anda terlibat?
Aku:cerita la aktiviti mencabar macam flying fox,jungle trecking,meredah anak sungai,sesi berkumpulan, dan aktiviti lasak

P2:Apa maksud belia?
Aku:Aku cakapla belia nie merupakan tulang belakang negara.Untuk tahu kemajuan sesebuah negara bergantung kepada belia itu sendiri
P2:tapi saya nak maksud belia sahaja
Aku:belia berumur 14-39 tahun
P2:haaa itu yang saya nak bukan jawapan sebelum tue tadi
P1:Owhhh jadi awak lebih kepada jawapan konkrit sebelum ke jawapan yang simple..bagus tue..(malu dipuji)
P2:Boleh jelaskan bagaimana cara sesebuah pertubuhan itu mendaftar 
Aku:Jujur bagitaw tak boleh jawab
P1:Ada apa-apa soalan??

Di kesempatan ini penting aku bertanyakan serba sedikit mengenai jawatan ini sebab menunjukkan betapa minatnya kita dengan jawatan yang ditawarkan dan sedikit pengharapan aku berikan dengan harapan penemuduga memberikan aku peluang tersebut

Tak lupa gak nak tanya kekosongan yang ada...rupanya panel just nak cari 20 orang so purata setiap negeri hanya 2 orang.Aduyaiii sesi dah la banyak pastue setiap hari ada jer calon lain-lain.Boleh ke tak.Wallahualam!!

Tengok jam hampir 30 minit juga sesi temuduga dan aku ingat lagi nombor 003..turn aku masuk bilik tersebut.Dan aku harap aku ada peluang tersebut dan sekarang hanya mampu bertawakkal padaNya!!

Jika ada rezekiku aku ucapkan syukur alhamdulillah dan insya allah setiap yang berlaku akan ada hikmahnya dan  jangan cepat putus asa just anggaplah ini sebahagian daripada cabaran kehidupan


Doakan aku..Aminnn!!!

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu