12 November 2013

Tazkirah:sekadar untuk renungan


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
------------------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
-----------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
---------------------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
------------------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
-------------------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
----------------------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ,
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah.. 
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah" 



Sama-samalah kita amalkan..Insyaallah segala urusan akan dipermudahkan..Ya Allah kau permudahkan urusanku dan murahkanlah rezeki ku ya Alllah..Amin..


30 October 2013

Kerja : dulu VS sekarang

Assalammualaikum semua..haippppp...:p
Macamana dengan life uols..kerja?ok ka..semoga baik-baik saja dan bawah lindungan payung rahmatnya..Alhamdulillah bersyukur kita sebagai hambanya masih diberi ruang dan kesempatan untuk bernafas di bumi serba indah ini.

Cakap pasal kerja rasa best sebab suka lagi kerja yang ada di depan mata sekarang..syukur padaNya..
Banyak bezanya kome oihh..

Masa kerja: kalau dulu kala timing kerja ada split shift pagi dan petang.Pagi masuk kerja jam 9am-6pm then petang 2pm-11pm..9jam bekerja...Tapi sekarang office hour jam 8am-5pm..cume push bangun pagi kasi awal laaa..

Beban kerja: Kalau dulu kerja tak penahnye berkurang..makin hari makin bertambah ya..tambah-tambah kalau ada big event untuk my department penat lelah tak kira masa nak kejar dateline..memang tak menang tangan dibuatnya nak kena pulun tenaga dan perah kepala otak untuk planning terbaik...tapi yang nie relax bro...kerja datang kat kita bukan kita yang cari kerja..hahahaha..boley cam tu..kesimpulannya tak sebuk mana pown

Cuti: Kalau yang nie kerja dulu 1 minggu 1x cuti saja dan kalau hari minggu 1 bulan wajib 2days only.Yang paling kesian terpaksa la pilih minggu yang nak attend wedding anyone..bayangkanlah punye la terkilan sebab kalau amik lebih nanti next month kene top up balik.Tapi yang nie sabtu ahad jer compem punye cuti..bertambah la koleksi cuti public holiday seronok sakan dibuatnya

Pengurusan: Kalau kerja dulu all kerja di monitor oleh my second boss division leader selain managers paling tinggi in my department.Memang kalau kena tegur 2 perkara normal.Tapi kerja sekarang banyak kena uruskan sendiri use ur own idea dan sometimes kena jadik orang yang kreatif. Yang penting khidmat nasihat harus diutamakan dalam merencanakan sesuatu planning.

Environment: Kalau dulu kan kerjanya agak kelam kabut sebab persekitaran yang sibuk dan ditambah pula everyday tengok kain baju...haha nak rasa termuntah pun ada kononnya dah tak larat sangat..tapi yang nie persekitaran sekeliling dgn budak-budak..memang sebahagian daripada khidmat masyrakat untuk kanak-kanak

Rehat-rehat: Cakap pasal nak lending ke melepak sekejap punyela payah sebab terkejar-kejar dgn masa takot tak sempat..masa tuh makan pun belom tentu..dah penat sangat kawan lalu sebelah pun belom tentu senyum kat dia..tapi kerja sekarang 24 jam boley duduk..rilek brader..tak nak kecoh-kecoh..

Ketara sangat-sangat perbezaan dulu awak tuh kerja swasta sekarang kerja kerajaan..hahahaha..yang nie paling nampak beza..

Alhamdulillah...

22 October 2013

Gagal:lumrah atau kebetulan

Asslaammualaikum semua...entri busan sebab lame tak update blog.

Ungkapan gagal...apa ye yang anda akan fikirkan?Adakah ia satu lumrah atau kebetulan...Dan aku percaya bahawa kegagalan adalah lumrah kehidupan untuk insan bernama manusia.Walaupun kegagalan dilihat sebagai bentuk yang negatif namun percaya atau tidak ianya secara tak langsung  membantu ke arah positif.

Alhamdulillah aku gagal..bukan bermakna aku menyerah tapi aku fikirkan belum masanya dan barangkali ini bukan rezeki aku untuk menapak lagi jauh kehadapan.


Dan sesungguhnya tanpa usaha kejayaan seseorang itu tidak bermakna..Dan aku belum dapat usaha sepenuhnya untuk mencapai apa yang diharapkan.Aku boleh kuat dan kekuatan itu mengajar dan mendidik diri ini untuk bersabar kerna Allah suka orang yang sabar dan dugaan yang dihadapi itu akan meningkatkan lagi iman kepadaNya.

Be strong and never give ups!!!!!

11 September 2013

AGAIN....exam ^___^

Assalamualaikum...

Seperti tajuk di atas..again mencuba dan terus mencuba nasib untuk jawatan dalam SPA Malaysia..haha kental..Kita hanya mampu berusaha dan merancang namun segalanya Allah SWT yang menentukan.Tak kisah apa orang nak kata janji kita ada usaha sendiri walaupun kadang-kadang ada la rasa give up..



Tahun nie berjodoh dengan jawatan sebagai Pegawai Penerangan S41.Selama berkurun selepas abes jer degree dulu ada mohon tapi tak penah le terlekat..selalu PTD PTD and again PTD.Tahun nie rasa sket kelainan dapat exam jawatan nie..

Ok fine..aku suka mencuba dan sebelum tuh kalut la jugak nak baca isu-isu paling hot paling meletoppp kebabommm..hahaha hari kejadian bolehla jawab daripada kosong tanpa persiapan.Kan itu rasa ia-sia saja..

Alhamdulillah..dah habes exam LEGAAA.....dan result aku berserah...


Pengalaman untuk jadi lagi baik

Haiiiii Assalamualaikum semua...
lamenye tak update...sekarang nie nak bukak jer blog rase malas sebab tak ada mood...and now baru mood menaip datang balik dan feels nak bercerita tuh ade la sket-sket..

Entry nie aku nak hupdate lame dah as collection berkaitan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia atau singkatan SPA Malaysia okeh..

Sebelum menjelangnya hari nak sambut Hari Raya Aidilfitri cek punya cek result temuduga sebagai Penolong Pegawat Tadbir N27 dah pun kuar...berdoa penuh pengharapan agar dapat laaa lulus dalam temuduga tuh..


Dah tengok!!!!again try lagi sekali kowt-kowt salah tekan ic..hehe rupenye betoi la aku gagal dalam temuduga tersebut.Dan jadilah ia sebagai memori dalam ingatan dan pengalaman takkan dilupakan ye.. 

Dan percaya bahawa itu bukan rezeki aku~

03 August 2013

AEON di hati..

Assalamualaikum..Selamat berpuasa bloggers sekalian!Lamanya tak menaip..jari jemari dah tak seaktif macam dulu-dulu.Banyak cerita terlakar di memori..namun tak semuanya dapat kesempatan cerita satu persatu..

Macam mana dengan puasa kalian semua.Baik-baik saja kan.Malam 10 terakhir malam inilah yang harus dikejar menggiatkan amal ibadah kepadaNya..Syukur atas nikmat kehidupan ini.Alhamdulillah..

Sebenarnya entri nie nak menaip mengenai kisah cerita memories di AEON.All about works!!!Im officially be a ex xstaff AEON Co (M) Bhd.Terlampau banyak memories ada di ingatan aku.Aku dah rasa bebanan kerja yang melampau,kejap down kejap high motivation,but at sometimes rasa seronok sebab kerja tuh terasa sangat-sangat kepuasan bila dah siap..hehe and important things is customers first.Orang akan cakap customers always right..itu realiti bila dah masuk dalam dunia retailing

Dulu masa kat u belajar komunikasi bila keje melompat ke retailing.Jauh beno yea.Nway its ok Im always get ready and suka sahut cabaran.Dan sekarang still jadik manusia..hahahaha..

Thanks for all my division leaders my managers yang xputus-putus bagi sokongan.Bila aku xok boleh bantu aku bole nasihat nasihat kan..tengs ye..Haaaaa to my dearest staff terima kasih sebab tahan dengar marah-marah, ikut arahan dan sentiasa boley bekerja on time..Memang tegas tapi untuk kebaikan korang jugak~

Rindu to my Kids, Baby and Toys (KBT) teams AEON Seri Manjung.Walaupun keje nak hampir 2tahun dengan tempat keje bertukar angin bermula dari AEON  Ipoh Kinta City, AEON Ipoh Station 18 dan inilah AEON Seri Manjung tempat sebenar aku untuk mempraktikkan apa dipelajari selama training.

Walaupun aku incharge kids department kita semua satu teams..selling floor is ours priority..Kadang-kadang bila staff xcukup berlari-lari tolong department baby pastu department toys.Kena marah,tak cukup rehat,penat dengan keje,penat lagi dengan karenah customers tapi untuk mencari sesuap nasi alhamdulillah kita boleh..

To all selamat maju jaya yeaaa..Teringat lagu AEON kena nyanyi hari-hari..teringat hari kejadian mengamuk marahkan promoters buat hal, teringat briefing pagi2,teringat gelak ketawa sambil buat keje..teringat lipat kain sampai lebam,teringat saat-saat manis melayan customers, teringat tukarkan baju kat patung comey ikut theme colors, teringat dok makan dalam backroom sebab dah lapo sgt..semuanya tinggal kenangan.Kenangan yang membantu aku untuk terus maju jaya kehadapan.Melangkah lebih jauh untuk jadi lebih baik dan mencapai impian demi impian.

Alhamdulillah....




Walaupun baju kita sama itu tak bermakna pangkat diutamakan.We are borderless.Kita tak ada sempadan.Kita tak kisah pun semua tu!!!

SELAMAT TINGGAL AEON.....


06 June 2013

Teduh-teduh kasih gituu

Assalammualaikum..

Hari nie balik keje awal jam 5pm lebey maklum la dah keje gov balik awal satu kemestian.Yeayy..!!!macam biasa terus bersemangat tak sabar nak menanti episod seterus teduhan kasih slot akasia tv3.Ya Allah fanatik giler aku dengan cite nie..sweet sangat..!

Drama nie diadaptasi daripada novel oleh penulis Marissa.Pelakon pun boleh tahan jugak la..ada Ady putra sebagai Ehsan,Sherry Ibrahim sebagai Iffa, Nabila Huda sebagai Ayu, Shah Iskandar sebagai Rezza.Nak..nak lagi Ady Putra suka lakonan die yang semakin sweet..

Ada lagi besh...baby Adam comelllll!!!Anak sape la tuh kan??Cara Ady Putra kasihkan budak tuh suke sangat-sangat...cumil nak cubit pipi Adam tuh!!

Comey bangat!!!


Aku boley kasi 5 bintang cite nie..antara cite drama yang menarik hati aku nak tonton. Baru best macam nie..semangat nak tengok drama Melayu..

SINOPSIS:




Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu. 

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.





Sukee aku tgok Adi Putra berlakon macam tuh.romantik dy...sweet sgt..Like!!!


24 May 2013

Rezeki lagi

Puan:Assalamualaikum boleh bercakap dengan ruhaya?
Aku;Ye saya sedang bercakap
Puan:Saya dari pejabat SUK Perak nak memaklumkan jawatan kekosongan untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat.berminat lagi tak dengan jawatan ini.
Aku :Errr...(cuak gak) dan rasa tak pecaya..
Puan:Cik ingat tak cik ada hadir temuduga tahun lepas untuk jawatan nie
Aku:Owhhh tahun lepas yea ingat..saya memang berminat sangat nak sangat jawatan tuh
Puan:Yeaa kita nak offer jawatan nie kepada cik,nanti saya akan call lagi untuk surat penerimaan jawatan yea
Aku:Terima Kasih Puan thanks sangat-sangat.

...subhanalllah itulah ungkapan kata-kata Maha Suci Allah yang memberikan segala keajaiban sekelip mata.Alhamdulillah ungkapan syukur mampu diluahkan melalui kata-kata.Mengalir butir-butir jernih di pipi merasakan nikmatnya percaturan Allah dan harapan itu menjadi kenyataan.Ya Allah terima kasih!!!




Syukur alhamdulillah..Harapan dan impian sedari dari dulu ingin mencapai dan mendapat apa diingini berkhidmat dalam kerajaan terlaksana jua. Alhamduliillah Tuhan Maha Adil, Maha Mendengar.Segalanya dipermudahkan.Mungkin inilah hasil perjuangan aku di samping sokongan family yang tak terhingga..Kesedihan, kesusahan aku alami Allah memudahkan segalanya.Itu buat aku terharu.

Terus aku solat sunat syukur melahirkan rasa terima kasih pada Allah atas peluang dan kesempatan ini.Aku yakin aku boleh menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.Bukan senang nak masuk kerajaan lagipun pesaing dari pelbagai lapisan masyarakat.Tak sangka rezeki 2013 membuahkan hasil dan aku akui aku tidak pernah pun rasa berputus asa.Bagi aku kejayaan tak kan dapat dicapai tanpa usaha yang jitu.Penat lelah pengorbanan yang dicurahkan bila kita rasa Allah lebih mengetahui.Dan percayalah percaturan hidup yang Allah aturkan adalah sesuatu yang indah jika dibandingkan dengan percaturan diri sendiri.

Alhamdulillah...


Jika nelayan ini berusaha mencari rezeki..Seawal Subuh turun ke laut  Dengan gigih
usaha, Masakan kita yang senang hanya berserah tanpa berusaha.
Contohilah sifat nelayan ini.Insyaallah..

Rezeki bertamu tanpa diduga

Assalamualaikum..lama tak mencoret di blog kesayangan hamba.Alhamdulillah masih sihat seperti dulu dan dilimpahi dengan rezeki melimpah ruah.

Dapat SMS dari adik surat dari SPA posting untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir..Wahhh teruja nye aku.Maklumlah kita tak penah lagi dapat tebiu dari SPA..Selalunya interview kerajaan negeri ker,badan berkanun ker biase la tapi yang ini rasa lain..macam tak pecaya pun ada

Tapi think is a positive way Tuhan nak bagi kita peluang untuk yang lagi baik.Just try our best okeh.Cek plak kat laman web SPA..huhu memang nama saya ada untik posting tuh.Syukur sangat-sangat dipermudahkan segala urusan.


11 March 2013

Cerita Kangkung dan Lintah


Korang pernah makan sayur kankung?Korang salah seorang  penggemar tegar sayur kangkung?Tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung tumis, dll yang berkaitan dengan kangkung hari ini anda perlu berhati-hati dengan kangkung sebab ada cerita tidak baik mengenai sayuran ini
.
 Pada suatu hari di klinik yang terkenal di Yogjakarta, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung tumis di restoran bersama orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor menyerah  dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

So..lebih baik kita menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.








Nota kaki: Tips berguna untuk aku sebab sayur kangkung juga kegemaran aku..Mungkin xlalu rasanya nak makan kangkung bila dengar cerita sebegini.Bukan paranoid tapi beware!!

Petua lain:
Jika ada keluarga atau teman yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (boleh diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.  
 
Kami menyarankan bila anda memasak kangkung, Harap belah batang nya dan bersihkan dengan air hingga bersih

sumber : pesan nenek

08 March 2013

Pentingnya nawaitu


Assalamualaikum wbt..lama rasanya aku tak menjengah blog.Biasanya selalu update cerita terbaru untuk dikongsikan bersama.Namun kesibukan terlampau mencemburui aku.benar-benar busy ya..Tuhan jer yang tahu.

Dulu aku rasa perjalanan karier aku teruk tapi alhamdulillah aku rasa semakin okay.aku harus berani aku harus kuat untuk berdepan dengan kenyataan.Aku tak boleh lari even aku selalu gugurkan air mata aku ini. Aku kini bersikap tabah dan terbuka.Aku mengajar diri aku dan didik diri aku bersabar semua itu ujian dariNya yang mematangkan diri aku untuk lebih bersedia menempuhi cabaran lagi hebat.Tuhan Maha Adil.Aku dah nampak semua itu.Usaha aku berbaloi..aku merasa lega sebab aku dimurahkan rezeki untuk jadi yang terbaik.Alhamdulillah bagi aku itu rezeki untuk diriku dan masa depan.

Banyak yang aku cuba belajar mengatasi kelemahan diri supaya aku tak mudah untuk gagal disebabkan orang lain.Tuhan bagi aku peluang tersebut dan aku betul-betul bersyukur.Bagi aku cabaran kerja ini mematangkan diri aku.

Selagi hayat dikandung badan dan selagi mampu aku akan cuba gunakan kesempatan yang ada untuk belajar di samping mengumpul wang untuk masa depan.Biarlah apa orang nak kata aku harus buat kerja aku jaga periuk nasi sendiri.Insyaallah ada rezeki lagi baik aku harap pengalaman kerja di Aeon ini menjadi satu inspirasi aku untuk lebih berjaya di masa akan datang.Bukan pangkat dan kuasa yang dikejar aku cuma mahukan aku mampu untuk membahagiakan dan dibahagiakan.

Selagi umurku panjang semoga niatku juga untuk senangkan family sendiri dan bakal family kelak akan dipermudahkan.itu harapan aku.Semoga impianku ini akan menjadi kenyataan~Mudah-mudahan insyallah!!!



04 February 2013

Kiko dah tenang disana


Assalamualaikum semua.Lama rasanya tak menaip di keyboard notebook untuk menyatakan luahan hati dan perasaan.Terbaru!!!anak kucen yang comel bernama Kiko telahpun selamat pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Ya Allah..tak tahu bagaimana nak menceritakan punca kematian beliau yang pasti dia lebih disayangi untuk pergi terlebih dahulu. Berita diberitahu sendiri oleh mak setelah pulang sahaja ke kampung pada hari Selasa pagi 28 Januari 2013. Mak bagi taw dalam jam 8 lebeh macam tuh adik aku no 5 nampak beliau dah terbaring means memang dah tak bernyawa di dalam kandang.

Bila dapat jer tahu Kiko yang mati tiba-tiba menangis rasa sebak di hati sebab sayangkan kucen2 itu.Bukan apa bersimpati atas nasib menimpa mereka.Ya Allah.. biarpun anak kucen tapi sifat perikemanusiaan aku dan simpati lebih mengatasi segalanya.

Untuk kepastian mak ada bagitaw sebelum itu my abah ada terlanggar dengan kereta sorong tapi selepas tuh dia nampak ok. Tapi dalaman kita tak tahu!!! Cuma petang sebelum dia dah tak ada mak memang perasan perubahan pada Kiko sebab dia nampak bermuram tidak seperti sebelumnya, macam tahu beliau tidak hidup lama.Macam manakan kucen pun boleh rasa inikan pula manusia.Wallahualam.

Sebab dalam banyak-banyak kucen yang ada dia paling lincah dan aktif selain Kiki (coklat tuh). Adik yang lain  agak pasif.Ini ketentuannya. Allah pinjamkan dia sekejap untuk kami bela nasib mereka.Rasa puas hati dapat jaga sebaik mungkin..Alhamdulillah kami dah buat terbaik selagi mampu.

Dan....petang tuh juga aku mandikan anak kucen tersebot dan aku elakkan daripada tidur di kandang tersebot memandangkan  kebersihan dah tak terkawal lagi selepas berkurung untuk sekian lama sebab familiy aku ke KL dalam 2 days.

Dan ada kemungkinan mungkin sebab ada virus tak baik menjengah di tubuh kucen-kucen itu.Berbekalkan duit gaji sedikit aku belikan kandang baru untuk mereka..Hurmm tak sempat Kiko nak merasa..moga-moga mereka lebih selesa..Insyaallah!!

Dan untuk selanjutnya nantikan cerita ini lagi bersambung  di next entri.Insyaallah!!

SELAMAT TINGGAL KIKO..semoga tenang disana " ___'



Kisah Kiko..klik sini!!

25 January 2013

Amanat untuk Undi

Haiipppp bloggers semua..assalamualaikum



Pagi-pagi dah dapat surat amanat dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak..okeh sebelum tue nak tanya sape sini dah pun daftar sebagai pengundi?????

Bagi yang belum silalah daftarkan diri anda untuk mengundi sebab mengundi adalah tanggungjawab kita untuk negara.Bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri tapi ia berkait rapat dengan masa hadapan negara kita.ada baikkah..ada k.o kah?Tepuk dada tanya selera.

Aku memang berazam untuk mengundi tahun nie dan harap-harap dapatlah merasa untuk mengundi yeaaa...Sebelom nie dok sebok mengundi time nak pilihanraya kampus masa zaman-zaman universiti dulu.hahaha adalah gak mengundi kan..daripada tak ada langsung!!!!tapi, bila nak mengundi kat tempat sendiri..Haraammmm!!!apa ntah jadahnye yeaaa rope itu..hehe cakap Peghak lak kita ni.

Yeaaayyy mari mengundi yeayyyy!!!


20 January 2013

Tempoyak Bilis

Haippppp semua bloggers..Selamat pagi semua

Pagi-pagi kalau cuti dapat le main masak-masak bile time nak lunch kan?Maklum lah kita orang berkerjaya menjengah ke dapur adalah pada waktu-waktu kelapangan di kala hari cuti saje..huhuh...naseb la rumah dgn tempat keje dlm 40 minit gituuu!!!

Nak masak sambal tempoyak yang sememangnya fames dekat Perak nie..jom!!

Jom kite masok dapur Cik Aya..hehe merangkap dapor mak aku!

*4 genggam ikan bilis
*2 genggam cili api merah/hijau pun boley
*1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai dititik
10 sudu tempoyak
4 helai daun kunyit dihiris halus ataupun nak relai-relaikan saje pun its okeh
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
Tumbuk bahan-bahan * diatas. Kemudian tambahkan air seperti gambar dibawah


Untuk air perlu lah banyak sedikit supaya tempoyak tadi tak terlampau tepu.okeh kena pandai agak-agak la..Then masak untuk 6-10 minit bile dah okey siap untuk dihidangkan


Ini adalah sambal tempoyak version aku.Mak aku yang best cheft!!!!!Anaknya belom agi~Sebenarnya banyak lagi cara untuk masak sambal tempoyak nie..Kira yang nie selaloo buat la versi nih!!!Memang puas ati and sedappppp!!!!makan je rasa mahu tambah agik!!!

Next kita masak versi len plak...Jom makan!!!

Nyummmmm..nyummmm!!!


18 January 2013

Sepetang bersama:p


Ishhhhh bosan la petang-petang macam nie..nak maen ape eh?...hurmm pusing kanan toleh kiri mendongak ke atas haaaaa...pandang bawah lak...jeng..jeng..jeng~












Heeee..spontaneous tengok gelagat anak kucen tersebottt...hehe sangat-sangat comel kan?
lalalalala...naseb tak teros tido dlm kasot  tuh...yeayyyy heppy for them!!!


16 January 2013

SEGMEN :cuti-cuti blogger saya dari NEGERI PERAK

Assalamualaikum selamat pagi all valued bloggers..
Menjengah di blog empunya myshah holiday..beliau ada satu segmen menarik untuk diterjah..
Haha..segmen ape tuh..meh ketok-ketok sini.!!!




Perak Darul Ridzuan tempat tumpahnya darah aku di mana disinilah tempat aku dilahirkan.Perak bukan sahaja kaya dengan kehijauan alam flora malah dari segi kebudayaan bahasanya amat lah unik sekali.

Tambah-tambah di perkampungan aku ini Daerah Perak Tengah sememangnya terkenal dengan loghat pekat bahasanya.Penah tengok tak Hantu Kak Limah ataupun Hantu Kak Limah balik kampung.huk-huk memag benor lah Peghak bahasa nya amat unik..ate..jom kite bakor!!!

Berbicara mengenai tempat-tempat menarik memanglah banyak,tempat bersejarah tak terkecuali juga

Pasir Salak nie terletak di Kg Gajah dimana dekat sangat dengan tebing Sg Perak.Disinilah JWWW Birch mati dibunuh

Lumut terletak di Manjung merupakan salah satu tempat pelancongan popular di sini
Kalo nak singgah di Pulau Pangkor kena singgah sini dulu,tempatnya sangat menarik dan sesuai untuk aktiviti beriadah petang-petang dok kat tembok mengadap laut..

Inilah Pulau Pangkor yang indah lagi menawan dan banyak lagi pilihan pantai-pantai yang lain di sekitar Pulau Pangkor..sesuai untuk bercuti sekeluarga dan berbulan madu

Tak terkecuali juga Pantai  Telok Batik yang terletak di Manjung juge~

Kalo korang nak pengalaman mencabar jom masuk Gua tempurung nie terletak di Ipoh 


Taman rekreasi yang menarik siap ada bot lagi nak ronda-ronda kawasan sekitar

Nampak kan kecondongan menara yang terletak di Teluk Intan nie..memang unik!!
Boley juga santai petang-petang di tasik ini..nak dating ker,nak release minda pun sesuai
Air terjun yang satu-satunya ada jambatan gantung di atas..dari highway selatan-utara dah nampak dah air mengalir dari gunung..abaikan orang yang mandi tuh
Finish up already,actually banyak lagi tempat menarik di sini.Bagi yang belom sampai ke negeri Perak pakat ghamei-ghamei moh yeop yong datang ke Peghak!!!

Daaaa....!!!! :p

15 January 2013

Kandang Comel


Assalamualaikum
Nampak tak kandang comel untuk anak-anak kucen di atas..heeeee...sukee tengok tak?Actually kandang nie dah lame since masa kitorang ade bela kucen dulu kala..now sume kucen-kucen tersebot dah menghilangkan diri semenjak tahun lepas.tinggal 2 ekor jer itu pun boley dah berdikari sendiri.

Kandang tuh memang abah buat pun lame dah..
 Cadangnya abah nak buat reban ayam..huhhh..hajatnya tak kesampaian pulak last-last jadik kandang kucen gak..

Tak tahu plak ada kucen akan bertandang dirumah kami..nak tahu macam mana boley jadi sedemikian..Meh baca sini !!!

Kandang ala-ala reban ayam tuh terletak belakang umah kitowang saje..umah kampung kan?heeee time makan baru ler anak-anak kucen tersebot dibebaskan..bukan apa lincah plus jinak sangat kang kene lenyek kang susa ati kami sekeluarga lak..

Berusaha jugak mau keluar tuh!!

Nota kaki: Bile tensen maen dgn anak kucen..heee :p

Mengedate with Incek Boyfiee



Assalamualaikum semua..Actually entry nie dah lame untuk dihupdate tapi disebabkan masa itu terlampau mencemburui aku akhirnya baru terlaksana untuk menulis entry nie.Bila tuntutan berjauhan dengan si dia ini dating kami terakhir untuk tahun 2012,welcome pula untuk 2013.

Incek Boyfiee turun Perak penghujung Disember lalu selepas 6 bulan tak ketemu beliau.Finally!!Bukan niat untuk tak nak berjumpa namun kekangan masa demi masa menyebabkan agenda tersebut banyak kali ditunda dah!!

Memandangkan tuntutan kerja beliau yang terlampau sibuk dan kakitangan pula tak ramai cuti boleh diambil setelah kerja beliau selesai sebab projek demi projek harus dilakukan. Jadi,perancangan kami berhasil si dia mengambil annual leave manakala aku cuti biasa untuk 1 hari je..

Lega laa sebab kita hanya mampu untuk merancang namun segalanya Allah tentukan.Alhamdulillah urusan itu dipermudahkan.Susah kan hidup berjauhan namun itu mengajar kami untuk terus kuat menjalani kehidupan tanpa orng tersayang disisi..cecece..jiwang la plak.

Tak apa bercinta biar berjauhan, insyallah apa yang kami hajati akan terlaksana jua~Kesian la kat dia tengah-tengah malam baru sampa Perak sebab petang tuh Incek boyfiee bertolak lambat..

Esoknya kami jalan-jalan sekitar kawasan dekat-dekat sajoo..

LOVE



Y.O.U

Sukeeee sangat-sangat!!tak tergambar rasanya hati ini bila suke-suki sama incek boyfiee..haha..Tapi tak lama pun petang hari yang sama beliau bertolak pulang ke rumah beliau..

Then esoknye aku demam..boley macam tuh,kawan cakap tuh demam rinduuuu..alolo sweet la kan...Okeh-okeh aku akui memang rindu dia..thanks for all~lup u~

14 January 2013

Kesian anak kucen kena buang

Pagi-pagi mak dah bising ada anak kucen dibuang ditepian jalan..pelik sungguh umah aku nie macam medan kucen yang ditinggalkan..itupun adik aku bercerita tentangnya..Elok plak tepi jalan besar kete lalu lalang seramm kot kalao kena langgar..Ishhh kesian aku tengok,kebetulan aku balik pada hari kucen-kucen itu berseorangan bermain sedemikian rupa..Ibunya tak ade hanya anak kucen, kejamnya terpisah kasih seorang ibu dan anak.

Meh nak tepek gambo kucen tersebottt..kalo korang tengok korang mesti jatuh hati...comey bangat!!

Mata nya biru sih...yg nie la jantan pemalu sket gayenye~

Yang nie jer colourfull badan die~

Yang nie mata die jernih sket..muke nampak tirus

Yg nie lagik tirus..tapi tang pipi ade coklat macam pakei pemerah pipi lak

Suke main-main dlm semakk!!

Okeh gambar-gambar dia atas diambil untuk hari ini..Semalam aku sempat la mandikan adik beradik nie sume badan berbau bucuk dah!Bukan apa nak biasakan mereka dah besar nanti tak takotkan air..So far jinak-jinak kucen-kucen ini belaka suke ikot kaki orang..laju jer berlari..Bahaya tuh sebenarnya sebab aku ada kisah tragis kucen yang suke ikot kaki orang nie.Cuma harap-harap kucen ini boleh berdikari sendiri tanpa ibu mereka.


Okeh chill selalooo sebab dah ade anak kucen cumil!!Balek jer kg mesti excited kan..tapi masih tiada idea untuk diberikan nama..ok tak kalo letak Kiko,Kiki,Kaka..yang len any suggestion???

Nota kaki: 5 beradik sumenye tapi sekor lagi diberikan pada jiran disana yang jugak penggemar tegar kucen.

Kita sama saja

Happy besday awak...dah lepas dah 12 Januari lalu skang dah 14 Januari..huhu..Yesss kita sama-sama dah tua samaa-sama melonjak umo..so kita tak tua sgt dari awak dahh

Boooo .. boo .. kat dia balek...Nak hadiah???bole-bole nanti kesempatan len ya kita jumpe kita kasik adiah laaa kat awak..

Semalam dok mesej-mesej dia nak try la manja-manja test market..huk-huk..memang aku tade keje betol!

AY:Awak kan best kalo ayg ada ipad ke iphone ke..samsung galaxy kah..hahaa..dalam hati nampak kan aku nih materialistik..padahal nak mintak simpati sebab handset aku dah buat perangai..na beli baru delay and delay sampai skang..debushhh!!

AB:Ala ayang beli laaa baru,abg tak kisah

AY:Alaaaaa(muke jebik)kan besh kalao ayg dapat adiah ke..tetiba_

AB:Owhhh nak hadiah laaa nie..xpe nanti hantaran abg kasi adiah tuh okeh tak?

AY:Waahhhh yeke suke nyeee..betol nih..janji

AB:Yeaaa betol la janji!

Yeaayyy katanye lah...aduhhh sabo je kan?aku macam tingin sangat sebab boley la next future  aku wat biznes ke easy nak communicate boley hupdate blog hari-hari sampai nak termuntah, boley istagram kah...tetibe..padahal tah pe bendenye istagram tuh..

Eksen saje..


Cantiknye deco-deco ini~

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu