30 June 2012

Sepi hati ini


Sering harungi sendiri..
Kekurangan diri hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta
Mahupun di cinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biar pun hanya sesaat disisi
Pelitakanlah hati
Berduka kau hulurkan
Tanganmu kala hilang arah

Masihkah hadir jua menepis gelora
Tak kanlah aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri
Cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau lafaz akhir ku kau yang dihati
Usah menangis sendiri saatku kan pergi

Senyumlah..usah meratapi 
Bila ada masa kita ditakdirkan yang Esa cukuplah buat ku disana
Kau sinar hati ini biarpun hanya sesaat disisi
Pelitakanlah hati berduka

Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahaya
Detik percintaan persis satu anugerah
Nak ku pinta hanya tercipta ho..o


Masihkah hadir jua menepis gelora
Tak kanlah aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri
Cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau lafaz akhir ku kau yang dihati

29 June 2012

Inteview ^__^ PEN PEG PENERANGAN


Haiiii assalamualaikum semuanya yang singgah membaca ke blog yang serba simple nieh..Just nak sharing is caring..Hari tuh aku ada post entri tentang nak temuduga sebagai Penolong Pegawai Penerangan  ^__^..

Memang rasa diuji sangat-sangat sebab sebelum interview tuh banyak jugak dugaan yang melanda.Alhamdulillah dah pun berlalu berbekalkan semangat yang ada!!.

First aku gerak dari Ipoh ke KL dalam 2 jam lebih sampaila aku dan adik (teman aku) dalam 10.30 pm. Dalam perjalanan naik ETS aku ada sedikit insiden dimana baru perasan surat sokongan terkoyak satu hal..Nasiblah terkoyak siket jer.Kalau tak menangis aku.tapi memang nampak buruk jer. Cuma aku kuatkan semangat bahawa niat aku untuk interview untuk apa.Bagi fully komitmen dan berkeyakinan tinggi menjawab segala soalan.

Perkara kedua nota tentang LPPKN aku copy dalam satu kertas tertinggal.Memang rasa terkilan jugak sebab tak sempat nak baca kesemua.Memang itu aku nak bawa bersama ke KL tapi yang tuh tertinggal rasa lost sangat.Nasiblah ingatan nie kuat jugak untuk slowly mengingat balik benda tuh.

Pada hari kejadian aku ditemuduga oleh 3 panel penemuduga.Dan juga serentak 3 orang masuk ke bilik temuduga.Segalanya bermula dengan rancak dan penuh bersemangat untuk menjawab segala soalan yang diajukan.Namun ada juga part yang aku benar-benar tidak tahu. Dengan jujur aku berkata "Maaf encik saya benar-benar tidak tahu". 

Tapi bila difikirkan kembali rasa macam banyak yang aku termiss.Means loss somethin.Tapi aku dah cuba yang terbaik dan aku dah usahakan sedaya mampu aku. Kalaulah aku diberi peluang tersebut aku memang benar-benar mahukan kerjaya itu.

SOALAN_SOALAN YANG DITANYA:

1.Latar belakang diri anda?
2.Apa pendapat anda seorang kakitangan kerajaan bergiat aktif didalam bidang persatuan?
3.Apakah anda setuju bahawa PTPTN diberikan secara percuma kepada semua pelajar?
(sah-sah aku tak setuju sebab aku dah pun ada pandangan tentang isu ini!! link PTPTN)
4.Adakah anda seorang yang aktif berpersatuan?
5.Berbincang dengan rakan-rakan anda berkenaan isu semasa faktor remaja lahirkan bayi luar nikah adakah kesilapan ibu bapa semata-mata?

ISU berkenaan LPPKN?

1.Apakah pendapat anda berkenaan laman web LPPKN
2.Apakah persediaan yang telah dilakukan sebelum hadir ke temuduga ini.Sila ceritakan
3.Apakah penambah baikan yang sesuai untuk laman web LPPKN?
4.Apakah agensi-agensi di bawah LPPKN
5.Kementerian/ agensi manakah promosi di media sering kita lihat?
6.Bagaimanakah caranya untuk menarik minat golongan muda ke laman web LPPKN
7.Adakah anda minat membaca
8.Siapakah Ketua Pengarah LPPKN?
8.Cara lain untuk menghebahkan isu rebat 100% kepada syarikat swasta dalam usaha kukuhkan istitusi keluarga (PM umum semalam 25 hb June)
9.Do you have personality to be Penolong Pegawai Penerangan?



REASON:

1.Aku suka berkomunikasi dengan orang sebab dengan cara seperti itu aku boleh perbaiki kelemahan yang 
   ada
2.Aku gemar berkongsi idea, pendapat dan pelbagai maklumat untuk orang lain.
3.Aku sukakan cabaran.Memang kalau diikutkan cabaran itu rumit tapi bila ada cabaran akan ada 
   pembelajaran.
4.The more i explore the more i learn.Learning process is everyhing.

Bila temuduga kali kedua to be Penolong Pegawai Penerangan aku makin meminati bidang ini. Sebelum ini,temuduga di MBI aku kurang jelas mengenai job fuction Penolong Pegawai Penerangan so bila dah second interview nieh aku dah jatuh hati dengan kerjaya ini da really hope i will be Penolong Pegawai Penerangan once upon the time.

Hopefully :

INSYAALLAH


24 June 2012

Gagal PTD dapat tuah lain


Haiii ^__^
Rasa lama sangat tak menghupdate sebab banyak kerja terasa bertalu-talu datang menimpa..nasiblah badan.
Alhamdulillah Tuhan bagi aku kekuatan untuk menghadapi itu semua.Itu sudah cukup untuk buatkan aku rasa bersyukur atas segala nikmat yang Dia berikan.Segala cubaan dan halangan aku tenang menerimanya.

Hari tue sempat check keputusan exam PTD bulan lepas memang sah-sah rezeki tidak memihak kepada aku. Apa boleh buat itu dah tersurat walaupun aku rasakan aku dah berusaha sedaya mampu. Namun takdir Nya kita tak boleh nak ubah. Setiap orang ada rezeki masing-masing cepat atau lambat sahaja.Aku percayakan kenyataan itu.

Betul kata orang :

    1. "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi"
    2. Dari dulu sampai sekarang aku pegang kata-kata tue.sebab setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita ada hikmahnya.
    3. “Allahumma, Yaa Haaliimu, Yaa ‘Aliimu, Yaa ‘Aliyyu, Yaa ‘Adhiim”
      (Ya Allah Tuhan Maha Kasih Sayang, Maha Tahu, Maha Tinggi dan Maha Agung)
       Apa yang ingin aku kongsikan walaupun aku sedih sebab gagal sekali lagi dalam exam PTD tapi Allah bagi aku peluang lain. Peluang yang aku tak sangkakan akan dapat
      Aku dipanggil untuk hadir ke temuduga Penolong Pegawai Penerangan di LPPKN. Rasa seronok memanglah terasa di hati ini.Alhamdulillah syukur atas peluang yang Dia berikan
      26 June 2012 tarikh temuduga tersebut semoga urusan dipermudahkan. Insyaallah ^__^

08 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500



Hai semua.dah lame nie tak join semen-segmen kebabow..sangat-sangat teruja nak join segmen kali nie oleh cik mizz z..haha!!okeh segmen nie untuk follower bawah 500 jer okeh...

Kalau rasa hati berkenan nak join jom singgah ke blog beliau..miss z

okeh papai..chill selalu :p


06 June 2012

Kite bakow


Wahhhh selamat pagi semua..Macam dah nak hampir sebulan aku tak update blog kesayangan aku nie.disebabkan busy yang melampau-lampau  aku tak berkesempatan untuk shair banyak entri..hehe..banyak ker?

Entri terbaru kite bako!!haippp macam penah dengo jer kan ayat tuh..hahaha..ala dalam cite filem hantu kak limah balik rumah..hahaha

Cakap pase bako nie baru-baru nie segala kesayangan dan kenang-kenangan surat-surat dah pun tebako..macam mane leh tebako..???haha tak boleh nak kata apa, terpaksa menerima hakikat itu walaupun sayang.

Sebelum tuh jenguk2 baca entri nie dulu surat cinta

Pada mulanya dah banyak kali aku berdalih biarkan jer aku simpan jer..sayang nak buang.Tapi memandangkan dah tahap tak boleh nak simpan aku pun decide bako surat-surat tue sume.

Okeh..okeh..bukan aku yang bako.mak aku yg bako kan sebab aku tak sanggup jugak nak bako..nanti teringat segala kenangan jadik sedih lak..memang banyak surat-surat tuh!!:p

Abaikan daun pisang itu..surat-surat dibako secara berperingkat..

Hurmmm nway walaupun surat-surat tuh dah tak ada..its okey..dulu memang hobi aku jugak ade jer masa lapang baca balik surat-surat..kadang-kadang kelako jer..banyak giler

Belum lagi kumpul kalau aku yang hantar kat kengkawan dah  berapa agaknye..apa pun menulis surat memang best.takkan dilupakan tabiat lama aku zaman muda-mudi.

chill :p



 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu