Haiii ^__^
Rasa lama sangat tak menghupdate sebab banyak kerja terasa bertalu-talu datang menimpa..nasiblah badan.
Alhamdulillah Tuhan bagi aku kekuatan untuk menghadapi itu semua.Itu sudah cukup untuk buatkan aku rasa bersyukur atas segala nikmat yang Dia berikan.Segala cubaan dan halangan aku tenang menerimanya.
Hari tue sempat check keputusan exam PTD bulan lepas memang sah-sah rezeki tidak memihak kepada aku. Apa boleh buat itu dah tersurat walaupun aku rasakan aku dah berusaha sedaya mampu. Namun takdir Nya kita tak boleh nak ubah. Setiap orang ada rezeki masing-masing cepat atau lambat sahaja.Aku percayakan kenyataan itu.
Betul kata orang :
- "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi"
- Dari dulu sampai sekarang aku pegang kata-kata tue.sebab setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita ada hikmahnya.
- “Allahumma, Yaa Haaliimu, Yaa ‘Aliimu, Yaa ‘Aliyyu, Yaa ‘Adhiim”(Ya Allah Tuhan Maha Kasih Sayang, Maha Tahu, Maha Tinggi dan Maha Agung)Apa yang ingin aku kongsikan walaupun aku sedih sebab gagal sekali lagi dalam exam PTD tapi Allah bagi aku peluang lain. Peluang yang aku tak sangkakan akan dapatAku dipanggil untuk hadir ke temuduga Penolong Pegawai Penerangan di LPPKN. Rasa seronok memanglah terasa di hati ini.Alhamdulillah syukur atas peluang yang Dia berikan26 June 2012 tarikh temuduga tersebut semoga urusan dipermudahkan. Insyaallah ^__^





Gagal PTD dapat tuah lain






1 Pelangi Cinta:
gud luck interview =)
Post a Comment