30 November 2011

Pulau cantik di Malaysia



PULAU SIPADAN SABAH



PULAU LANGKAWI KEDAH



PULAU TIOMAN PAHANG


PULAU REDANG TERENGGANU


PULAU PANGKOR PERAK





Wahhhhh Wahhhhh..... cantik giler pemandangan pantai-pantai yang ada di Malaysia kan.Bertuah kita rakyat Malaysia mempunyai keindahan pantai yang cantik sebegini.


Antara pantai-pantai di atas aku pernah menjejaki Pulau Pangkor aje.
Lokasi pantai yang lain masih belum ada kesempatan lagi


Manalah tahu kan kowt-kowt masa honeymoon nanti


Hehe..dah pasang angan-angan plak!


Macammana pulak dengan korang semua..


Jomm kita kongsi sama-sama








29 November 2011

Rasa penat dengan churp-churp


Hai semua petang-petang sebegini dapat khabar gembira dari rakan blogger update kempen iklan churp-churp.Dengar jer..terus melompat aku terjah blog dia

Thanks a lot untuk incek ibnuismaini atas tutorial cara nak share kempen iklan churp-churp.Rasanya aku kowt agak ketinggalan nak buat benda alah nie.Sekarang nie dah
hot tentang iklan churp-churp.
Kan teman-teman.??

Sebelum tue klik sini dulu 

Ok!!


 Tanpa membuang masa kalau korang belum lagi pasang banner kempen iklan churp-churp nie
jom ke blog incek ibnuismaini


Bulan Januari




Hai semua..hari nie nak share beranak bulan 1.Hehe..ok nak tanye sape lahir pada bulan 1 atau Januari sila angkat tangan korang!!Macamlah nampak yea korang angkat tangan

Ok letak tangan semula..

Aku salah seorang insan makhluk Allah yang lahir pada bulan 1 daripada ber ber million makhluk di bumi indah ini.Bagi korang sekarang tahu tak rahsia bulan kelahiran korang sekarang sebab diri kita SEKARANG dipengaruhi faktor bulan kelahiran juga.

Nak tahu rahsia bulan kelahiran Januari iaitu bulan aku beranak ataupun sama dengan bulan korang!!


1.Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Aku:Dari kecil sampai sekarang aku memang suka pasang impian mahu belajar sampai ke menara gading.Dan secara serius aku berjaya menempuhinya dan tak pernah rasa jemu untuk belajar dan belajar

2.Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Aku:Ini memang aku suka perhatikan dimana aku suka tengok kelemahan orang lain tapi aku bukanlah pengkritik secara terang-terangan.Just tengok aje

 3.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Aku:Satu pujian ikhlas untuk my self aku seorang yang rajin segalanya baik dari belajar ataupun bekerja.Itu adalah kepuasan untuk aku

4.Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Aku:Cantik,kemas dan teratur memang main thing aku selalu tekankan.Persekitaran kemas dan teratur membuatkan diri aku tenang dan damai.Tak adalah berserabut berfikir

 5.Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Aku:Satu hal yang amat berat aku seorang yang sensitif mudah terasa namun walaupun aku suka nangis dan cepat nak merajuk aku kadang-kadang boleh cool at the same time aku suka berfikir dengan mendalam contoh kalau aku sedih aku nangis aku mesti melayang berfikir rindu kat allahyarham atuk sebab dulu aku rapat gak la dengan atuk

6.Pandai mengambil hati orang lain.
Aku:Haaa bila aku nampak orang lain bersedih or apa aku boleh cool down kan dia dan suka mengambil berat antara satu sama lain.Kiranya aku boleh bertimbang rasa orangnya

7.Pendiam kecuali telah dirangsang.
Aku:Kalau aku diam aku amat-amat pendiam susah sangat nak cakap seolah-olah ada emas dalam mulut tapi kalau kawan-kawan mula pot pet pot pet aku apa lagi join sama lah

8.Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Aku:Ala macam malu-malu kucen plak.Tapi kucen pun tak malu macam aku kowt.Aku seorang yang pemalu kalau sedara datang malu kadang-kadang nak tonjolkan muka

9.Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Aku:Disiplin tinggi menjadi satu pegangan dalam hidup aku.Perkara itu dah jadi wajib dalam kamus hidup aku

10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Aku:Acccchummmm...mudah sangat nak diserang selsema aku sihat sebenarnya tapi selsema senang nak dapat demam pun susah

11.Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Aku:Hehe..aku nie romantik orangnya tapi nak mempamerkan tue dikira failed la jugak

12. Cukup sayang pada kanak-kanak.
Aku:Betol betol betol..aku sukakan kanak-kanak dan cukup sayang pada mereka terutama anak buah aku yang cukuplah nakal dan bijak nieh

13.Suka duduk di rumah.
Aku:Tepat sekali..aku suka habiskan masa kat rumah sebab rasa best duduk rumah.Aku bukan kaki jalan

14.Setia pada segala-galanya.
Aku:Cakap pasal setia nie aku nie cukup setia pada sesuatu benda,orang pun yeaa.Benda contoh macam kasut kalau kasut tue elok lagi aku akan pakai dan pakai lagi orang pulak setia pada my BF la

15.Perlu belajar kemahiran bersosial.
Aku:Kadang-kadang aku tidak pandai nak bersosial cara berkesan..ermmm itu kelemahan aku kena banyak belajar

16.Sifat cemburu yang sangat tinggi.
Aku:Sangat cemburu tengok orang lain terutama cemburu kat BF..hehe

Jadi korang semua macam mana..Lahir bulan apa?boleh kita share sama-sama


28 November 2011

Ahh.. mengantuknya




Dah makan kenyang-kenyang tetiba badan korang rasa mengantuk lebih parah lagi mata pun dah berat tersengguk-sengguk kerana dah tidak tertahan lagi.

Sememangnya, mengantuk selepas makan sering berlaku segenap umat bernama makhluk kucing pun sama. Ini menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.


Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

  1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  4. Tekanan darah menurun
  5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
  6. Lesu pada waktu siang
  7. Sakit belakang
  8. Dehidrasi
  9. Sakit kepala
  10. Memperlahankan kadar metabolisma
  11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  12. Sendi dan otot mengalami kekeringan
  13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  14. Meningkatkan keinginan untuk makan
  15. Darah menjadi pekat
  16. Mudah keliru.
  17. Degupan jantung meningkat
  18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


Waktu itu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.





Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

27 November 2011

Gemuk dan kawen so watz?


Ahhh..betol ke aku da gemuk?betol ke aku dah berisi?Semalam aku ditegur hebat oleh makcik-makcik aku "udah berisi kamu!!Nampak bahagia yea kamu?Apakah maksudnya itu..aku bahagia??Means?Dilamun cinta.

Aku disapa lagi dan lagi bila kamu nak...tettttt..Korang sume mesti boleh agakkan tettt itu apa?Owhhh tidak...Tidak sanggup menghadapi itu semua kerana buatkan aku rasa juga tidak menentu.

Rasa tidak puas hati teguran makcik aku sepantas kilat aku mengukur tahap kegemukan aku dengan cuba menimbang berat badan.Mak aihhh udah 51kg.Dahulu boleh maintain 48kg.Sekarang???Haha korang rasa kelakar tak?

Almaklumlah kerja aku sekarang amatlah bermalasan.Hanya perlu duduk dan duduk sahaja.Itu juga salah satu faktor menyumbang ke arah lemak-lemak tidak berpatutan dalam badan.Makin bertambah pelbagai koleksi lemak-lemak

Pasal kawen bukan aku tidak mahu..Kalau cakap ya dah tentu hari nie dah panggil tok kadi jugak dan terus je kawen Tapi soal kawen tue belum masanya lagi..^___+

Dalam hati teringin la nak kurus macam nie!!


Namun..aku tetap comel!!

Dont and Dont SPAM


Straight to da point to all bloggers..Aku just nak bagi tahu satu hal dan pengumuman penting untuk korang.Korang perlu berhati-hati ok apabila korang share link blog korang kat Profile facebook ataupun kat blogging group yang sekarang ini tumbuh bagaikan cendawan.

Nak dijadikan cerita sila buangkan http:// jangan letak link warna biru (SPAM LINK) just jadikan warna tulisan link tulisan hitam saja tengok contoh di bawah!!


Kalau korang degil  nak jugak letak banyak link warna biru GOOGLE akan detect link korang sebagai SPAM LINK sebab tue korang tidak boleh ping lagi dekat sesuatu group.


Aku harap para blogger semua A.L.E.R.T demi keselamatan blog korang dan yang paling menakutkan, blog korang akan didelete tanpa diberitahu terlebih dahulu daripada pihak BLOGSPOT. Kemungkinan besar ini boleh berlaku dalam sekelip mata sebab pernah terjadi dalam kalangan rakan-rakan blogger sebelum nie.

Siapa nak blog dia hilang?Sila angkat kaki!!!S.u.r.e rasenye xde sorang pown kan..Jadi mulai sekarang berhati-hatilah yea.Adakalanya teknologi ini memudahkan kita semua tapi adakalanya mungin boleh menyusahkan kita pulak.

Jangan menyesal dan menangis di kemudian hari...

Uwaaaa...


26 November 2011

Salam Maal Hijrah


Alhamdulillah segala pujian bagi Allah kerana kita masih lagi diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan melangkah ke tahun 1433 hijrah pada tahun 2011. Esok 1Muharram bermulalah permulaan tahun bagi kalendar umat Islam

Nabi s.a.w. bersabda :

"Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah" (HR Bukhari 6484)

Oleh itu, kawan-kawan bersempena MAAL HIJRAH, sama-samalah  kita bermuhasabah melihat kembali segala kesilapan yang telah dilakukan dan berazam untuk berhijrah dan berubah untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Penghijrahan adakalanya memang terasa perit namun itu semua bukanlah ukuran kerana perit itu pasti akan meningkatkan rasa syukur pada Allah.Setiap ujian yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri

Bagi aku sempena Maal Hijrah ini banyak yang ingin dicapai seterusnya dapat mempertingkatkan keyakinan diri menjadi lebih baik dan berusaha menjadi terbaik.

Aminn







Teringat kembali semasa zaman sekolah selalu aku menyanyikan lagu Hijrah.Jommm korang kita menyanyi bersama-sama.Hayati sama-sama



"Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan nabi dan umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu permulaan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

HIJRAH



Jom check berat blog



Halloooo kawan-kawan sekalian jangan ingat berat badan jer korang boley check..Hehehe...
Berat blog  pun boley check haaaa gituuuu


Sebelum tue aku nak check berat blog aku dulu..
Haaa tu diaa...



Kalau korang nak check klik sini sahaja..Jadi kalau load time tue besar angkanya maknanya blog korang dalam bahaya tahap obesity level amat membimbangkan.Banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan berat tersebut


Blog perlu berdiet dan bersenam ya.Kurangkan makan lemak-lemak manis,berminyak dan juga masin.Maksudnya disini widget yang tidak berapa penting haruslah dicampakkan keluar (ayat kejam)


Jangan risau blog korang masih boleh dirawat kalau angka mencecah.....Jangan bersedih ya!!
Selamat mencuba kawan-kawan



24 November 2011

STOP!!! Potong kuku ANDA



Hai semua..sebelum cakap pasal nie korang tengok kuku korang dulu..PANJANG KE PENDEK??Haa..jawab..jawab..


Jika kesemua jejari korang menyimpan kuku yang panjang maknanya dosanya sama seperti memelihara sekandang babi,...bayangkanlah dosa yang telah korang tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.


Oleh itu




Satu hal penting +___^

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya: Barang siapa yang mengerat kukunya pada

Hari Sabtu:
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : 
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Kesimpulannya Hari Isnin,Khamis dan Jumaat hari yang baik untuk korang buang kuku ya +___^




22 November 2011

Air Suam MUJARAB!!



Hai semua..pagi-pagi dah menyibuk on blog bercerita untuk perkongsian bersama.Pagi tadi selepas bangun jer terus minum air kosong tanpa menggosok gigi. Hehehe..elok untuk kesihatan ya..Satu lagi info menarik yang mungkin korang semua tahu tapi korang tidak mengamalkannya.


MINUM AIR SUAM atau SKYJUICE..(hehe like my url blog)


Sebelum tue nak tanya siapa suka minum air suam?Sila angkat kaki korang!!


Korang tahu tak minum air suam banyak khasiat memberikan tubuh badan kita sihat walafiat serta cara mudah murah dan mujarab untuk menyembuhkan penyakit


Ada 8 alasan kenapa perlu minum air suam/air masak/air kosong atau sewaktunya



1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.



5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suambukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


Haa jom kawan-kawan minum air suam yea.Amalkan untuk kesihatan di masa akan datang


SEDAPPP!!



17 November 2011

Simple but awesome


Dengan rasa terharu plak malam-malam nak join segmen blog simple but awesome oleh Nurul Hanani
Agaknya blog aku boley dikategorikan sebagai blog simple jugak kan...
Jom reramai  join contest ini

MOH LER KOME~










Cemburu angin malam

Aku memang cemburu..cemburu melihat kejayaan orang lain.Memberi pendorong dan kekuatan untuk berusaha menjadi lebih baik.Aku tidak mencemburui untuk berbuat jahat malah aku cemburu sebab aku juga mahukan apa yang diingini dapat dicapai.

Walaupun sehingga kini aku masih tidak mendapat apa yang aku impikan aku tidak menjadikan halangan menggapainya adalah satu masalah besar dalam hidup aku.Semua perkara adalah tidak mustahil melainkan BERUSAHA!!!

Aku percaya bahawa rezeki belum sampai..aku hanya boleh menanti dan terus menanti

Kita juga tak boleh lari daripada manusia diluar sana sering busy body.Terlalu mengambil berat..(Beratkah)


Dahulu apabila keluar result STPM 
'U dapat result STPM berapa?

Lepas result UPU diumumkan
'U dapat universiti mana?

Lepas keluar universiti
'U keje apa skang?Kat mana?

Dah dapat keje
'U bila nak beli kereta?

Dah ada kereta
'U bila nak kawen nie?

Semua itu pasti ditanya selagi aku belum menjadi manusia yang melalui fasa tersebut.Hanya aku yang tahu jawapannya selagi belum sampai janganlah dipaksakan diri kerana pasti akan merana diri.

Percayalah rezeki masing-masing adalah kehendak Allah S.W.T..
Teruskan berdoa tabahkan hati kuatkan semangat 
Kepedihan di hati hanya Dia yang tahu



13 November 2011

Mana link kawan-kawan??

Haii..selamat ya malam-malam sepi sebegini owhhh aku melalui satu lagi kehilangan.Apakan daya link kawan-kawan dah hilang!!Aiyyooo apa sudah jadi nie


Kawan-kawan seangkatan semasa di universiti sudah hilang pulak so misi pencarian masih lagi diteruskan ada yang selamat ada yang kini masih mencari dan mencari.Inilah akibatnya terlampau mengedit blog sampaikan berterabur sumenya..Hahaha..


Jom tolong aku cari link kawan-kawan..


JOM SERBU MEREKA












Najwa Latif and Greyson Chan AIM 2011

Semalam sempat aku menonton Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 18 bersiaran di Astro Ria.Penyanyi muda yang kian mantap sekarang Najwa latif,16 berduet sama dengan penyanyi antarabangsa kecil molek juga dari Amerika Syarikat Greyson Chan.


Wah beruntungnya Najwa digandingkan bersama artis luar menerusi lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh Lady Gaga.Hebat sama hebat jugaklah.Tahniah..Tahniah!


Greyson Chan juga dicungkil bakat sama menerusi laman sesawang You Tube begitu juga Najwa yang kini popular menerusi lagu Cinta Muka Buku.








Greyson Chance - Waiting Outside The Lines


   

Gandingan Mantap Najwa Latif dan Greyson Chance
dalam AIM ke 18




11 November 2011

11.11.2011



Hai semua..haaa hari nie angka cantik 11.11.2011.So sweet untuk mereka yang lahir pada tarikh nie ataupun sambut hari bahagia bersama insan tersayang.Wah..Wah..Wah..Bermillion tahniah buat mereka ya!

Untuk hari nie aku tak ada apa yang best untuk dikongsikan cuma aku rasa tak sabar untuk berhijrah.Lets go baby..

LETS GET CRAZY +___+ 




1.Dapatkan follower blogging ke 150 sebelum akhir tahun 2011

2.Merasakan pertukaran angin kerja

3.Menyimpan dan terus menyimpan untuk masa depan





09 November 2011

Jom join segmen Cik Tikah+bosan keje

Hai semua apa khabar?Harap-harap korang sume dalam keadaan baik-baik saja.Malam-malam sepi sebegini  rasa best melayan blog setelah penat bekerja ahhh tension saje aku.

Haaa..tika waktu dan saat ini meh-meh aku nak merajinkan diri join segmen Cik Tikah.Tengok nie banner dia comey kan hijau gitu ala-ala tema alam sekitar tuh.

Jom KLIK

Tujuannya nak tolong naikkan trafik rakan-rakan blogger.Amboi best tue.Tengok my follower pun xbanyak.seciput aje.Jadi elok sangat aku join mungkin ini salah satu cara aku nak gak mempromosikan blog aku yang xlah seberapa nie+dapatlah tingkatkan follower lo

Lagi satu dia suruh teka umur dia berapa haaa...aku dengan rasa confident umur dia mesti 19 tahun so aku tag untuk Cik Atiey

Jom Cuci-cuci






Kedua-dua gambar di atas cukup menunjukkan aku bosan bekerja hari nie  =____^


07 November 2011

Suka 100 plus




Hai semua.Jap nie tadi aku telan lagi sebotol 100 plus badan rase lemah plak dan kurang bertenaga sebab penat dok dalam kereta kowt dari kampung halaman menuju  ke KL.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam setengah

Haa..apa lagi 100 plus gak aku minum untuk kembalikan tenaga itu.Sebenarnya aku bukan minum 100 plus untuk dapatkan tenaga jer aku demam ke selsema ke atau datang bulan telan gak la air nie.

Aku pun tak sedar akan kelebihan air nie.1st aku try member satu universiti pernah bagitau kata aku kalau demam elok minum air 100 plus.Bila aku cuba alhamdulillah aku pulih.Tapi itu semua kuasa Allah kita manusia nie kenalah ada ikhtiar kalau x macam mana nak sembuh kan.

Korang nak tahu hal penting x?

100 plus adalah minuman isotonik dan disukai kebanyakan golongan sukan untuk kembali bertenaga
Minuman isotonik mengandungi gabungan karbohidrat iaitu glukos dan sukrosa, elektrolit seperti natrium, kalium dan fosfat (mineral hilang melalui peluh), serta air. 


Semakin tinggi tahap karbohidrat di dalam minuman, semakin rendah kadar pengosongan perut. Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat di antara enam dan lapan peratus dikosongkan daripada perut pada kadar yang sama dengan air. 

Elektrolit, terutamanya natrium dan kalium di dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, oleh itu membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan pantas. Ia seterusnya menggalakkan penyerapan daripada usus serta pembendungan cecair.


Eloklah minum ketika diperlukan dan bertempat bukan lah hari-hari ya kawan-kawan sekalian

JOMM minum 100 PLUS






 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu