26 May 2015

Ada lagi sedang menanti

Assalammualaikum semua..dugaan aka datang dan pergi. Kita yang menghadapinya pasti akan merasakan mungkin percaturan Allah itu lagi indah untuk kita sama-sama muhasabah diri sendiri.
Wahai hati kau bersabarlah dan anggaplah ini satu kekuatan untuk kamu teruskan ranjau kehidupan.

Ya..kadang-kadang kita merasa kita di atas dan ada kalanya kita akan mersakan dibawah.Lumrah kehidupan dan sebagai hamba Allah doa adalah senjata utama.Aminnn!!!


For the first time aku lulus untuk jawatan gred N17..sebenarnya aku hanya berniat untuk mencuba dan tidak disangkakan tersangkut disini maka bersedialah aku untuk menghadapi lagi sekali temuduga SPA kelak..again!!!!


Wish me best of luck!!! =)

Haipppppp FAILED

Dah tersurat dan tersirat ini bukan rezeki milikku lagi. Ya Allah kau tabahkanlah hati hambamu untuk menerima setiap dugaan yang kau berikan kepadaku.Entah mengapa rezeki ku sangat murah pada awalnya namun di pengakhirannya ada seribu satu hikmah yang mungkin dan sedang menanti

Mungkin ini juga untuk persediaan awal bagi diriku untuk terus giat berusaha dan berusaha supaya jangan mudah untuk berputus asa.Anggaplah ini sebagai cabaran dan pengalaman mematangkan diri ini supaya apa yang bakal dilalui adalah satu ujian yang Allah telah aturkan sebelum menerima berita yang lagi indah.

Aku pasrah dan aku tidak pernah menyalahkan takdir namun aku juga cuba untuk berfikir ke arah yang lebih positif bahawa rezeki ada dimana-mana.Wahai rezekiku yang amat ku nantikan kau permudahkan lah untuk singgah dihatiku.Moga-moga harapanku ini terlaksana...Aminnn!!!


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu