24 September 2012

Teluk Batik :p


Cuti-cuti hujung minggu sempat singgah pantai yang satu-satunya ada di Perak The Roll Red 1, Pantai Telok Batik. Rasa-rasanyelah dah agak lame tak menjejakkan kaki disini last masa sekolah menengah..Hah tu dia memang ler lame sangat-sangat!

Dammm..view pixza..

Sejukkan perot dengan minum ais kacang dulu

Haha..SPONTANEOUS gilak2

3 sekawan yang memang giler-giler
Haha melompat-lompat yang xbape nak jadik...ketawa melebih!
2 sekawan yang S.E.M.P.O.I

Dad's all!!

23 September 2012

Exam Penguatkuasa


Haii semua..nampak sangat aku dah lame x mengupdate blog kesayangan aku nih.Sangat-sangat sayang dengan blog ini.Dah terlampau busy, banyak sangat hal kene uruskan since bulan Ogos sampai sekarang 

Masa 15 September 2012 aku selamat menjalani fasa kedua dalam pemilihan kemasukan sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa.Hah^ bukan level Pegawai jer ade exam jawatan nie pun ramai giler manusia di luar sane mahukannya.

Bukan apa kalau ikutkan memang sayang sangat lah kalau xdtg exam tuh sebab sebelum ke peringkat ini pun ujian pemeriksaan fizikal dah berjaya ditempuhi.



Semangat dengan penuh harapan nak berdepan dengan exam. Dan bila sampai mak aiihh Tuhan jer yg tahu memang ramai giler yg dtg.Mulalah perasaan cuak membelenggu diri ini ya Allah gerun rasenye.

Dan usaha demi usaha hanya aku berserah padaNya.Kalaulah itu ketentuan Nya aku mohon padaNya agar dipermudahkan segalanya.

Insyaallah ^

03 September 2012

Untuk awak!!!



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


...............................Sayangkan awak rindukan awak..Ridzuan!!!........................


Masih mencuba


Sekali lagi dikejutkan dengan peluang demi peluang untuk mencuba dalam sektor pekerjaan awam. Alhamdulillah... itu sudah pun memberikan nafas lega kepada usaha yang dilakukan oleh diri sendiri. Lagipun sebenarnya peluang ini diberikan oleh pihak SUK negeri Perak kepada diriku untuk hadir interview sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat bagi kali kedua.

Surat yang dihantar juga lambat diterima sementelah pada waktu panggilan pertama aku terlibat dalam training di Mid Valley. Jadi sudah tentu kesempatan itu terpaksa diketepikan.

Dan..2 hari selepas tarikh temuduga tersebut seorang lelaki menelefon untuk memaklumkan bahawa namaku disenaraikan untuk hadir interview pada satu tarikh yang akan di aturkan selepas hari raya iaitu pada 12 September 2012. Alhamdulillah aku diberi peluang tersebut.

Bagiku hadir temuduga itu sudah memberikan aku nafas lega untuk terus mencuba dan mencuba. Ya  aku tahu aku bukanlah sehebat mana dengan sekali percubaan aku boleh lulus.Sejak dari sekolah lagi aku mesti kena usaha sungguh-sungguh walaupun banyak tewas tapi jangan berputus asa!!. Semoga atas usaha dan inisiatif yang aku aturkan akan berbalas dengan satu kemanisan dan harapan yang aku garapkan.

Dengan izin Allah..

02 September 2012

Berkat kesabaran lalu


Hai blogger semua..Haippp ape khabar uols. Hope semuanya baik-baik sahaja dan dirahmati Ilahi. Baru-baru ini aku cek keputusan bagi ujian fizikal dan kecergasan bagi jawatan SPA..Jom nengok nih :p



Bukan apa masa hari kejadian aku lemah longlai tak bersemangat selepas berlari 8 kali pusingan padang sebab menggunakan sekuat kudrat yang mampu. Tak pecaye baca nih :p

sweet moment

Hahh..haha itu lah moment seumur hidup yang tak bole dilupakan. Setelah lulus peringkat ini aku harus melalui peringkat kedua dengan peperiksaan la plak..Alamakkk!!!wisau sungguh!!!



"Ya Allah Ya tuhanku aku mohon kau permudahkan lah Siti Ruhaya untuk menghadapi peperiksaan yang bakal beliau hadapi kelak!!Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani kau permudahkanlah jalan dan rezeki untuk beliau berkhidmat dalam sektor kerajaan. Aku mohon Ya Allah kau perkenankanlah doa beliau" Amin ya rabbal Alamin!!!


Raya 2012





Alhamdulillah SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI untuk bloggers semua. Rasa-rasa dah hampir lama raya sudah menjelang namun baru berkesempatan untuk menulis dalam blog kesayangan ini.

Syukur ke hadrat ilahi dapat bersama-sama menyambut aidilfitri dalam suasana yang cukup sederhana. Ini sudah pun memadai. Bagaimana pula dengan sambutan hari raya korang semua. Semoga semuanya lebih indah dan meriah di samping meningkatkan erti kesyukuran  di atas limpahan rahmatNya.

Raya tahun ini masih berusaha memberi yang terbaik duit raya kepada adik-adik dan lebih utama kepada parents. Alhamdulillah rezeki tahun ini lebih jadi tak salah untuk memberi kepada yang memerlukan

Namun tatkala rasa seronok memberi duit raya tak lupa juga insan lain yang lebih prihatin kepada diri ini memberi duit raya walaupun status bekerja sudah pun sebati dalam diri. Alhamdulilah

Dengan ini diharapkan raya tahun ini marilah kita saling bermaafan serta meneruskan tradisi kunjung mengunjungi ..semoga dengan ini akan meningkatkan lagi ukhwah antara kita sesama muslim


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu