03 September 2012

Masih mencuba


Sekali lagi dikejutkan dengan peluang demi peluang untuk mencuba dalam sektor pekerjaan awam. Alhamdulillah... itu sudah pun memberikan nafas lega kepada usaha yang dilakukan oleh diri sendiri. Lagipun sebenarnya peluang ini diberikan oleh pihak SUK negeri Perak kepada diriku untuk hadir interview sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat bagi kali kedua.

Surat yang dihantar juga lambat diterima sementelah pada waktu panggilan pertama aku terlibat dalam training di Mid Valley. Jadi sudah tentu kesempatan itu terpaksa diketepikan.

Dan..2 hari selepas tarikh temuduga tersebut seorang lelaki menelefon untuk memaklumkan bahawa namaku disenaraikan untuk hadir interview pada satu tarikh yang akan di aturkan selepas hari raya iaitu pada 12 September 2012. Alhamdulillah aku diberi peluang tersebut.

Bagiku hadir temuduga itu sudah memberikan aku nafas lega untuk terus mencuba dan mencuba. Ya  aku tahu aku bukanlah sehebat mana dengan sekali percubaan aku boleh lulus.Sejak dari sekolah lagi aku mesti kena usaha sungguh-sungguh walaupun banyak tewas tapi jangan berputus asa!!. Semoga atas usaha dan inisiatif yang aku aturkan akan berbalas dengan satu kemanisan dan harapan yang aku garapkan.

Dengan izin Allah..

2 Pelangi Cinta:

haryati said...

good luck ye! jan putus asa, kalau dah rezki tu tak kemana...InsyaAllah dapat la...

momma lulu said...

insyaallah...gud luck

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu