27 September 2011

Untukmu



Walau aku tak bisa bernyanyi merdu
Walau angin khabarku jarang menghampiri
Di sini aku seperti gunung..
Selalu menyimpan setiap senyuman manismu
Selalu rindu tatapan matamu
Dan takkan berpindah walaupun angin berlalu
Dan kabut menyelimuti
Masih ada jejak langkahmu disini
Yang selalu menemani hari – hari ku
Aku masih disini untukmu sayang






25 September 2011

Pemilik hati




Lihat ku disini
Kau buat ku menangis
Tak ingin menyerah
Tapi tak menyerah
Mencoba lupakan
Tapi ku bertahan

Kau terindah kan selalu terindah
Aku bisa apa 'tuk memilikimu
Kau terindah 'kan selalu terindah
Harus bagaimana ku mengungkapkannya

Kau pemilik hatiku
Mungkin lewat mimpi
Ku bisa 'tuk memberi
Ku ingin bahagia
Tapi tak bahagia
Ku ingin dicinta
Tapi tak dicinta

Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku

Kisah 2 hati


Kali pertama bertemu awak, hati aku terus terpaut. Demi Tuhan, aku tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Aku telah menolak awak. Tapi awak mencabar aku dengan kejujuran awak.

 Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, aku bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.

Semakin mengenali awak, aku tak dapat lagi membohongi perasaanku, bahawa aku menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. Dan saat aku mencintai awak, aku jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. 
Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian
Dan aku mula terfikir.


Aku mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi aku selama ini. Dan baru aku sedari, tika dan saat itu. Bagai merpati putih, cinta aku berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta.

                         Terima kasih abang kerana terima diri ini seadanya

Kasih izinkan aku menggapai cintamu

Aku sayangkan Mohd Ridzuan

Belum rezeki lagi~


Baru-baru nie aku cek result exam PTD 16 Julai lalu.Ini pun aku tahu bukanlah semudah yang dilalui sebelum ini. Kali pertama exam LULUS perasaan teruja amat bangat saat itu.Namun kini berdepan dengan exam kali kedua dan hasilnya aku GAGAL di situ.Dan aku sendiri redha dengan ketentuanNya.Perasaan kecewa sampaikan frust menonggeng taklah. Bagi aku ini bukanlah pengakhiran segalanya. Mungkin ini juga memberikan aku pengalaman bermakna dan mahu lebih berusaha bersungguh-sungguh lagi kan??Even ada juga yang lebih teruk dari aku.So bersyukur dengan apa yang ada ini mungkin bukan rezeki aku ya~..



Untuk menjadi seorang PTD kalian harus bersedia untuk menggalas satu tanggungjawab besar pada negara. Dan cabaran demi cabaran terpaksa ditempuhi barulah anda layak untuk bergelar seorang PTD. Apapun wat ever yang kalian mahukan usaha sungguh-sungguh dan jangan berputus asa.

Apapun GUD LUK GUYS yang berjaya menempuhi exam dan lulus dengan jayanya CONGRATULATION!!!

Bersiap sedialah anda menghadapi peringkat PAC yang penuh dengan onak duri pahit dan manis.Anda semakin dekat dengan PTD..Jadi berjuanglah sehabis baik sedaya yang mampu  +___@


Amalan Rasulullah



Hai Salam semua..@@ Sihatkah anda??? Sakitkah???Now aku mahu mengetengahkan bab makan makan pulak dimana aku dapati ramai manusia sekarang tidak mengira kecil, tua mahupun muda kalau bab melantak makan macam dah xingat dunia.Masyaallah!!!

Mari aku kongsikan sedikit mengenai diet rasulullah S.A.W yang mungkin boleh dijadikan ikhtibar dan amalan untuk semua ya kawan-kawan sekalian!

Seperti sedia maklum..Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

PERINGATAN:
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
Cara makan
1.Jangan makan buah setelah makan nasi sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru nasi
2.Tidur 1 jam setelah makan tengah hari
3.Jangan sesekali tinggal makan malam. "Barang siapa yang tinggalkan makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda".
4.Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Cth: ayam dan sotong
Nampak memang sulit namun pengaruhnya bukan dalam jangka pendek TETAPI akan berpengaruh apabila kita sudah tua nanti.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat pencerna makanan)

Alhamdulillah ada yang aku turut mengamalkan..Moga-moga kalian juga~

Wallahualam..

KENAPA Husna???


Jam menunjukkan 12.15 malam aku sukar untuk melelapkan mata..Tiba-tiba fikiran jauh melayang mengenangkan seseorang. Kadang-kadang aku merasa hairan kenapa insan bernama Husna selalu muncul di depanku menghulurkan salam persahabatan akhirnya pergi meninggalkan aku.

****Aku mempunyai seorang teman yang dahulunya kami memang rapat semasa di tingkatan 2.Kami diibaratkan bagai isi dengan kuku. Dimana ada Husna di situ juga  adanya aku. Hubungan kami memang akrab dan semua pelajar lain tahu Husna dan aku berkawan baik…sehinggalah saat itu kami terpaksa berpisah kerana beliau mengikut keluarganya berpindah ke Bukit Mertajam.Sejak dari itu aku kehilangan seorang teman,sahabat, serta kawan bernama Husna.

****Namun,tidak disangkakan perkenalan melalui surat kiriman aku kepada insan bernama Husna di Pantai Timur membuahkan sebuah ikatan persahabatan yang sejati yang sukar untuk dirungkaikan.Kami mulai rapat sejak saling berutus surat berkenaan hal pelajaran.Dan mulai saat itu kami turut berkongsi kisah suka dan duka. Beliau banyak membantu dan memberi dorongan dalam hal pelajaran sehinggakan aku menjadikan Husna sebagai idola untuk berjaya sepertinya.
Alhamdulillah aku juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti begitu juga dengannya.Namun beliau berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara. Pada mulanya  memang kami berhubung tetapi atas faktor kesibukan di alam universiti  aku dan Husna terputus hubungan. Sudah banyak email dihantar,surat dikirim serta telefon pun sudah diusahakan tapi malangnya sudah tamat perkhidmatan.

Argghhh..banyak tanda tanya bermain di ruang legar fikiran aku.dimanakah Husna?Bagaimanakah keadaan dia?Sihatkah?Sudah tamat belajarkah dia?

Plizzz Husna..seorang teman di sini setia menunggu mu.Dan sebagai seorang kawan sudah pastinya aku mengharapkan perhubungan kami akan jadi seperti dulu.Aku mendoakan agar kami dipertemukan semula dalam keadaan yang tidak disangkakan. Moga-moga..Aminn

****Now aku juga  mempunyai  seorang teman baik bernama Husna semasa di universiti.Kami mulai rapat sejak belajar dalam major yang sama.Segala susah senang pernah kami hadapi bersama.Namun beliau kini sudah pun mendirikan rumah tangga dan menantikan  baby sulungnya.

"Ya Tuhan kenapa insan bernama Husna sentiasa menjadi temanku,kawanku,sahabatku..suka dan duka. Apabila Husna yang lain pergi meninggalkan aku Kau pertemukan  yang lain. Adakah ini suratan atau kebetulan???Aku sayangkan mereka semuanya. Doaku agar mereka  berbahagia di samping insan yang disayangi".

Dan paling terkilan aku tertanya-tanya dimanakah Husna (Pantai timur) yang aku kenali suatu ketika dahulu.Namun hingga kini terus senyap sepi tentangnya. Dah banyak utusan surat aku utuskan padanya.Namun tidak berbalas sampai sekarang..Aku keliru!!kenapa perhubungan ini berakhir begini.Aku rindukan dia. Dialah yang banyak memberi sokongan pada ku selama kami di bangku sekolah tingkatan dua hinggalah ke tingkatan enam. Bila difikirkan kembali rasa bergenang air mata mengingatkan seorang teman bernama Husna yang pergi meninggalkan aku tanpa sebarang khabar berita."Ya Tuhan Kau kuatkan lah aku..Semoga aku dipertemukan dengan Husna suatu masa nanti.."

Pada mereka yang pernah kehilangan kawan seperti aku pasti kalian turut merasainya seperti apa yang aku rasai kini..@@

Sob Sob..?___?

Husna (kanan) ..semasa di universiti

24 September 2011

New Lenovo


New laptop is coming~hahahaha..Selamat tinggal laptop lame.Even dah lame tapi acer 5530 banyak memberi khidmat dan pengorbanan selama nie terutamanya time 3 tahun sepanjang di USM..TERHARU !!TERHARU..!!

Acer 5530 sudah berada pada zaman kejatuhan kerana aku menghadapi banyak sangat masalah.Jadi daripada aku membaikinya lebih baik beli yang baru.Itu lagi baik!!^___+

Now aku bahagia dengan laptop baru aku kerna ia adalah hasil titik peluh aku penat bekerja selama ini.Syukur alhamdulillah.Aku memilih Lenovo S100 setelah penat survey di merata tempat maka aku membuat keputusan membelinya di Mid Valley shoppin mall with my sis izzati..

Aku memilih warna merah agar nampak menyerlah dan lain daripada laptop yang ada..ok x??Hidup harus ada laptop sebab banyak perkara aku perlu lakukan~Hahahaha

LAPTOP DULU..

LAPTOP KINI...









23 September 2011

4 years 5 Month



Hubungan dengan kekasih hati sudah bertaut sekian lama.Segala kisah hati kami hanya kami berdua yang tahu.Seperti sedia maklum aku dan dia long distance relationship (LDR).

****Yang seorang nie di utara seorang lagi di selatan

Now usia perhubungan kami sudah 4 years 5 month++++++..huishhh pejam celik jer kan!!Bukan mudah ya untuk ke angka 4 tersebut.Semua ini memerlukan komitmen, kesabaran,kejujuran,keikhlasan dan paling penting saling memahami.

Kadang-kadang kami diuji namun dugaan itulah menguatkan cinta kami berdua.Malah tidak juga mematahkan semangat kami untuk terus bersama. Bagi kami, itu semua asam garam perhubungan.Tanpa itu semua pasti susah untuk kekal sehingga kini +__@

Hubungan LDR ini jarak yang memisahkan tapi dalam hati selalu dekat.hehehe..(Owhhh dalam hati sebenarnya aku tidak sanggup berjauhan dengannya) tetapi hanya teknologi mendekatkan kami dan apabila ada kelapangan baru dapat ketemu kekasih hati.Ini cabaran kami perlu tempuhi sama-sama

Semoga perhubungan ini direstui Ilahi..Amin..

Ditujukan lagu ini buat mu Ridzuan





Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


MY LOVE IS JUST FOR YOU Mohd Ridzuan


Nak dia!! +____@


Impian memilikinya tidak semudah  untuk digapai manakala harapan memilikinya tidak seindah kita inginkan.Namun kehidupan harus diteruskan berbaki semangat yang ada.Apakah motip aku sebenarnya nie??Kenapa aku nak dia??

Yang sebenarnya kawan-kawan aku mahu dan teringin sangat memiliki Suzuki swift 1.5 sport dimana ini salah satu harapan aku.Dapatkah aku memilikinya ya?Ya atau tidak??(Sila angkat kaki jika anda setuju..hehe)
Lagipunsemua orang mempunyai keinginan kan?begitu juga aku.Aku jatuh cinta dengan Suzuki Swift  nie dah lama sudah since aku berada di universiti lagi.Even now rasa macam teruja sangat andai dapat memilikinya dengan segala hasil titik peluh aku.Moga-moga..+____^

Nampak macam cute sangat sporty jer kalau perempuan yang drive..Wahhhhh best nya!!Tapi harga pun kena cantik jugak la kan..Apapun..wait and see@@..

Suzuki swift  aku cinta kamu..hahahaha..!!!




























19 September 2011

Hanging around @KLCC


Masih tidak cukup bersuka sakan di i-City aku menemani adik-adikku Insyirah dan Thaqif  menjelajah sekitar KL di pagi hari minggu.Actually, our planning want to going out some where else at KL namun last minute decision sampailah kami @KLCC…

HORRAYYYY!!!!yeaayyyy…

Memang sebelum ini kami sudah menjejak kan kaki disini, tapi itu zaman dulu kala sebelum nie..Almaklumlah kalau nak pergi jauh-jauh take our time..Lagipun petang ini diorang (adik-adik) mahu bertolak pulang ke kampung halaman.Dad why..!!

Perjalanan nie pun simple just taken the train menuju terus KLCC  dalam 15 minit sampai laaa kami 3 beradik~Jadi perjalanan dan misi kami adalah mahu meronda-ronda di sini melihat Petro Sains, Aquaria, Taman KLCC, Suria KLCC dan sekitarnya+meluangkan masa bersama bersuke ria.

OWWWHHH KLCC..we are falled in L.U.V


Posing at Aquaria

Masih teruskan perjalanan



Adegan lompat-lompat yang xmenjadi


Hahaha..
Sekitar Petro Sains


Rakaman video

Time mengenyangkan perut


Penutup @ending journey

Suka sakan i-City


Alkisah bermula dari my family dari kampung datang KL pada minggu yang baru sahaja berlalu.Tujuannya untuk beraya di sini..Ya laa..my grandmother,adik beradik sanak saudara kan ada disini..meriah gituuu!!

Untuk itu, kami sempat menghabiskan masa bersama menuju ke i-City Shah Alam yang jauh dari ibu kota dengan memecut menaiki pacuan 8 roda dengan sekelip mata…
TARAAA.. sampailah kami di sini lebih kurang jam 10 malam  :p
Masa tue memang ramai rupanya makhluk lain menyinggah disini..Sebelum itu ada jamuan rumah terbuka Aidilfitri dengan di hadiri oleh Perdana Menteri dan isterinya..Begitulah~
Suasana yang cukup meriah dikelilingi pokok berlampu yang berwarna warni membuatkan aku terasa berkilau mataku selain banyak bentuk-bentuk abstrak yang menarik hati...sangat meriah!!
Paling best dapat menaiki roller rider mengelilingi pemandangan sekitarnya sambil menikmati suara gemersik daripada alunan MP3…Wahhhh..begitu teruja!!

KENAPA i-City???

1.Impian adik aku no 5 6 yang sudah berabad-abad simpan jauh di lubuk hati untuk menjejakkan kaki disini
2.Menarik dan sesuai untuk bersuka-suka pada waktu malam
3.Jauh dari KL kerana kami jarang-jarang menuju ke Shah Alam



Setibanya sampai


Like arnab kecuali???


Comeynye mak dan abah

3 dara pingitan

Wakakakaka..


Wahhh..!!!rambut stylo giler


ROLLER RIDER..ready to explore our journey


Pemandangan dari atas



Hantu i City


Lastly..SELAMAT TINGGAL


MALAYSIAKU merdeka ku


SELAMAT HARI MALAYSIA … Malaysia berdiri gah di mata dunia.Aku bangga jadi anak Malaysia..Tahniah Malaysia!!!

Tarikh 16 September 1963 ini peristiwa penting Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia ye kawan2..

Namun ini juga sambutan perarakan kemerdekaan kerana Hari Raya Aidilfitri 1432H di sambut serentak dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun pada 31 Ogos yang lalu

MERDEKA!!!MERDEKA!!MERDEKA!!!

Aku anak Malaysia
Aku anak Malaysia
Aku anak Malaysia…

Sebagai rakyat Malaysia aku mengharapkan negara Malaysia aman makmur dan sejahtera.

Pemimpin-pemimpin Malaysia menjunjung demokrasi dengan melaksanakan pemerintahan dengan adil dan saksama.(ayat skema)






12 September 2011

Rindu USM

Rindu zaman masa study kat USM..Kenangan yang tidak boleh dilupakan.Rindu kawan-kawan,rindu my room 237 (hehe kenangan wif my rumate ami..),rindu lecturer, rindu skol of Communication and da staff yang peramah &baik2 belaka.

Zaman itu terlalu indah untuk di kenang.Aku xpernah lupa fasa berada di USM.Banyak memori tercipta,terlalu banyak pengalaman, dorongan, kekuatan, keperitan aku tempuhi penuh kesabaran.

Aku rasakan tempoh itu terlalu singkat.3 tahun berada di USM bukan tempoh yang panjang.Bila dikenangkan kembali macam kelakar jer.Aku rasa zaman itu nampak mudah tetapi kuat cabaran keintelektualan dan kematangan.

Agaknya..bilakah zaman aku meneruskan kembali perjuangan dalam menuntut ilmu ke peringkat seterusnya.Ikutkan hati memang nak..tapi aku terpaksa hold dulu.Moga-moga akan ada peluang lain untuk aku genggam Ijazah sarjana (Masters) suatu masa nanti.

Yupp..aku akui aku seorang yang bercita-cita tinggi dan serius kalau x masakan aku boley melangkah ke menara gading.Sume itu tidak mustahil.Yang penting yakin pada diri sendiri..

Yeayyy..boleh..boleh..:p

Di sini memori tercipta


School of Communication





                                       

Sambil itu jom layan lagu nie MEMORI TERCIPTA-Shila Amzah

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu