Hai Salam semua..@@ Sihatkah anda??? Sakitkah???Now aku mahu mengetengahkan bab makan makan pulak dimana aku dapati ramai manusia sekarang tidak mengira kecil, tua mahupun muda kalau bab melantak makan macam dah xingat dunia.Masyaallah!!!
Mari aku kongsikan sedikit mengenai diet rasulullah S.A.W yang mungkin boleh dijadikan ikhtibar dan amalan untuk semua ya kawan-kawan sekalian!
Seperti sedia maklum..Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
PERINGATAN:
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
Cara makan
1.Jangan makan buah setelah makan nasi sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru nasi
2.Tidur 1 jam setelah makan tengah hari
3.Jangan sesekali tinggal makan malam. "Barang siapa yang tinggalkan makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda".
4.Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Cth: ayam dan sotong
Nampak memang sulit namun pengaruhnya bukan dalam jangka pendek TETAPI akan berpengaruh apabila kita sudah tua nanti.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat pencerna makanan)
Alhamdulillah ada yang aku turut mengamalkan..Moga-moga kalian juga~
Wallahualam..
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment