Kali pertama bertemu awak, hati aku terus terpaut. Demi Tuhan, aku tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Aku telah menolak awak. Tapi awak mencabar aku dengan kejujuran awak.
Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, aku bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.
Semakin mengenali awak, aku tak dapat lagi membohongi perasaanku, bahawa aku menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. Dan saat aku mencintai awak, aku jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam.
Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian.
Dan aku mula terfikir.
Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian.
Dan aku mula terfikir.
Aku mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi aku selama ini. Dan baru aku sedari, tika dan saat itu. Bagai merpati putih, cinta aku berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta.
Terima kasih abang kerana terima diri ini seadanya
Aku sayangkan Mohd Ridzuan
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment