25 September 2011

KENAPA Husna???


Jam menunjukkan 12.15 malam aku sukar untuk melelapkan mata..Tiba-tiba fikiran jauh melayang mengenangkan seseorang. Kadang-kadang aku merasa hairan kenapa insan bernama Husna selalu muncul di depanku menghulurkan salam persahabatan akhirnya pergi meninggalkan aku.

****Aku mempunyai seorang teman yang dahulunya kami memang rapat semasa di tingkatan 2.Kami diibaratkan bagai isi dengan kuku. Dimana ada Husna di situ juga  adanya aku. Hubungan kami memang akrab dan semua pelajar lain tahu Husna dan aku berkawan baik…sehinggalah saat itu kami terpaksa berpisah kerana beliau mengikut keluarganya berpindah ke Bukit Mertajam.Sejak dari itu aku kehilangan seorang teman,sahabat, serta kawan bernama Husna.

****Namun,tidak disangkakan perkenalan melalui surat kiriman aku kepada insan bernama Husna di Pantai Timur membuahkan sebuah ikatan persahabatan yang sejati yang sukar untuk dirungkaikan.Kami mulai rapat sejak saling berutus surat berkenaan hal pelajaran.Dan mulai saat itu kami turut berkongsi kisah suka dan duka. Beliau banyak membantu dan memberi dorongan dalam hal pelajaran sehinggakan aku menjadikan Husna sebagai idola untuk berjaya sepertinya.
Alhamdulillah aku juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti begitu juga dengannya.Namun beliau berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara. Pada mulanya  memang kami berhubung tetapi atas faktor kesibukan di alam universiti  aku dan Husna terputus hubungan. Sudah banyak email dihantar,surat dikirim serta telefon pun sudah diusahakan tapi malangnya sudah tamat perkhidmatan.

Argghhh..banyak tanda tanya bermain di ruang legar fikiran aku.dimanakah Husna?Bagaimanakah keadaan dia?Sihatkah?Sudah tamat belajarkah dia?

Plizzz Husna..seorang teman di sini setia menunggu mu.Dan sebagai seorang kawan sudah pastinya aku mengharapkan perhubungan kami akan jadi seperti dulu.Aku mendoakan agar kami dipertemukan semula dalam keadaan yang tidak disangkakan. Moga-moga..Aminn

****Now aku juga  mempunyai  seorang teman baik bernama Husna semasa di universiti.Kami mulai rapat sejak belajar dalam major yang sama.Segala susah senang pernah kami hadapi bersama.Namun beliau kini sudah pun mendirikan rumah tangga dan menantikan  baby sulungnya.

"Ya Tuhan kenapa insan bernama Husna sentiasa menjadi temanku,kawanku,sahabatku..suka dan duka. Apabila Husna yang lain pergi meninggalkan aku Kau pertemukan  yang lain. Adakah ini suratan atau kebetulan???Aku sayangkan mereka semuanya. Doaku agar mereka  berbahagia di samping insan yang disayangi".

Dan paling terkilan aku tertanya-tanya dimanakah Husna (Pantai timur) yang aku kenali suatu ketika dahulu.Namun hingga kini terus senyap sepi tentangnya. Dah banyak utusan surat aku utuskan padanya.Namun tidak berbalas sampai sekarang..Aku keliru!!kenapa perhubungan ini berakhir begini.Aku rindukan dia. Dialah yang banyak memberi sokongan pada ku selama kami di bangku sekolah tingkatan dua hinggalah ke tingkatan enam. Bila difikirkan kembali rasa bergenang air mata mengingatkan seorang teman bernama Husna yang pergi meninggalkan aku tanpa sebarang khabar berita."Ya Tuhan Kau kuatkan lah aku..Semoga aku dipertemukan dengan Husna suatu masa nanti.."

Pada mereka yang pernah kehilangan kawan seperti aku pasti kalian turut merasainya seperti apa yang aku rasai kini..@@

Sob Sob..?___?

Husna (kanan) ..semasa di universiti

0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu