17 October 2014

My Beautiful Day

Tanggal 29.8.2014 Jumaat 3 Zulkaedah 1435 H Alhamdulillah aku selamat diijabkabulkan dengan insan yang aku sayangi MOHD RIDZUAN BIN SUKRI.Hanya ungkapan alhamdulillah mampu diucapkan di atas nikmat yang Kau berikan.Ya Allah..aku bersyukur kerna aku disahkan menjadi milik suamiku insan yang selama ini telah banyak bersabar melayan macam karenahku.

Yang pasti insan yang paling gembira ialah aku.Terlalu banyak kenangan kami lalui bersama dan hari ini aku dan dia sah menjadi suami dan isteri.Aku dinikahkan oleh abahku SAYED HASSAN BAKRI BIN SYED AYED selepas solat Jumaat.Majlis berjalan dengan lancar dengan kedatangan rombongan mempelai untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah.

Aku lebih tenang menghadapinya dan kami sepakat akan menjaaga ikatan yang suci ini hingga ke jannah.Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~




15 October 2014

PTD Exam lagi

Assalammualaikum bloggers.Nampak tak tajuk di atas tahun 2014 aku dapat menduduki exam PTD lagi sebab last aku exam jawatan nie May 2012...Memang lama sangat ye..sebab aku tak mohon jawatan nie untuk tahun 2013..tengok link PTD last

Ya allah baru la perasan dalam tempoh tue aku banyak berdepan dengan exam dan temuduga yang lain-lain..haha da nampak macam collection kat situ.Namun alhamdulillah kekuatan tue ada bagi tahun nie untuk aku mencuba lagi setelah pernah la lulus exam nie tahun 2011..hehehe...tapi itu cerita lama.

Terbaru aku harus berdepan dengan exam online PTD buat pertama kali ye kawan-kawan.Dan exam online kedua selepas kastam dulu..So pengalaman exam online baru sekali tak tahu preparation dengan sebarang jangkaan akan berlaku.Sebenarnya dah lama aku tak alert dengan isu semasa.Salah aku jugak sebab ambik ringan hal nie.Nway masih ada masa lagi untuk aku mencuba manalah tahu rezeki ada di depan mata kena la grab ye!!

So wish gud luk all da best untuk rakan-rakan seperjuangan yang exam..


14 October 2014

Helloo...GAGAL KE?

Assalammualaikum WBT semua pembaca disayangi.Rasa lebih seronok menghabiskan masa terluang bersama suami di sisi.Almaklumlah aku dan dia masih lagi PJJ.Korang tahu tak PJJ tue apa mendanya ye?Haaaa...kalau dulu sebelum kawen PJJ gak yang membezakan hanya  perkataan percintaan dan perkahwinan saja.Ada faham?

Hoi..hoii....dah penat bercuti now teruskan pula dengan kehidupan masing-masing.Pada masa sama dok teringat jugak la macam mane la ye result temuduga hari tue kan..Adakah nasib menyebelahiku.

Dan hari tue aku bukak la laman web SPA..saja nak tengok-tengok..Im suprised bahwa result temuduga Penolong Pegawai Belia dan Sukan dah keluarlaaaa..Ya Allah gerun je rasa tangan nie nak check.Sebelum klik dok pulun baca ayat qursi bagi tenangkan hati dengan segala kemungkinan bakal berlaku.Hati rasa berdebar gundah gulana dup dup dup lemah jari jemari menaip no ic..and the result is....







"Dukacita dimaklumkan anda gagal dalam temuduga diadakan pada 6 September 2014."
Masa dapat tahu nie tak taw nak cakap perasaan tue macamna sebab aku dah cuba untuk terima sebarang kemungkinan.Tapi lepas tue terasa gak la sebak nak menangis.Dan aku cuba berfikiran positif masih ada lagi yang lebih berhak dapat daripada aku.Dan jangan terkejut kalau kuota mungkin untuk calon KPSL (kenaikan pangkat secara lantikan).

Alahaiiiiii...bukan rezeki aku.





Kalau tengok kuota kekosongan akan faham sukar nak dapat.Tapi......bilangan calon simpanan 100 orang..Tak lekat pun nama kita..tak cukup bertuah namanya. Tak apa..Now aku perlu tabah dengan rezeki yang ada kerjaya yang ada sekarang mungkin lebih baik daripada yang lain. Syukur alhamdulillah!!!And then juga mana tahu rezeki aku ditempat yang lain sebab aku yakin dan percaya Allah Maha Besar percaturan Allah sebaik-baik perancang.Aku harus terima hakikat itu.

Insyaa Allah!!

13 October 2014

Throwback:Kastam

Hai semua bloggers...satu hal yang penting lagi aku perlu mengadapi exam penguasa kastam W41 pada hari Sabtu 6 September 2014.Haha exam nie sebenarnya la kan buat aku betul-betul berserah sebab jarak masa temuduga sukan dengan exam kastam nie hanyalah 2 hari .Mak aiiihhh...Jadi preparation memang tak sempat dengan busy hal kawen nye tak ke kesuntukan masa tuh.

Aku akui juga fokus aku lebih kepada temuduga sukan tuh..kikiki...nway just mencuba bila dapat peluang macam nie...orang kata belum cuba belum taw.

Lepas jer seminggu ambik exam kastam tue aku check la  result gagal tapi diberikan peluang keduauntuk cuba lagi sekali pun gagal..haha nampak tak otak da serabut tak bole jawab dengan baik.Alahai mungkin bukan rezeki kita dan mungkin rezeki orang lain.Tak apa aya yang penting awak dah mencuba ye..setiap orang ada rezeki ditetapkan Allah.

Apapun all da best untuk diri sendiri!!!!




Ohhh Tebiu

Assalammualaikum hai semua bloggers.Just for sharing,.nak ceritakan throwback bermula saat-saat bakal ditemuduga.ok aku dikejutkan dengan SMS dari pihak SPA Malaysia

"ANDA DIJEMPUT UTK MENGHADIRI TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27.LAYARI www.spa.gv.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.TASIH."

Aku dapat SMS dari pihak SPA lebih kurang seminggu sebelum ditemuduga dan dalam tempoh juga majlis pernikahan dan perkahwinanku..wahhh memang aku cuak dibuatnya sebab aku risau aku tak dapat menyediakan diri ini sebaik-baiknya sebelum temuduga.

Then dapat jugak surat sampai kat umah



Memang selepas tuh aku buat beberapa checklist untuk memastikan bahawa aku tidak termiss apa-apa.Yela lagipun aku bakal menghadapi hari paling bermakna takut tak sempat plak.Nanti bole la bercuti dengan tenang kan..kan..

Namu alhamdulillah semua yang diharapkan berjalan dengan lancar.Aku cuba berusaha semampu aku untuk mencuba sebaik-baiknya.Ditambah pula dengan sokongan suami disisi selain keluarga membuatkan aku jauh lebih tenang.

Bukan apa peluang tue ibarat datang sekali seumur hidup takkan kita nak sia-siakan macam tue jugak.Memang ikutkan itu prinsip aku peluang yang ada berusaha tanpa jemu sebelum mengalah.Kadang-kadang kita tak tahu rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Perasaan mengharap memang ada namun segala ketentuan pada Allah.semoga semuanya berjalan dengan tenang dan lancar.mudah-mudahan..
 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu