13 October 2014

Ohhh Tebiu

Assalammualaikum hai semua bloggers.Just for sharing,.nak ceritakan throwback bermula saat-saat bakal ditemuduga.ok aku dikejutkan dengan SMS dari pihak SPA Malaysia

"ANDA DIJEMPUT UTK MENGHADIRI TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27.LAYARI www.spa.gv.my UNTUK MAKLUMAT LANJUT.TASIH."

Aku dapat SMS dari pihak SPA lebih kurang seminggu sebelum ditemuduga dan dalam tempoh juga majlis pernikahan dan perkahwinanku..wahhh memang aku cuak dibuatnya sebab aku risau aku tak dapat menyediakan diri ini sebaik-baiknya sebelum temuduga.

Then dapat jugak surat sampai kat umah



Memang selepas tuh aku buat beberapa checklist untuk memastikan bahawa aku tidak termiss apa-apa.Yela lagipun aku bakal menghadapi hari paling bermakna takut tak sempat plak.Nanti bole la bercuti dengan tenang kan..kan..

Namu alhamdulillah semua yang diharapkan berjalan dengan lancar.Aku cuba berusaha semampu aku untuk mencuba sebaik-baiknya.Ditambah pula dengan sokongan suami disisi selain keluarga membuatkan aku jauh lebih tenang.

Bukan apa peluang tue ibarat datang sekali seumur hidup takkan kita nak sia-siakan macam tue jugak.Memang ikutkan itu prinsip aku peluang yang ada berusaha tanpa jemu sebelum mengalah.Kadang-kadang kita tak tahu rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Perasaan mengharap memang ada namun segala ketentuan pada Allah.semoga semuanya berjalan dengan tenang dan lancar.mudah-mudahan..

0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu