31 January 2012

Bila sakit apa kome buat


Bila sakit
Apa kome buat (loghat Peghak cikit meh)
Tak kisahlah demam ker batuk ker selsema ker yang simple-simple tue
Ce pk!pk!
Mesti kome makan ubat kan?
Sebelum makan ubat kome praktikkan tak:

"Ya Allah kau sembuhkanlah penyakitku ini untuk aku meneruskan ibadah kepadamu".

Ada kome buat?
Tak kisahlah ayat macam mane tapi kome ada cakap macam tue
Yang sembuhkan penyakit kome atas kehendak Dia
Bukan ubat itu sembuhkan penyakit korang

Kome jangan tersalah anggap 
Makan ubat itu salah satu daripada usaha kita
Selepas berusaha terus bertawakkal


Renung-renungkan dan fikirkanlah







29 January 2012

Kerana Cinta Aku Turutkan


Kerana cinta hidupku pun berubah
Cinta mengajarku erti
Kasih rindu dan luka
Tahukah engkau
Betapa aku sayang
Setiap hari kurindu
Dan terbayang wajahmu
Betapa syahdunya



Lumrah dalam cinta
Waktu sedang suka hidup bahagia
Resah dalam cinta
Pedih tak terkata
Bila hati luka jiwa sengsara

Kepada kekasih ku
Ingat pesanku
Jangan kau hancurkan hatiku... Oh..
Engkau dan aku pernah mengukir janji
Untuk terus bersama walau apapun terjadi
Jika ada silap kuharap maafkan lah aku
Demi kerana cinta kau takkan kulupakan


24 January 2012

Salah ke belajar bidang lain keje lain!!





Hai semua selamat malam..
Bagi korang salah kah kita belajar lain tapi bekerja pulak jauh daripada bidang yang kita miliki. Tak semua insan bernasib baik di muka bumi ini.

Walaupun aku dulu pelajar jurusan komunikasi USM PenangBidang aku more to media dan minor plak Sains Politik.Aku suka fakta+teori..Sekarang nie bekerja dalam pengurusan perniagaan gituuu...


Hamboii begitulah aku hari-hari. Bila buat report aku kena main kira-kira.Rasa nak menjerit kuat-kuat tengok nombor..aku benci Math!!! aku tak suka Math dari dulu lagi.Bila dah kerja dalam bidang ini aku kena tahu semua segala bagai..Ambik ko aya..!!

Memang tak dinafikan agak rasa terkilan sebab aku bekerja sekarang bukanlah dalam bidang yang aku belajar dan praktikkan semasa di universiti

Tengok kawan-kawan ramai yang bekerja dalam bidang sama semasa di U.Alhamdulillah ada yang jadik wartawan tv9,majalah,Berita Harian,Utusan,Sinar,Kosmo,The Star dan ...!!Tahniah aku ucapkan kepada mereka semua kurang-kurang ada mengikut jejak langkah!

Pada pandangan aku juga kita sebenarnya tak boleh terlampau memilih pekerjaan.Kalau ada je rezeki di depan just grab jer peluang tue.Kalaupun orang akan cakap buat bodo jer. Mungkin ini semua ada hikmah percayalah setiap orang ada rezeki masing-masing kita tak boleh nak samakan dengan orang lain.Allah perancang terbaik untuk kita selain kita sendiri berusaha.


Lagi satu aku suka mencuba sesuatu benda baru.Rasa seronok dapat banyak pengalaman belajar budaya kerja orang dan bergaul sesama rakan sekerja berkongsi idea dan maklumat.Sungguh itu pengalam yang cukup menyeronokkan

Bila dah keje nie perasaan rindu di zaman universiti tetap terasa..siyesly kalau korang dah habis belajar nanti korang dah mula bekerja pasti korang akan rasa betapa manis dan gembiranya berada di alam sekolah@universiti.

Minta pandangan wahai kawan-kawan sekalian!!!


Impian dah grad nak baling-baling topi dengan teman-teman rapat terlaksana!!



Tinggal kenangan!!
Pelajar Komunikasi USM batch 2007/2008 selamat bergraduasi

Jom Tambah Follower




JOM RAMAI-RAMAI KE BLOG HARIS


23 January 2012

Bertegor sape dengan Amy Mastura





Aishhhh..semuanya berlaku dengan pantas di Jaya Jusco Ipoh.Masa tue aku tengah membelek-belek pakaian dan di satu saat mata ku tertumpu pada sepasang spesis yang sememangnya manusia.Terdetik dalam hati..errrr eh Amy Mastura ker 2?Kalau betol dia buat apa pulak dia kat sini..

Bila fikir dan fikir aku dapat jawapannya..memang kg halaman beliau di Ipoh Perak memang logik r tersesat ke Jusco Ipoh!!Mengomel hati aku seketika!

Semakin dekat beliau menghampiri aku ohhhh sungguh itu sememangnya Amy Mastura dan dihadapannya husband beliau Alvin Tam Sufian berbaju oren.

Aku tengok Amy!!! ehhh..macam tak pecaye aje bayangkan dengan t shirt putih berseluar hitam ala-ala legging dengan rambut yang diikat muka tak bermake up memang compem nampak macam orang biasa..allooo..artis pun tak suka make up taw!!

Dan..Amy Mastura berhenti di satu tempat membelek pakaian untuk anak dia sah sah laaa peluang yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk bertegur sapa..

.........................................

Aku:Errr ini kak Amy ker?
(saje double asking even memang dah taw yang tue Amy Mastura..tak da topik hangat nak menegor manalah tahu takut tersilap biji mata)

Amy Mastura:Haah..tersenyum manis dia kat aku..(sungguh betol-betol tak sombong dia)

.....Dan beliau berlalu pergi mengekori suaminya yang dah jauh kedepan..Ishh takkan lah aku nak mengekori beliau pulokkk..malu-malu!!

Masa tue aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan aku untuk bertegor sapa dengan beliau

Al maklumlah nie diikutkan 1st time lor..buang tabiat ker ape..!!
Bermuhasabah seketika...

22 January 2012

5 tabiat merosakkan kulit



Tanpa kita sedari bakteria ada dekat dengan kita melalui tabiat dan rutin yang kita suka lakukan.Tahukah korang bahawa sikap sedemikian boleh mengundang bahaya yang boleh merosakkan sel kulit menjadi kusam,berjerawat tak bermaya tak comey dan segala bagai gituu :P

5 tabiat tersebut ya kawan-kawan!!!



Bercakap di telefon terlalu lama


Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di sebarang tempat termasuk di tempat-tempat berdebu seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlalu lama. Untuk mengelakkannya lap dulu telefon sebelum menggunakannya.


Kerap mengerutkan mata

Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau lensa sesentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berlarutan kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.


Penggunaan penyembur rambut (hair spray)

Banyak yang menggunakan tapak tangan untuk melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikal-partikal kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut


Malas mengganti sarung bantal


Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria.




Kerap mandi air panas


Mandi air panas memang nikmat. Tapi jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan jadi sangat kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.


- UTUSAN


21 January 2012

Segmen terjah blog tingkatkan trafik








Nampak tak banner ijau terang menderang tue..ini alkisah nak dibawakan oleh Cik Yuyue..aissshhh ghajin lo Yuyue nie buat segmen.Syarat-syarat senang sangat amat amatlah mudah

Tarikh tutup:22 Januari 2012 Ahad

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!!

LALALALALA...Klik sini la!!!!



Izwan Pilus pemergiannya amat mengejutkan





Siapa sangka dalam usia muda Allahyarham telah kembali ke rahmatullah.Izwan Pilus atau nama penuhnya Khairil Izwan 32 tahun meninggal pada jam 6.15, Jumaat akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.


"Apabila ajal menjemput tidak akan terlewat walaupun sesaat"


Izwan merupakan juara bintang RTM 2004..Masa tue aku menuntut di Tingkatan 5..memang aku sokong abesss kat dia!!Aku cukup meminati beliau lantaran nyanyian yang popular pada ketika itu kembali senyum versi Bahasa Melayu memberikan impak besar pada anak muda remaja seperti aku.Lagu tersebut adalah terjemahan daripada drama Korea yang diminati ramai Full House..aku pun suka drama tue..


Memori melayang teringat lagu tersebut!!!

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu di wajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan

Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cintaku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cintaku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

Dan maafkanku..

Pesanan terakhir Allahyarham kepada adiknya Aril AF supaya menjaga ibu dan ayah mereka dan Izwan turut pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.

"Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untuk menjaga mak dan ayah.
"Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; ‘Kau ni bila nak pandai lipat baju’? Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?'," katanya sebak..

Semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah!!

Jom Tambah Geng Blogger


Buat penganjur Siti Nadia terima kasih membuat segmen sebegini..
Memang aku sukaaaa sangat nak join!!!

Halloooo kawan-kawan jom reramai korang!!!


Tarikh Tutup : 29 Februari 2012


17 January 2012

Sayang!!!abang ada hadiah untuk ayang!!!


Sekadar gambar hiasan

Sayangggg..tengok nie haa abang beli apa untuk sayang..cantik tak!!!Abang berkenan nak beli memang sesuai sangat untuk sayang..Hurmmm sayang suka tak hadiah dari abang nie..:P

Pernah tak korang melalui situasi seperti ini..Aisshhhh jangan malu-malu!!!Apa perasaan korang?Tak ker korang rasa terharu orang yang kita sayang kasi kita hadiah!!Wah beruntung badan..kembang kuncup satu dunia.

Lelaki berikan sesuatu hadiah untuk kekasih yang dicintai mempunyai maksud yang tersirat.Jom kita tengok satu-satu!!!!

JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu
CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi
GELANG → Tanda mesra
RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian
SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan
KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin
PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu
PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi
MINYAK WANGI → Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan
BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur
BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKLAT → Semanis cintamu
LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan
SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasih korang menyayanginya dunia dan akhirat
HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) hahahaha..

Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap perempuan adalah...!!!!!

MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul-betul mencintai..tak gituuu!!!!

Yang mana satu pilihan korang wahai wanita semua...


Giveaway 1st Cik Violet


KLIK..KILK!!!

Aku telah di tag oleh FarizaFairuz untuk join GA  nieh!!!Wahhhh semangat ko aya!!!Apapun kalau orang dah tag kita mestilah kena join gak!!!Mane taw ade rezeki!!

Korang belum terlambat lagi nak join..Jom beramai-ramai memeriahkan !st GA oleh Cik Violet!!!

Rasa-rasa gatal tangan nak tag!!!!

15 January 2012

Kucen aku dahhhh???


Cakap pasal kucen setiap umat manusia ada pandangan yang berbeza tentang kucen.Ada yang cakap kucen ganas,garang,manja,comel,kiut,eeeeee..macam-macam!!bagi korang plak macamana??

Bagi aku kucen adalah makhluk istimewa yang teramat memahami dan amat manja.Sepanjang sejarah membela kucen tak pernah la plak sampai aku masuk sepital gara-gara bermain dengan kucen..tak gituuu!!!Kucen hidupnya tak lama tak macam manusia boleh ke 100 tahun tapi kucen kehidupannya terlalu singkat..tak macam kita manusia..


Cakap pasal kucen..macam-macam bermain di fikiran aku..tetiba memori melayang teringat kisah suka duka membela haiwan kesukaan ramai ini. Banyak kisah tragis membuatkan aku rasa nak menangis..uwaaaa!!! sedey sedey!!! teringat kisah silam kucen-kucen aku yang dah pun tiada di muka bumi ini. Hanya Tuhan aje yang tahu!!!

Tan

Yang ini kucen kesayangan kami sekeluarga..kisah tragis Tan dilanggar kereta pada pagi Subuh semasa si dia berusaha mencari makanan sendirian di seberang jalan.Kebetulan rumah kami memang di tepi jalan.Agak bahaya di situ..bila dapat tahu Tan dah mati..hanya Tuhan aje yang tahu..betapa sedehnya kami sekeluarga!!

Anak-anak Tan:Generasi Pertama

Elang dan Etam


Cimel dan Oyen

Sekarang udah membesar

Gelagat mereka
Aksi mereka
#Oyen dan Elang dah pun meninggalkan kami semua
#Kini tinggal 2 ekor saje!!
#Etam dan Cimel (Dua-dua Gangster kg:dua-dua bajet bagus!!)

Anak-anak Tan:Generasi Kedua

Awan dan Bunga
#Actually Awan dan Bunga mempunyai Bulan (adik)
#Yang tinggal kini hanya Awan
#Bulan dan Bunga dah pun meninggalkan kami semua
Sobb!!Sob!!!


Begitulah alkisah kucen-kucen aku.Rasa seronok kadang-kadang melayan karenah mereka dan rasa penat semacam jer dah layan terlampau manje dengan kucen-kucen aku nie..Wahhh!!!


Korang perasan tak muka awan persis macam mak dia Tan..

Aku sayangkan kucen-kucenku sekalian!!!
Sentiasa dalam hatiku!!
Pengubat luka lara!!


Saya follower Putwaa



Haiiii everyone dah lame beno rasenya tak join segmen dah nie
Malam  nie semangat lak nak join segmen oleh Incek Amirul
Hah jommm ramai-ramai sebelum 12 malam nie pada 15 Januari 
okehh
Adiosss !!!!cawwww!!



Nak join klik jer banner tueh!!!


13 January 2012

Dah 5 tahun usia kami!!!


Eh..eh..macam cepat jer 5 tahun

Alhamdulillah tengok jer angka ke 5 dah rasa wowww...dah 5 tahun usia perhubungan aku dengan Incek boyfie.Rasa macam...eh betoi ker??Tak dinafikan percintaan jarak jauh antara aku dan incek boyfoee bukanlah semudah yang difikirkan.Aku rasa bertuah sebab dapat seseorang yang cukup mengerti dan amat-amat memahami.

Dari tahun pertama perhubungan kami sehinggalah sekarang terlampau banyak pahit getir yang dilalui..cewah!!! Maklumlah orang yang jauh akan dikenang-kenangkan..bak kata orang tua kan.. makan tak kenyang mandi tak basah tidur pulak tak lena. 

Bila diingat kisah lama tak sangka perkenalan aku dan incek boyfiee bermula dari seorang teman baikku membawa kepada perhubungan serius macam nie..Dengan harapan dan doa agar perhubungan ini berkekalan lah hendaknya yea..Dan insyaallah moga urusan kami untuk akan datang dipermudahkan!!Aminn!!

Abang...Ayang sayang sangat!!!Sayang abang sangat-sangat!!

Nanti kite jumpe potong kek sama-sama eh!!!



Kasih abadi!!


Sebentuk awan menghiasi langit
Kau lihatkah itu sayang ?
mencorak indah dilangit sana
Kutatap, kurasakan kerinduan
kerinduan atas kebersamaan kita
Sayang awan putih itu masih mewarnai langit,
memberikan corak biru putih pada langit itu
Ku ingin saat ini kau juga memandang langit itu,
biar kau juga bisa merasakan kerinduan ku yang mendalam!!


Kenangan kau dan aku tak pernah dilupakan!!

12 January 2012

Sape kata aku tak boleh kurus


Tengok tajuk entri korang dah tahu maksud tersirat yang penuh makna dalam usaha aku nak menurunkan berat badan.Kalau dulu keje aku duduk jer dan kalau rasa stress xboleh nak jenjalan mana-aman dah la opiz memang kecik mane taknye lame-lame membiak biak lemak dalam badan aku.

Keje sekarang nie aku banyak bergerak makan pun tak ada selera.Tengok la sikit masa lagi gerenti+compem aku kurus gile-gile.Eeeee xsabow nye..sabow sabow

Siyesly aku keje skang nie aku tak ada rasa nak makan jer aku rasa nak air jer.Memang hasrat dan impian aku tueh nak kuruskan badan kecikkan saiz badan elok sangat!!!Insyaallah akan aku usahakan walaupun nampak senang kang bila dah ikut perasaan KANTOIII..

Jadik aku memerlukan sedikit demi sedikit masa lagi untuk seperti dulu kala..

Kurus lagi baik!!

11 January 2012

Happy besday sayang!!





!!CINTA DUA HATI!!


Walaupun kita jauh namun hati kita selalu dekat..Perasaan ini hanya Dia yang tahu..
Sayangg..maafkan ayang sebab tak dapat nak sambut besday abang sama-sama..
Mungkin akan ada kesempatan yang lain.. 


SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..
SELAMAT PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI DUNIA DAN AKHIRAT..


Ayang menyayangi diri Abang setulus ikhlas. Hanya dirimu yang ku cintai hanya dirimu yang ku sayangi.Takkan berpaling mencari yang lain,t akkan berubah mendekati insan lain.

Ayang akui ayang bukanlah insan yang cukup sempurna dan tidak lari daripada melakukan kesilapan. 
Sempena hari lahir Abang Ayang ingin memberikan hati Ayang sebagai tanda cinta kepada Abang!!


Jagalah hati Ayang baik-baik.
Andai kata hati ini terguris samalah dengan hati Abang.

I LOVE U so muchhh!!! 
Mohd Ridzuan!!
^312^






08 January 2012

Selamat tinggal KL


BYE..BYE!!


Rasa sayu hati ini bila belalu pergi meninggalkan Kuala Lumpur semalam..tetiba memori terkenangkan suka duka ranjau onak duri membuatkan aku merasakan cukup indah perjalanan hidup ini. Ya Tuhan..masih aku ingat lagi permulaan aku datang di Kuala Lumpur dengan perasaan risau, blur-blur dan pernah satu ketika aku menangis sebab takut tak boleh survive.



Kenangan di KLCC


Perasaan sedih makin bertambah di hati pabila aku nak meninggalkan rumah my sis di Bukit Antarabangsa...lepas nie xlalu rumah Dato' Siti dah!! dengan my niece Sofea macam nak ikot..sedey.!sedey.!Sofea jangan lupe Mak Lang eh!!=( Rasa berterima kasih sangat-sangat pada my sis dan yeop yang banyak membantu aku selama ini..tumpang berteduh dan makan minum semua..Yuppp aku tahu adik beradik tak kisah sangat tapi perasaan terima kasih dan terharu tetap terasa!!alhamdulilah!!Dan lepas nie aku dah tak boleh nak main-main dengan my niece yang comel SOFEA..and AISHA..Entah bila dapat jumpa dorang entah ingat entah tak!!Almaklumlah mungkin selepas ini aku sibuk dan jauh plak..rindu...rindu..!!


Kakak

Adik
Terlampau banyak memori yang bermain lagi difikiran tika di tempat kerja. Masih aku ingat dulu aku penakut nak communicate dengan orang..means kurang berkeyakinan.Dan..sejak keje di situ banyak yang aku belajar aku garap banyak ilmu yang tak pernah aku alami!!Bos plak banyak bagi sokongan rakan sekerja yang sporting habess, kepala sume giler-giler dan tak pernah rasa terasing di tempat kerja.Pengalaman yang cukup menyeronokkan.Terima kasih sangat-sangat!



Present dari teman-teman

Esoknya aku bakal mengalami pengalaman yang berbeza sebelum nie.Gementar rasa hati..moga-moga dipermudahkan segalanya...Hope sangat..

SELAMAT TINGGAL KL.aku pasti akan rindu kesibukan itu!!!DAN SELAMAT DATANG IPOH!!


03 January 2012

Rezeki di tahun baru




Alhamdulillah rezeki memihak kepada aku..berita gembira ini diketahui sebelum melangkah ketahun 2012...Yesss aku dapat offer kerja yang lebih bagus daripada sekarang. Syukur sangat-sangat doa aku dimakbulkan Tuhan. Siyesly aku rasa seronok sangat-sangat sebab itu antara azam aku nak berubah angin bertukar kerja memandangkan pengalaman kerja aku sebelum ini sudah hampir setahun dats why aku fikir aku perlu mencari dan mencari yang lain.


Dan....aku bakal memulakan kerja baru tersebut di negeri kelahiran aku Perak Darul Ridzuan. Elok sangat..dok KL kos hidup dah la tinggi kurang-kurang bila aku kat Ipoh nanti dapatlah maintain bebulan saving bagi parents belanja bajet sume hope berjalan dengan lancar.Sumenye bermula pada minggu depan and esok aku perlu hadir ke satu orientasi yang telah diaturkan oleh pihak management di Country Height Resort Kajang..Semoga akan ada hari-hari indah selepas ini


Aku juga diantara orang beruntung kalau sekarang di KL aku ada kakak sulung dan tinggal dengan dia and bila aku di Ipoh nanti tinggal dengan 2nd sister..So alhamdullillah masalah tempat tinggal sifar..tak ada kekalutan di situ..


Aminn..semoga selepas ini juga banyak perkara akan aku pelajari dan membuatkan aku matang menempuh segala dugaan


Dan membuatkan aku semakin dekat untuk mencapai impian satu persatu.!!!Rasa excited sangat-sangat..Kawan-kawan doakan aku agar berjaya menggapai career yang cemerlang gitu!!



 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu