29 February 2012

B macam nie sebab sayang baby!!



Awak kena faham kenapa saya selalu terdetik perasaan cemburu bila awak dengan lelaki lain 
SEBAB saya takut hilang awak..cemburu kan tanda sayang!!  

Awak kena faham kadang-kadang saya merajuk dengan awak 
SEBAB saya nakkan perhatian dari awak saya suka awak manjakan saya!!

Awak kena faham kanapa saya selalu call dan sms awak
SEBAB masa tue saya rindukan awak dan saya nak awak tahu saya sentiasa ingatkan awak!!

Awak kena faham kenapa kadang-kadang saya marah dan nasihatkan awak
SEBAB saya nak yang terbaik untuk awak!!

Awak kena faham kenapa saya tak suka awak terlalu merendah diri dengan hidup awak
SEBAB saya tak nak awak putus asa dan patah semangat untuk berjaya!!

Awak kena faham kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak
SEBAB saya nak hidup selamanya dengan awak dan saya nak awak selalu tersenyum!!

Awak kena faham kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan awak
SEBAB awak kan tulang belakang saya!!

Awak kena faham kenapa saya selalu ucapkan terima kasih pada awak
SEBAB saya nak awak tahu yang saya menghargai awak!!

Awak kena faham kenapa saya selalu lambat bersiap
SEBAB saya nak nampak yang terbaik depan awak..bukan orang lain!!

Awak kena faham kenapa saya suka sangat mengadu dekat awak
SEBAB awaklah diari saya..tempat saya luahkan semua!!

Awak kena faham kenapa saya suka berada di samping awak
SEBAB saya rasa disayangi dan dilindungi!!

Awak kena faham kenapa saya selalu sebut nama awak
SEBAB saya nak orang lain tahu awaklah yang bahagiakan saya!!




Awak kena faham kenapa saya rahsiakan sesuatu daripada awak
SEBAB saya tak nak awak risau dan cemas!!

Awak kena faham kenapa saya selalu risaukan awak kalau awak sakit
SEBAB saya tak nak apa-apa jadi pada awak!!

Awak kena faham kenapa kadang-kadang saya sensitif dengan awak
SEBAB saya terlalu sayangkan awak sangat-sangat!!

Awak kena faham kenapa saya selalu beritahu kat awak apa yang saya buat
SEBAB awak penting dalam hidup saya!!

Awak kena faham kenapa saya selalu menangis kerana awak
SEBAB hanya awak yang mampu menceriakan saya semula!!

Awak kena faham kenapa saya tahu semuanya pasal awak
SEBAB saya nak belajar memahami diri awak!!

Awak kena faham kenapa saya tak suka bila awak suruh saya tinggalkan awak dan cari perempuan yang lebih baik daripada awak
SEBAB saya terima awak dengan seadanya
baik buruk awak, baik buruklah saya!!
saya sedia hidup dengan awak asalkan awak bahagia!!

Awak kena faham kenapa saya sedih bila awak marah saya
SEBAB saya salahkan diri saya sebab tak mampu jadi yang terbaik untuk awak!!

Awak kena faham kenapa saya takut kehilangan awak
SEBAB saya dah rasa awak  sebahagian dari hidup saya!!

Awak kena faham kenapa saya sayangkan awak sangat-sangat
SEBAB saya tak perlukan sebab untuk menyayangi awak
sebab awak adalah awak!!

Dan awak kena faham kenapa saya beritahu semua  ini kat awak
SEBAB saya nak awak tahu yang saya buat semuanya kerana saya sayangkan perhubungan yang dibina ini

Terima kasih awak!!
Sekarang awak fahamkan?






Terharu sangat!!Macam nie la lelaki kalau dah sayangkan seseorang..
Sayangkan Ridzuan selamanya!!



Lisa & Yusry


Entri basi yang dah lame baru nak berhupdate!!!
Kisah Lisa dan Yusry di majlis persepsi mereka.Haha.. kalau nak tahu Lisa nie memang peminat fanatik giler kat KRU di zaman remajanya.

Tak disangka rupanya Lisa bertemu jodoh dengan Yusry walaupun jarak yang jauh bezanya.
Kalau dah suka sama suka apa salahnya!!

Malas nak bercerita panjang just tengok saje gambar di bawah!!!!

























Lisa sweet sangat!!
Semoga bahagia dibina milik mereka selamanya!!
Aminn!!

END


27 February 2012

Disaman dan Disamun!!


Haiii semua!!1
Tika dan waktu ini hujan renyai-renyai diluar sana merahmati bumi ciptaan Tuhan
Alhamdulillah!!
Barangkali ini mungkin petang yang barakah untuk semua
Tapi, bagi diriku petang ini amat malang dan mendukacitakan
Sebab apa??
Im officially disaman oleh pihak JPJ

Selama aku memiliki lesen belum pernah memecah rekod disaman JPJ
Buat kali pertamanya aku pecahkan rekod tersebut setelah hampir 9 tahun berlesen
Hebat tak?
Mesti hebat kan?

Sebelum meredah JPJ tadi aku dengan confident semuanya baik-baik belaka
Bila JPJ mintak lesen aku tengok dah expired 22.2.2012
Aishhhh..selama nie aku tak perasan pon!!
Sakit betol ati...
Melayang RM50!!!

Pandai eh JPJ time-time ujung bulan time gaji ko buat road block
Time nie la kanak-kanak seperti aku girang dengan duit gaji
Tup-tup melayang pulak ketempat lain
Tak ke disamun macam tue namanya
Disamun free-free gituu..!!








Kepada mereka diluar sana!!
Sila hati-hati korang mungkin jadi seperti aku!!
Maklumlah nak musim selection nie!!
Nasiblah badan..


25 February 2012

Lemak makin menjadi-jadi!!


Ini satu kisah yang buatkan aku merasa tidak tenteram mengenainya.Bukan apa tadi dapat sound direct kat tempat keje tak de tapis-tapis punya!!

Ada sorang akak menegur aku..!!! 

Akak: Aya!! kau nampak makin gemuk eh skang?
Aku:Haaa..ishh xlah seluar nie memang besar la kak
Akak:Loo betol akak tengok ko dah gemok!!
Aku:Ala akak..mana ada (dalam hati terguris perasaan bagai dirobek-robek)
Hanya Tuhan aje mengetahui perasaan ini..!!!

Memang nampak gayanya aku kene belajar menerima hakikat tersebut.Tapi aku sebenarnya memang ada niat nak kuruskan sikit badan.Sejak hidup tak menentu nie jadi macam tue!!!Makin lama makin menternak lemak-lemak aku nie..tatottt...!!!

Haissshhhhh...macam mane nie...tolong aku kawan-kawan.Mungkin ada idea membantu hambamu yang lemah nie..Nanti nak kawen takkan gemok kowtt..ohhh tidakkk!!!

Serabut kepala otak memikirkannya!!!!



24 February 2012

CINTA:Soal paras rupa


Benar kata orang, cinta itu buta, cinta juga tidak memandang soal paras rupa, harta dan pangkat.Bagi diriku cinta itu adalah anugerah Ilahi buat insan yang kita sayangi.

Penting ker paras rupa kacak,cantik dan hensem kalau hati buruk,kotor dan penuh dengan rasa benci.Sudah tentunya cinta berlandaskan perasaan suci untuk keredhaanNya akan membuahkan satu ikatan indah berkekalan.

Aku mencintainya bukan kerna harta malah bukan kerna paras rupa namun selama aku bersamanya susah dan senang dia sanggup untuk menemaniku dan disatu saat aku sesat dia memimpin aku kejalan yang benar.

Aku mencintainya kerana aku yakin dia adalah insan yang diciptakan untukku membuatkan aku rasa tenang berdampingan dengannya.

Pastinya soal hati amat penting dalam ikatan sebuah perhubungan.Dia sungguh istimewa.Aku menyayanginya dan tidak mahu kehilangan dirinya.





19 February 2012

Imam Muda Hassan selamat diijabkabul!!



Assalamualaikum..siapa yang tidak kenal dengan Juara Imam Muda Hassan.Tahniah untuk beliau yang selamat diijabkabulkan pada 17 Februari 2012 iatu tarikh hari jadi beliau.

Wahhh..alhamdulillah berakhir sudah impian beliau mahu mendirikan masjid dengan pilihan hati nya iaitu Fadatul Ulfah berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam selepas solat Isyak.

Aku memang admire beliau dan sebenarnya mengikuti  rancangan imam muda sejak 1st siaran di Astro Oasis pada musim pertama semasa Imam Muda Asyraf dinobatkan sebagai juara imam muda. Sangat kagum dengan mereka!!

Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup. Beliau mengenali isterinya selepas tamat program Imam Muda Musim Ke2, Fardatul Ulfah melalui seorang kenalan. Dengan hanya melihat gambar, hatinya sudah terpaut. 

Seterusnya gerak langkah diambil dengan mengatur satu pertemuan. Ulfah ditemani oleh abangnya sepanjang pertemuan itu. Peribadi dan sikap Ulfah berjaya menambat hati Imam Muda Hassan untuk menyuntingnya sebagai bidadari.

Sungguh menarik disini Imam Muda Hassan dan Fardatul Ulfah hanya berhubung melalui SMS dan berpakat untuk bercinta selepas kahwin. Sweet nye!!!@@

Inilah yang dikatakan jodoh.Semoga bahagia dan berkekalan dunia dan akhirat!!Aminnn!!






Jom tengok video mereka:


                                                                                                     
                                sumber:beautifulnara


17 February 2012

Hati dan perasaan II


  • Hanya satu minit untuk jatuh hati pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang



  • Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu dan jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram."Carilah seseorang yang membuatkan hati anda tersenyum

  • Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehinggakan anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan ingin memeluknya erat dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yag ingin anda tujui dan jadilah apa yag anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara anda ingin lakukan.

  • Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda kuat,kesedihan yang cukup untuk membuatkan anda adalah insan, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.



sumber: kiriman surat dari my bestie fwenz
SALEHAH@aley


16 February 2012

Buah tempatan ENAK!! PART I


Hai semua selamat malam kalau korang baca entri ini pada waktu malam!Buat pertama kalinya aku membusykan diri selama 4 hari 3 malam dengan kerja-kerja projek  yang semakin menjadi-jadi!!

Apa boleh buat aku hanya insan biasa.!!Tidak senang duduk dibuatnya.

Alhamdulillah, dah siap kesemuanya  kini  hanya rest sebentar sebelum bermula ombak penin satu badan dengan persiapan exam pada minggu hadapan.

Errrr...sebenarnya bukan itu yang aku mahu celoteh kepada kawan-kawan ok!!Haaaaaa...nampak tak tajuk di atas.Haisshhh kenapa tak nampak pulak!!Kalau nampak bagus!bagus!!Sebelum tue nak tanya sape sini suka makan buah-buahan tempatan??

Jawab-jawab!!!:P





Malaysia nie memang kaya dengan buah-buahan sebab kita antara negara hutan hujan tropika  atau lebih dikenali sebagai hutan khatulistiwa..okeh!memang subur..hahaha!!sila percaya ok!!

Ada rambutan,durian,manggis,ciku,langsat,cempedak,mata kucing,pisang,nenas aisshhh memang banyak kalau senaraikan semua 40 hari 40 malam baru habis senarai gituuu..wahhhh!!!teruja tak?

Eeeee sedapnya buah-buahan tempatan...tengok gambar pon dah rase teringin mahu makan manggis!!!!!!dulu belakang rumah jiran ada pokok manggis selalu kait galah makan manggis banyak-banyak..urmmm yummmiiieee...!!

Lagi satu semasa aku kecik-kecik suka panjat pokok mempelam tak pun pokok jambu..siap ada rumah segala bagai!!.haha sampaikan jatuh dari pokok trauma dibuatnya sampai gigi depan patah sebab jatuh kat tanah muka tuju dulu..tragis tak? menangis time tue..sila percaya :p aku dulu budak nakal!!!


Jom makan pisang!!!hehe tetiba!!!




Buat kerepek atau pisang goreng sodapp nieh..Tingin den!!!


11 February 2012

Jodoh kita semenjak kandungan 4 bulan PART I




“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi



Haiii selamat pagi, tengahari atau malam ya kawan-kawan semua.!!
Moga anda semua sihat walafiat dan diberkati Allah S.W.T

Jodoh itu ketentuan Tuhan...subhanallah!!! Ini semua telah tercatat di Lauh Mahfuz semasa kita berada pada kandungan 4 bulan dalam rahim ibu.Percaya atau tidak itulah hakikat sebenar yang telah ditetapkan Tuhan kepada kita.Hanya menunggu masa cepat ataupun lambat.Kalau jauh perjalanan kita maka panjanglah jambatan tersebut kalau dekat perjalanan kita maka jambatan itu adalah pendek.


Apapun yang pasti agar kita bertemu jodoh hakiki!!


Hadis nabi:

"Wanita baik untuk lelaki yang baik sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.Yakinlah pada janjinya kerana kita orang yang beriman".

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada!Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil dan keburukan yang paling hodoh adalah sesat!

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada yang bercinta mungkin bertunang bahkan sampai berkahwin juga namun andai itu belum sampai jodoh diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran

Sebagai manusia kita perlu berusaha membina kebahagiaan.Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa solat.Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa.

Usaha dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa berpanjangan.Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat Allah agar insan yang kita pilih merupakan jodoh kita.

Wallahualam




sumber: yongsaiyo


10 February 2012

Oat hari-hari :p


Hai semua!!
Sihat tak hari ini??
Kelmarin,hari ini esok tulat dan seterusnya pemakanan aku hari-hari wajib ada oat.

Kenapa oat!!!

Pertama: Sebab aku suka sangat-sangat dan memang kegemaran aku lah!!sebenarnya dah lama aku amalkan yea..baru sekarang nie berkesempatanlah hari-hari tak nak dan tak mahu miss!!

Kedua: Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pilihan:biru atau merah..merah pilihan aku..mudah dan cepat!!

FAKTA:

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.


Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.



NUTRIEN OAT:

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Dah baca??
Oat adalah terbaik kan:P
Jom minum Quaker Oat dengan milo!!
Nyummm..Nyummmmi!!!

Heppy +____+


09 February 2012

Cekak Part 2



Sebelum nie aku ada cerita pasal silat cekak dan bagaimana ia bermula!!
nak tau..klik sini!!


Walaupun aku aktif bersilat aku banyak belajar menguruskan persatuan mana taknya aku telah dilantik oleh senior untuk menjalankan tugas sebagai setiausaha.


Dan segala kerja berkaitan dokumentasi surat menyurat aku perlu laksanakan.


Dari projek kecil hingga besar aku belajar banyak perkara dan paling mencabar 
Malam Pendekar pada tahun 2009!!


Projek ini betul-betul menguji mental dan fizikal kami.




 Walaupun penat menguruskan hal persatuan, kadang-kadang overnight buat paperwork dan segala meeting bagai tapi seronok dapat belajar macam-macam!!


Alhamdulillah sesibuk mana pun aku tak pernah mengabaikan bidang akademik sebab aku tahu akademik menjadi keutamaan!!


Kenangan dengan kawan-kawan semua
Antara suka duka Projek PSSCMUSM



Interaksi Cekak
Perarakan Cekak


KASUTRA:Karnival Sukan Tradisional


Cekak ke dapur
Ending:Malam Kesyukuran!!
Sume poyos!!hahaha!!

Ini antara the bestttt projek!!!


SELAMAT KONVO sudah!! @__@
ok daaa..



Segmen Pengomen Tegar by Fyqa



KLIK SINI: 
JOM KORANG
DUE DATE:14 FEBRUARI 2012


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu