Hai semua!!
Sihat tak hari ini??
Kelmarin,hari ini esok tulat dan seterusnya pemakanan aku hari-hari wajib ada oat.
Kelmarin,hari ini esok tulat dan seterusnya pemakanan aku hari-hari wajib ada oat.
Kenapa oat!!!
Pertama: Sebab aku suka sangat-sangat dan memang kegemaran aku lah!!sebenarnya dah lama aku amalkan yea..baru sekarang nie berkesempatanlah hari-hari tak nak dan tak mahu miss!!
Kedua: Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
![]() |
| Pilihan:biru atau merah..merah pilihan aku..mudah dan cepat!! |
FAKTA:
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.
Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.
Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
NUTRIEN OAT:
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Dah baca??
Oat adalah terbaik kan:P
Oat adalah terbaik kan:P
Jom minum Quaker Oat dengan milo!!
Nyummm..Nyummmmi!!!
Heppy +____+





Oat hari-hari :p








2 Pelangi Cinta:
dear suka ea makanan nie.. saya kureng arr.. sebap tak berapa manis.. hehehhe saya nie kan bakal calon potong kaki. hehehhehe
nova:makan dengan susu atau air milo..sedapppp
Post a Comment