19 February 2012

Imam Muda Hassan selamat diijabkabul!!



Assalamualaikum..siapa yang tidak kenal dengan Juara Imam Muda Hassan.Tahniah untuk beliau yang selamat diijabkabulkan pada 17 Februari 2012 iatu tarikh hari jadi beliau.

Wahhh..alhamdulillah berakhir sudah impian beliau mahu mendirikan masjid dengan pilihan hati nya iaitu Fadatul Ulfah berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam selepas solat Isyak.

Aku memang admire beliau dan sebenarnya mengikuti  rancangan imam muda sejak 1st siaran di Astro Oasis pada musim pertama semasa Imam Muda Asyraf dinobatkan sebagai juara imam muda. Sangat kagum dengan mereka!!

Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup. Beliau mengenali isterinya selepas tamat program Imam Muda Musim Ke2, Fardatul Ulfah melalui seorang kenalan. Dengan hanya melihat gambar, hatinya sudah terpaut. 

Seterusnya gerak langkah diambil dengan mengatur satu pertemuan. Ulfah ditemani oleh abangnya sepanjang pertemuan itu. Peribadi dan sikap Ulfah berjaya menambat hati Imam Muda Hassan untuk menyuntingnya sebagai bidadari.

Sungguh menarik disini Imam Muda Hassan dan Fardatul Ulfah hanya berhubung melalui SMS dan berpakat untuk bercinta selepas kahwin. Sweet nye!!!@@

Inilah yang dikatakan jodoh.Semoga bahagia dan berkekalan dunia dan akhirat!!Aminnn!!






Jom tengok video mereka:


                                                                                                     
                                sumber:beautifulnara


0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu