16 April 2010

Beautiful Life




Pada suatu hari di sekolah….
(Ketika cikgu sedang mengajar mengenai kasih sayang, seorang pelajar bertanya)

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu boleh berkekalan?

Cikgu: Owh..kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang kemudian
kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun sekali.Dah petik rumput yang paling cantik kamu bawa ke kelas

10 minit berlalu..
(Apabila pelajar tersebut datang ke kelas tiada sehelai rumput pun berada di tangannya)

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipetik oleh kamu?
(Dengan satu persatu pelajar tersebut menceritakan kepada cikgunya)

Pelajar: Tadi semasa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik.
Memanglah banyak yang cantik tetapi cikgu pesan pilih yang paling cantik. Jadi saya
pun terus berjalan ke hadapan sambil mencari lagi rumput yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang saya tidak jumpa pun
rumput yang paling cantik. Mungkin ada di antara rumput yang di belakang saya tadi cantik dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula dan tiadalah rumput yang saya boleh petik

Cikgu: Ya itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
Sebaliknya kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Dan janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi.
Ingatlah juga bahawa orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik walaupun nak diikutkan ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..


LU PK LAH SENDIRI


Rasa cepat masa berlalu pejam celik pejam celik dah pun selamat menghabiskan sisa di universiti nie..urmmm..alhamdulillah inilah yang aku impikan selama ini.syukur sangat2 impian itu bukan sekadar mimpi malah menjadi realiti.

Namun tatkala memikirkan rasa lega kerana dah pun menamatkan pelajaran ntah rasa macam sedikit berat hati untuk meninggalkan alam universiti.Bagi aku ia adalah satu anugerah sungguh bermakna bagi diriku..Yela bukan calang-calang orang dapat masuk kan?Jadi sememangnya satu pengalaman berharga buat diriku.

Sha lalala..lalala...

TAHNIAH LER AYA!!Bila diingatkan kembali saat-saat berada di alam universiti rasa..SAKIT,PAHIT,MANIS,TENSION macam2 laa.Memang tidak dinafikan ada satu tahap macam giler jer..haah..!!Apa pun alhamdulillah itulah asam garam seorang pelajar. Nak tak nak kene la hadapinye kan??

Lepas nie fokus pada kerje plak yea..heheh..so dah xmerasa la kuliah dengar lecturer pok pet....urmmm mesti rindu saat itu.Mesti rindu jugak pada kawan2..Pas nie masing-masing bawak diri kan..

REALTINYA :p

Berada diluar sana.Aku harap impian aku selepas ini jugak akan termakbul...AMINN







Semua di atas angan-angan atau realiti suatu masa nanti???


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu