Pada suatu hari di sekolah….
(Ketika cikgu sedang mengajar mengenai kasih sayang, seorang pelajar bertanya)
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu boleh berkekalan?
Cikgu: Owh..kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang kemudian
kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun sekali.Dah petik rumput yang paling cantik kamu bawa ke kelas
10 minit berlalu..
(Apabila pelajar tersebut datang ke kelas tiada sehelai rumput pun berada di tangannya)
Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipetik oleh kamu?
(Dengan satu persatu pelajar tersebut menceritakan kepada cikgunya)
Pelajar: Tadi semasa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik.
Memanglah banyak yang cantik tetapi cikgu pesan pilih yang paling cantik. Jadi saya
pun terus berjalan ke hadapan sambil mencari lagi rumput yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang saya tidak jumpa pun
rumput yang paling cantik. Mungkin ada di antara rumput yang di belakang saya tadi cantik dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula dan tiadalah rumput yang saya boleh petik
Cikgu: Ya itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
Sebaliknya kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Dan janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi.
Ingatlah juga bahawa orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik walaupun nak diikutkan ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment