Myself



"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari Dia datangkan petir dan kilat kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Ayat di atas salah satu kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan di bumi Allah selagi kuat dan mampu.Insyaallah!!!

Mari kenal-kenal aku:

Puteri kepada Salma dan Sayed Hassan Bakri.Berketurunan Syed belah abah.Anak ke 3 daripada tujuh beradik yang comel loteh tuh..Dan dulunya graduan from Universiti Sains Malaysia, USM Penang dalam jurusan Komunikasi..di sanalah bermulanya titik permulaan  terjebak dengan dunia blogging hampir 3 tahun.Aku juga seorang yang :p

* Bercita-cita tinggi dan serius..susah untuk senyum kecuali betol2 happy
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik..
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam..sentappp!!
* Pandai mengambil hati orang lain..sejuk ibu mengandung
* Pendiam kecuali telah dirangsang...pot pet 24 jam
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi...inilah aku~
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri..Tepati masa
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selesema...pagi-pagi dah bersin!!.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak..yupp tapi malu nak dekat ngan budak tuh
* Suka duduk di rumah...sesuai jadi suri rumah tangga@@
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial...haha
* Sifat cemburu yang sangat tinggi..cemburu membina tuh


Ciri-Bulan Januari nie semua menepati ini adalah aku. Aku sayangkan diriku seperti orang lain menyayangi diri ini. Kepada bloggers sudi-sudilah follow saya.Insyaallah, moga kita sama-sama merapatkan ukhwah sesama kita.


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu