04 February 2013

Kiko dah tenang disana


Assalamualaikum semua.Lama rasanya tak menaip di keyboard notebook untuk menyatakan luahan hati dan perasaan.Terbaru!!!anak kucen yang comel bernama Kiko telahpun selamat pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Ya Allah..tak tahu bagaimana nak menceritakan punca kematian beliau yang pasti dia lebih disayangi untuk pergi terlebih dahulu. Berita diberitahu sendiri oleh mak setelah pulang sahaja ke kampung pada hari Selasa pagi 28 Januari 2013. Mak bagi taw dalam jam 8 lebeh macam tuh adik aku no 5 nampak beliau dah terbaring means memang dah tak bernyawa di dalam kandang.

Bila dapat jer tahu Kiko yang mati tiba-tiba menangis rasa sebak di hati sebab sayangkan kucen2 itu.Bukan apa bersimpati atas nasib menimpa mereka.Ya Allah.. biarpun anak kucen tapi sifat perikemanusiaan aku dan simpati lebih mengatasi segalanya.

Untuk kepastian mak ada bagitaw sebelum itu my abah ada terlanggar dengan kereta sorong tapi selepas tuh dia nampak ok. Tapi dalaman kita tak tahu!!! Cuma petang sebelum dia dah tak ada mak memang perasan perubahan pada Kiko sebab dia nampak bermuram tidak seperti sebelumnya, macam tahu beliau tidak hidup lama.Macam manakan kucen pun boleh rasa inikan pula manusia.Wallahualam.

Sebab dalam banyak-banyak kucen yang ada dia paling lincah dan aktif selain Kiki (coklat tuh). Adik yang lain  agak pasif.Ini ketentuannya. Allah pinjamkan dia sekejap untuk kami bela nasib mereka.Rasa puas hati dapat jaga sebaik mungkin..Alhamdulillah kami dah buat terbaik selagi mampu.

Dan....petang tuh juga aku mandikan anak kucen tersebot dan aku elakkan daripada tidur di kandang tersebot memandangkan  kebersihan dah tak terkawal lagi selepas berkurung untuk sekian lama sebab familiy aku ke KL dalam 2 days.

Dan ada kemungkinan mungkin sebab ada virus tak baik menjengah di tubuh kucen-kucen itu.Berbekalkan duit gaji sedikit aku belikan kandang baru untuk mereka..Hurmm tak sempat Kiko nak merasa..moga-moga mereka lebih selesa..Insyaallah!!

Dan untuk selanjutnya nantikan cerita ini lagi bersambung  di next entri.Insyaallah!!

SELAMAT TINGGAL KIKO..semoga tenang disana " ___'



Kisah Kiko..klik sini!!

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu