26 November 2012

"Pencarian 20 blogger bertuah by YANA"




Haipppp hello para bloggers semua.Apa khabar korang??Tetiba rasa nak join segmen oleh Yana.
Bukan apa mungkin boleh tingkatkan trafik di blog yang dah lama sepi untuk sekian lama!

Jom..jom sebelum 30 November 2012

Daaaaa...korang!!!

Sempat tag:



Ujian itu rahsia Allah!!


Setiap insan di muka bumi Allah ini akan menerima ujian tidak kiralah ujian itu besar mahupun kecil Allah uji mereka untuk  sebab yang sama:

"Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita"...


Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang akan mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri. Ujian tang Tuhan berikan dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya di dalam hati, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang sebegitu berat sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembalikan kekuatan diri kita. 
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.




Di dalam al Quran jelas menyatakan bahawa :
 Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Subhanallah!!kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji kita sebab Allah kasihkan kita Allah sayangkan kita dan sebagai hambanya kita perlu kuat dan bersabar dalam menghadapi setiap ujian yang Allah berikan.Tabah dan redha tentu Allah SWT telah mengaturkan yang terbaik buat diri kita dan setiap kejadian yang berlaku ada hikmah disebaliknya~
"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu"

Berdoalah dan merayulah kepada Allah..luahkan lah isi hatimu keadaNya memohaon dan meninta agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang diberikan.bersabar dan teruskan perjuangan kita.

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

25 November 2012

Segmen : Saya Mahu Direview by Nurul




Jom ramai-ramai join segmen ini :p

Kalau rasa bosan tuh dan rasa-rasa nak menambahkan kenalan silalah join segmen di atas
Tak kan rasa rugi kowt
Jom lah korang!!
Due date : until 2 December 2012


Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com





Hallooo bloggers selamat malam semua!!!
Malam malam cenggini sonok dapat join segmen oleh empunya badan Mia Liana :p

Followers sekarang tak banyak 471 only

Suka blog mia sebab C.O.M.E.L macam tuannya!!

haha..daaaa :p



Aishiteru@-@


Kalau dulu-dulu masa belajar jarak nak jumpa tak lah sejauh mana.And bila dah berada di Perak negeri kelahiran tercinta terasa agak jauh pula untuk meluangkan masa tersebut.B4 nie pun dok kat kl lagilah jarang sangat nak jumpa..susah kowt!!

Last aku jumpa incek Boyfiee masa bulan Julai 2012 itupun berbekalkan  dengan keberanian yang ada aku berani menjejakkan kaki dengan sendiri turun ke negeri kelahiran beliau di Kedah Darul Aman..

Maklumlah kami terpaksa berkorban sekali sekala untuk berjumpa itupun last minit keputusan. But until now kami tidak lagi pernah berjumpa padahal setiap masa ada saja perancangan kami namun perancangan Allah mengatasi segalanya.

Hari tuh incek boyfiee bagitau:

abang ada suprise untuk sayang nanti..
aku:ermm yela tuh banyak kali dah suprise nye tak jadi pun
abang: ala wait and see jer tengoklah nanti
aku:ok kita tunggu (dalam hati rasa berbunga-bunga apalah suprise die nak kasi kat aku) :p

Semoga hari-hari cepat berlalu..tapikan kalau masa cepat berlalu macam tak besh lak sebab umo pun dah meningkat..huhu

ok nite semua~


23 November 2012

Rezeki Allah


Tidak semua apa yang kita inginkan..apa yang kita mahukan kita impikan akan datang bergolek di depan mata kita.Setiap manusia di muka bumi Allah ini dikurniakan rezeki masing-masing oleh Tuhan Yang Maha berkuasa.


Bila difikirkan kembali di mana silapnya marilah kita cuba kaji dan selidik di balik nota ini apakah kita sebenarnya tergolong dalam golongan berikut.Ya Allah kau permudahkanlah rezeki untuk masuk..sesungguhnya aku insan yang lemah semoga kita sama-sama mendapat ikhtibar~






1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh


Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih!!!insyalllah!!banyak-banyakkan berdoa semoga kita sentiasa beringat dan beroleh manfaatnya~

Mesti sedeh kan?


Bila kita kehilangan insan yang kita sayang..yang selalu menemani kita susah dan senang.Yang sanggup layan kita bila kita ade masalah suka dan duka dia sanggup hadapi sama-sama dengan kita.macam mana yea kita nak hadapi kehidupan nie tanpa dia.

Macam mana kan?

Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan kita masa itu..

Menangis air mata darah sekalipun dia tak kembali..Ya allah peritnya rasa..pedihnya hati!!

Ya Tuhan aku bersyukur sebab aku ada dia..Mohd Ridzuan!Aku sentiasa inginkan yang terbaik buat kami berdua.

Ya Tuhan aku berharap perhubungan ini kau rahmati sehingga ke Jannah.Baik buruk dia aku terima seadanya..kau panjangkanlah jodoh kami ya Allah!




22 November 2012

VIOS : Angan-angan ataupun kenyataan :p


Nak memiliki vios...tapi apakan daya mampukah aku berbuat sedemikian rupa.Ikutkan hati memang rasa nak memliki kereta sendiri.Tambahan pula hasil titik peluh kita kan.

Aku pun tak pasti sejak bila agaknya aku betul-betul suka akan kereta nie.Mungkin disebabkan aku tak suka bonet kereta like MyVi jadi cinta itu telah beralih arah ke vios.Bonet dia tak sekecil My Vi tapi comel amat agaknya sesuai kowt kalo perempuan yang bawa..haha










Yang vios di atas adalah vios yang aku suka tuh..tapi kereta terpakai la.since 2004-2005..Aku suka latest yang 2005 look smart cket!!Kalau nak beli yang kereta terbaru tuh sempot agaknya..ini pun tengah fikir bolehkan aku..kalau aku beli yang nie rugi tak..berisiko tak.??

Maklumlah tak tahu menahu tentang kereta nie..tapi tak apa nie pun try2 tengok market survey okeh!!


21 November 2012

Maafkan saye ye awak!!


Hari demi hari dari masa ke semasa entah kenapa ada saje yang tidak kena dengan kami. Bila berbaik akan ada aja-aja fighting pulak. Entah mengapa ya selalu saja hubungan ini bagaikan ombak dilambung pantai. Kadang kala membuatkan diriku rasa tertekan namun aku tahu semuanya berpunca dari diriku.Aku egois..terlalu egois~Maafkan aku!!!

Wahai kekasihku, Mohd Ridzuan ketahuilah walaupun hal ini terjadi aku mohon kau memahami aku sayangkan kamu!!Aku akan cuba pertahankan perhubungan ini sebab aku tahu kamu memang sayangkan saya lebih dari nyawa kamu sendiri. Aku sayangkan kamu!!

Kalau dulu kami berjauhan antara satu sama lain mengapa kini tidak boleh..Sejujurnya aku harus percaya bahawa aku dan dia sedang mengusahakan terbaik.Sedih memanglah sedih sebab saya dan kamu jarang sangat jumpa.Dah berbulan-bulan lamanya~Itu bukan tempoh yang singkat.Kalau kita tak sabar kita tak kan sampai tahap macam nie..dah 5 tahun lebih kan awak!!

Aku tahu, kita bukan macam pasangan lain yang bercinta.Kalau ikut rasa hati melihat pasangan lain happy dengan kekasih mereka aku di sini akur dan redha meluangkan masa berborak di sms mahupun telefon.Itu saja pengubat hati kita.Tapi kita tak kisah kita cuba sedapkan ati ini~

Bila aku busy dengan hal urusan kerja tak bermakna satu sms tak dihantar aku lupakan kamu.Terus menerus melupakan kamu.Mungkin aku terlalu penat sehinggakan satu sms tak dihantar.

Aku sendiri tidak tahu, bilakah penantian ini kan berakhir?? Aku kan faham semuanya demi kamu.Kadang-kadang aku cuba nak yang terbaik tapi aku mengerti tidak semudah itu akan aku dapat sepenuhnya.

Aku hamba yang lemah terlalu banyak kekurangan diri ini yang harus aku pertingkatkan. Aku tahu kita memang tidak boleh mencapai kesempurnaan at least aku dah cuba!!

Sayangku..aku rindu kamu~Jaga diri kamu baik-baik.Jangan lupa solat dan sayangkan keluarga kamu macam kamu sayangkan saya!




20 November 2012

Anak sapo nih~


Halllo everybody!Memang lame sangat tak menghupdate blog tersayang...My bf no 2..maap yeaaaa sebab tak luangkan mase untuk awak..hahhaa gitu!!

Aku nak memperkenalkan seberapa yang ada my niece yang comel molek tuh~

Latest lahir pada September 2012

My niece di atas adalah gegurl geng yang ke 4 dalam sejarah family kami sume..Hoho masih belum pecahkan rekod untuk lelaki..perempuan only :p

Comel nampak 2 batang gigi..

Di atas anak kakak sulong..no 2..name glamer dia eca...name betol die Nur 'Aisha Humaira..hehe..suke tanye..ni ape nie???nie apa nie????banyak bertanya si budak kecik nie..


Haipppp awak..SarangHae~

Ini pulak anak kakak no 2 laa.Name calling2 mia.Full name die Damia Irdina dan dia jugak adalah kakak kepada Izara Darwisyah yang baru lahir itu!!.macam chinese look mama die tak sepet pon mb ikot ayah die..so die nie takot dgn orang taw!so sape yg die tak kenal akan cepat nanges...uwaaa...


Kak Long rock~

Ini adalah cucu sulong mak dan abah aku~Nurizs Sofea nama diberi~so umo sekarang dah 2 tahun lebey dah~Alhamdulillah setakat nie setiap tahun aku menerima anak buah baru since tahun 2010.Sampai tahun nie dah ade 4 dahh!Wahhh...tahun depan masih menanti..doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga ya!!



Woowwww~bergambar dgn rockers laa

Lastttt and not least!!!Siapakah gerangan gegurl di atas ya!!!???Nak tahu itulah aku~my niece yang sulong tuh.Masa nie time die balik kg ritu..raye haji so sempat bergambo g die..cantik tak kami berdua..haha!!!


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu