Setiap insan di muka bumi Allah ini akan menerima ujian tidak kiralah ujian itu besar mahupun kecil Allah uji mereka untuk sebab yang sama:
"Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita"...
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang akan mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri. Ujian tang Tuhan berikan dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya di dalam hati, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang sebegitu berat sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembalikan kekuatan diri kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Subhanallah!!kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji kita sebab Allah kasihkan kita Allah sayangkan kita dan sebagai hambanya kita perlu kuat dan bersabar dalam menghadapi setiap ujian yang Allah berikan.Tabah dan redha tentu Allah SWT telah mengaturkan yang terbaik buat diri kita dan setiap kejadian yang berlaku ada hikmah disebaliknya~
"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu"
Berdoalah dan merayulah kepada Allah..luahkan lah isi hatimu keadaNya memohaon dan meninta agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang diberikan.bersabar dan teruskan perjuangan kita.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!





Ujian itu rahsia Allah!!







2 Pelangi Cinta:
betul tu sy sokong...satu perkongsian yg baik...
segala ujian yg Allah beri ada hukmah disebalik nyer..cuma kita jer tak sedar..
Post a Comment