21 November 2012

Maafkan saye ye awak!!


Hari demi hari dari masa ke semasa entah kenapa ada saje yang tidak kena dengan kami. Bila berbaik akan ada aja-aja fighting pulak. Entah mengapa ya selalu saja hubungan ini bagaikan ombak dilambung pantai. Kadang kala membuatkan diriku rasa tertekan namun aku tahu semuanya berpunca dari diriku.Aku egois..terlalu egois~Maafkan aku!!!

Wahai kekasihku, Mohd Ridzuan ketahuilah walaupun hal ini terjadi aku mohon kau memahami aku sayangkan kamu!!Aku akan cuba pertahankan perhubungan ini sebab aku tahu kamu memang sayangkan saya lebih dari nyawa kamu sendiri. Aku sayangkan kamu!!

Kalau dulu kami berjauhan antara satu sama lain mengapa kini tidak boleh..Sejujurnya aku harus percaya bahawa aku dan dia sedang mengusahakan terbaik.Sedih memanglah sedih sebab saya dan kamu jarang sangat jumpa.Dah berbulan-bulan lamanya~Itu bukan tempoh yang singkat.Kalau kita tak sabar kita tak kan sampai tahap macam nie..dah 5 tahun lebih kan awak!!

Aku tahu, kita bukan macam pasangan lain yang bercinta.Kalau ikut rasa hati melihat pasangan lain happy dengan kekasih mereka aku di sini akur dan redha meluangkan masa berborak di sms mahupun telefon.Itu saja pengubat hati kita.Tapi kita tak kisah kita cuba sedapkan ati ini~

Bila aku busy dengan hal urusan kerja tak bermakna satu sms tak dihantar aku lupakan kamu.Terus menerus melupakan kamu.Mungkin aku terlalu penat sehinggakan satu sms tak dihantar.

Aku sendiri tidak tahu, bilakah penantian ini kan berakhir?? Aku kan faham semuanya demi kamu.Kadang-kadang aku cuba nak yang terbaik tapi aku mengerti tidak semudah itu akan aku dapat sepenuhnya.

Aku hamba yang lemah terlalu banyak kekurangan diri ini yang harus aku pertingkatkan. Aku tahu kita memang tidak boleh mencapai kesempurnaan at least aku dah cuba!!

Sayangku..aku rindu kamu~Jaga diri kamu baik-baik.Jangan lupa solat dan sayangkan keluarga kamu macam kamu sayangkan saya!




0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu