31 March 2012

Ku berserah padaNya



Hai semua selamat malam yea..rindunya nak menaip seharian suntuk penat bekerja mencari rezeki alhamdulillah dipermudahkan olehNya.Macam biasa excited kalau bulan dah dapat gaji  planning nak beli tuh beli nieh akan terlintas di fikiran ..tapi still bole control even AEON ada buat sale besar-besaran :p

Tapi akan diutamakan saving masa hadapan dan bagi parents duit..alhamdulillah Allah murahkan rezeki!.Aliran masuk harusss!!ok @@...Sebenarnya nak shair satu hal semasa hari kejadian temuduga.Macam-macam ada..Seperti sedia maklum aku dah pun selamat menghadirkan diri ke Majlis Perbandaran Ipoh (MBI). Untuk lebih lanjut klik sini..ok di situ aku belajar banyak perkara :p

Seawal pagi aku bersungguh nak bangun pagi sebab planning memang nak sampai awal.Mak abah datang menjemput memandangkan aku duduk di rumah sewa.Aku bole nak merempit pepagi buta memandangkan aku nie buta jalan atau bahasa lain tak tahu jalan aku pergi sekali dengan parents.

Sebelum 8.30am around 8.00 am dah sampai dengan berbaju biru lembut,tudung gelap dengan kasut dan beg tangan aku dengan confident datang ke tempat yang dimaksudkan..Masa tuh excited sebab 1st time dapat tebiu government kalau swasta tak yah cakap memang banyak macam guni.

Aku ingatkan mulanya standard r seperti dalam surat sebelum 8.30am rupanya ish....ish...macam nie la janji Melayu..aduii..tak per..pengalaman yang penting.Dan aku pun daftarkan diri dah tuh tengok dalam form nama dah bertaip ikut susunan sape dulu...tetiba biji mata aku membulat tengok nama aku 1st.Tak pernah dalam sejarah dapat temuduga orang pertama.

Tunggu punya tunggu sampailah 9.30 aku dipanggil masuk oleh penemuduga.Masyaallah gelora nervous makin terasa tapi alhamdullillah aku bole cool cuma agak terekat menjawab soalan.

Belum apa-apa penemuduga bertanya besar beg?aiiyakkk dalam hati besar ke tapi tak lah nampak besar..hehe..Mungkin penemuduga sengaja mengusik..ok never mind!!Then aku pun duduk macam biasa soalan 1st perkenalkan diri anda...bla..bla..bla..!!

Soklan lain-lain aku ingat sampai sekarang:

1.Pengalaman kerja anda?
2.Pernah tak mengetuai mana-mana acara sama ada pengerusi majlis, nyanyian yang menunjukkan anda berkomunikasi secara berdepan dengan audiens?
3.Kenapa nak kerja kerajaan?
4.Kenapa tak kerja dalam bidang yang belajar dulu?
5.Apa harapan anda?

Dan banyak lagi....!!!Ishhh..Ishhh aku rasa boleh setengah jam aku duduk dalam bilik tuh..Doaku secara positif jika itu rezeki ku pasti Allah akan permudahkan..Kalau bukan pun mungkin akan ada yang lagi baik daripada ini.



27 March 2012

Perak kaya dengan air terjun


Korang nak tahu tak satu hal yang mungkin korang tak perasan Perak kaya dengan pelbagai air terjun di merata tempat.Faktor geografi yang berbukit bukau gunung ganang mempengaruhi juga kewujudan air terjun nieh!!Selama nie pun aku jarang jugak dengar tapi kali nie aku nak shair dengan korang air terjun yang ada di negeri Perak Darul Ridzuan nih..negeri tercinta aku~


Lata Kinjang, Chenderiang

Air Terjun Batu Berangkai, Kampar

Air Terjun Batu Besar, Ulu Kinta, Ipoh

Air terjun Batu Hitam Kamunting

Air Terjun Burmese Pool, Taiping

Air Terjun Lata Kekabu, Lenggong

Air Terjun Lata Kulim, Gerik

Air Terjun Lata Putih, Selama

Air Terjun Lata Ulu Lawin, Gerik

Air Terjun Sg Bil Tanjung Malim

Air Terjun Sg Salu Kuala Dipang, Kampar

Kuala Woh, Tapah
(Nice untuk camping)

Lata Iskandar, Tapah

Lata Sempeneh, Taiping

Lubuk Timah, Simpang Pulai

Ulu Chepor, Chemor

Ulu Kenas, Kuala Kangsar
(Tempat aku berendam zaman kecik-kecik)

Ulu Licin, Bruas

Gepai Falls, Bidor

Lata Perahu, Kuala Kangsar-Gerik

Ulu Geroh, Gopeng

Sinju Falls Simpang Pulai

Lagi???
Lata Tanjung Kala-Gerik, Lata Yuk-Cenderiang, Lons Rapids-Sungkai, Trong Falls-Trong, Celik Falls Simpang Pulai-Cameron Highlands

.....Wah sangat banyakkan!!
Aku yang warga Perak nie pun tak pernah sampai kesemua tempat tersebut
Apa lagi jom ramai-ramai
Melancong ke Perak :p


24 March 2012

Jom jadi geng KBM


KLIK SINI

Wah semangat aku hari nie join segmen blogger Malaysia.Jom lah ramai-ramai yukk :p
Aku blogger berasal dari Perak Darul Ridzuan.
Jom kenal-kenal!! :p

MEREKA YANG TERKENA


21 March 2012

Segmen : SINGGAH BW BY WAN NASHRUL

Klik banner okeh :p

SELAMAT JOIN SEGMEN UNTUK SEMUA
TARIKHTUTUP: 30 APRIL 2012
TAG : HAJAR

Alhamdulillah..Allah bagi aku peluang lagi


Hari nie result SPM dah kuar..Tahniah pada my sis dapat 3A itupun dah kire ok setelah penat berusaha. Namun masih tak dapat menandingi kakak dia :p Tahniah jugak buat adik-adik yang lain.Terus pandang ke hadapan gapailah apa yang kalian mahukan!!

Bukan itu yang ingin dibicarakan..Sedar tak sedar dah lama juga aku meneruskan perjuangan bekerja diluar bidang pengajian aku. Aku masih terus menerus memperjuangkan nasib di bumi Allah kerana aku percayakan bahawa rezeki tetap ada dimana-mana melainkan kita sentiasa berusaha dan percaya kepada diri sendiri.

Alhamdulillah aku dikejutkan lagi sekali dengan panggilan temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan.Perasaan teruja cukup terasa memandangkan jawatan ini dah tahun lepas aku mohon.Bukan jawatan ini jer banyak jawatan malah dah banyak aku mohon dan baru kali ini terlekat.Bagi aku mendapat panggilan untuk ditemuduga merupakan peluang yang tidak ternilai diberikan olehNya.Tak semua orang bernasib baik.

Semoga apa yang ada didepan mata akan aku usahakan sebaik mungkin dan aku percaya kalau itu rezeki yang Allah berikan aku terima dengan seadanya.Syukur sangat-sangat!!:p

Tapi perasaan berdebar-debar terasa memandangkan aku dah lama tak mengikuti isu semasa.Risaunya..takutnya..moga-moga dipermudahkan segalanya!!kawan-kawan share some tips sket tok tebiu government nie..cuak!!




20 March 2012

5 perkara yang anda rasa pelik di dalam hubungan




Bak kata orang tua bila bercinta semua indah bagaikan dunia ini milik kita yang punya.Namun begitu ada hal yang kita rasakan ianya pelik tetapi tidak sebenarnya dalam perhubungan cinta tersebut.Pernah tak anda mengalaminya dalam erti kata sebenar.Jom kita sharing apa yang pelik nye tuh!! :p
Layanan
Masalah ini biasanya dihadapi oleh wanita dimana pada awal hubungan layanan pasangan mereka kebiasaannya amat baik dan romantik. Tetapi ia akan menjadi semakin dingin apabila hubungan telah menjangkau satu jangka masa yang panjang. Perkara ini adalah sesuatu yang normal, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menangani masalah ini.
Penipuan 
Setiap pasangan pasti akan pernah menipu atas sebab-sebab tertentu. Mungkin mereka terpaksa menipu untuk menjaga maruah diri sendiri ataupun orang lain, atau mereka dengan sengaja berniat untuk menipu anda. Penipuan adalah perkara normal didalam sesuatu hubungan, tetapi apa yang pelik adalah tahap penipuan yang mereka lakukan.
Jatuh hati terhadap orang lain
Sememangnya adalah fitrah semulajadi manusia mempunyai perasaan dan akan membuatkan mereka jatuh hati terhadap orang lain. Ia sememangnya suatu perkara yang tidak dapat dihalang. Tetapi apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk mengawal perasaan mereka. Sesuatu perkara yang dilakukan yang terlalu mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal yang waras biasanya akan menghasilkan satu keputusan yang merugikan.
Tabiat buruk
Setiap manusia pasti mempunyai tabiat buruk yang menyebabkan orang lain tidak selesa termasuk pasangan mereka sendiri. Sekiranya anda sudah memilih untuk hidup berpasangan, anda semestinya sudah bersedia untuk menerima perkara ini dan tahu cara untuk menanganinya. Bukannya merungut terhadap perkara pelik yang ada terhadap pasangan. Anda perlu ingat bahawa bukan anda sahaja, malah semua pasangan perlu menghadapi masalah ini.

19 March 2012

Tips elak dengkur


Soalan jujur : Siapa sini yang tidur berdengkur.? Silalah angkat tangan walaupun tak nampak. Cewah!! Itupun kalau korang tahu bile tidur memang korang berdengkur.. Tapi macam mane korang tahu korang tido berdengkur ya? Kalau rakan atau familiy korang berani bagitau maknanya korang tido mesti berdengkur kan :p!! Sila percaya hakikat ok

Bila nak tido nyenyak terdengar pulak dengkuran kuat orang sebelah sehinggakan nak mimpi-mimpi indah pun dah terbantut.Pernahkan korang mengalami situasi seperti itu.Sedap jer orang tuh berdengkur kan.Sakit tak hati korang dengar alunan muzik dengkuran tuh memalam..

Lagi satu kalau terdengar dengkuran kuat kat tempat awam contohnya dalam bas ker..korang bayangkanlah tak ke rasa malu..tak tergambar kalau aku yang tido berdengkur..wakakaka!!

Ok sekarang nie untuk mengelakkan dengkuran tersebut korang boleh mencuba pelbagai perkara antaranya :

Ubah Posisi Tidur

Dengkuran terjadi apabila lidah,langit-langit,tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan antara satu sama lain.Posisi terlentang ketika tidur sedikit sebanyak menyumbang kearah masalah ini,kerana apabila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Utk mengelakkan masalah ini berlaku,cuba tidu pada posisi mengiring.

Turunkan 10% berat Badan

Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang lebih tebal,yg akan memungkinkan
munculnya risiko berdengkur.Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar masalah ini dapat diatasi.

Cuba Hindari Ubat Penenang

Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa-apa shj produk ubatan yg bertujuan utk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana kecenderungannya menekan pernafasan.Jadi cuba elakkan mengambil ubat tersebut,bukankah sembahyang dan zikir pegubat hati yg resah dan gelisah.

Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur

Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas secara dalam atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita hilang.Jadi bila lendir dah hilang,insya Allah tidak akan ada dengkuran ketika tidur.


HAHA..TAHAP GILER NAK ELAK BERDENGKUR

DONT LIKE THIS :p

18 March 2012

Dah pindah umah


Hollaaa Malaysian people..Rasa-rasa dah lama tak menghupdate informasi terkini ya..Maklumlah busy tahap gaban memanjang kerje kerje dan kerje!!!!fokus tuh!!

Now offficially dah pindah umah baru..Opsss aku saje yang berpindah ke rumah baru dengan kengkawan memandangkan berlaku pertukaran tempat keje di Ipoh Station 18. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari 0 sehingga adalah barang-barang dibawa masuk..penat sihh..rase bole kurus kot!!

Sebelum nie aku menetap kat rumah my sis disebabkan terlalu jauh pindahlah aku duduk menyewa dengan kengkawan sama tempat keje.Idup membujang la katakan segala bagai perlu diuruskan sendiri.

Seronok memang seronok!!!teringat kembali zaman belaja dulu kala :p

13 March 2012

Cinta itu tanggungjawab


Bercakap pasal cinta terlalu subjektif untuk dirungkaikan.Ungkapan cinta itu terlalu luas untuk ditafsirkan melalui kata-kata.

Mengenai cinta sesama lelaki dan perempuan pernahkan kalian fikirkan mengapa cinta itu wujud? Mengapa bila hadirnya perasaan itu bagaikan dunia ini milik kita yang punya.Pernahkan kalian merasakan sebegitu ataukah hanya syok sendiri kowt!!:p


Bagi pendapat aku cinta itu terlalu indah.Apabila hadirnya perasaan cinta melahirkan pula rasa tanggungjawab dimana kesediaan seorang pasangan untuk bertanggungjawab terhadap pasangan lain. 

Tanpa cinta tanggungjawab akan menjadi lesu. Tanggungjawab tanpa cinta seolah-olah tiada perasaan. Cinta dan tanggungjawab bergerak seiring dan tidak dapat dipisahkan. Senang kata cinta itu macam pekerjaan.Kita ada komitmen,ada tanggungjawab!!bukan gitu??

Cinta ialah makhluk Allah yang diletakkan dalam diri manusia sebagai pelengkap kepada insan

Firman Allah: Cintalah yang melahirkan tanggungjawab. Jika kita cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya maka kita akan bertanggungjawab untuk berkorban apa saja.

Nota kaki: Membina cinta sejati adalah datang selepas kesukaran, mengecapi terlebih dahulu iman di hati. Iman pula, adalah proses datang sesudah ditimpa ujian hidup yang tak putus, dan sabar sebagai pendinding kalis dugaan. Usah tinggalkan cinta utama, iaitu cinta Ilahi, semata-mata tidak tahan lagi untuk menagih cinta manusia. Ikhlas, antara bahan asas membina Iman. Keikhlasan memberi dan tidak menagih balasan.

11 March 2012

Mahu anak ramai? Pilih wanita berwajahkan lembut




KEPADA kaum Adam, jika anda berfikir sama ada wanita idaman anda mahukan keluarga yang besar, jawapannya ada pada wajah wanita itu. 

Menurut kajian, perempuan dengan wajah kewanitaan lebih cenderung mahukan anak yang ramai dan lebih lembut wajah mereka, lebih banyak anak yang mereka inginkan.

 Kajian itu menyarankan lelaki yang terdesak untuk menjadi bapa perlu mencari perempuan berhidung kecil, bermata besar dan bibir tebal kerana mereka cenderung untuk memiliki sekurang-kurangnya empat anak.

Namun, bagi lelaki yang kurang berminat menjadi bapa, mereka perlu mencari wanita yang kurang lemah-lembut kerana mereka mungkin cenderung untuk memiliki seorang anak saja.

Saintis di Universiti St Andrews percaya penemuan itu dapat dijelaskan melalui hormon estrogen wanita apabila tahap hormon yang tinggi menghasilkan penampilan lemah lembut dan memupuk naluri keibuan.

Penemuan kaitan antara wajah yang lembut dengan kesuburan seseorang dapat menjelaskan naluri keibuan jelitawan Hollywood, Angelina Jolie yang mempunyai tiga anak sendiri dan tiga anak angkat.

Bekas model, Jools Oliver juga mempunyai empat anak bersama suami tukang masaknya, Jamie, manakala aktres Reese Witherspoon sudah mendapat dua anak pada usia 27 tahun.

Penyelidik menyoal 25 wanita muda berapa ramai anak yang mereka inginkan dan mengukur tahap estrogen mereka.

Pakar dalam penyelidikan wajah manusia, Dr Miriam Law Smith dari Makmal Psikologi Universiti St Andrews berkata: “Lebih banyak estrogen dimiliki seseorang wanita itu, lebih ramai anak yang mereka inginkan. Kami terkejut mendapat hasil kajian yang amat berkesan.”

Tahap estrogen didapati tidak berkaitan dengan usia sesuai bagi wanita memulakan kehidupan berkeluarga tetapi penyelidik percaya disebabkan mereka adalah pelajar universiti, maka wanita terbabit lebih fokus terhadap karier.

Dalam uji kaji kedua, kumpulan wanita muda berlainan ditanya mengenai keinginan mereka untuk mendapat anak selepas gambar mereka diambil.

Dr Miriam kemudian menghasilkan imej komposit wajah wanita dengan naluri keibuan yang paling kuat dan satu kumpulan lagi berdasarkan kepada wanita yang kurang berminat untuk berkeluarga.

Wajah wanita yang mempunyai naluri keibuan paling kuat dipilih mempunyai lebih perawakan kewanitaan oleh sekumpulan lelaki dan sukarelawan wanita.

Secara purata, wanita yang mempunyai naluri keibuan paling kuat mahukan 4.3 anak - lebih tiga orang berbanding mereka yang kurang berperawakan kewanitaan, lapor jurnal hormon dan tingkah laku.

Bagaimanapun, kajian itu mendapati bentuk wajah hanya mengambil kira sebanyak 20 peratus dalam pelan merancang keluarga oleh wanita.

Faktor sosial termasuk cara didikan dan wang turut mempengaruhi kecenderungan untuk memiliki lebih ramai anak.

sumber : METRO

09 March 2012

Pesanan Imam Al Ghazali tentang kawan





Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu ",

❤ Memberi salam apabila bertemu dengannya 
❤ Menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis 
❤ Panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya

sumber : wanwma

07 March 2012

Dah daftar sebagai pengundi?



Anda dah 21 tahun? Anda wajib untuk mengundi ! Seperti yang kita sedia maklum bahawa gelombang pilihan raya makin hari semakin hampir. Dan bagi yang mengikuti current issue pastinya kalian perasan terlampau banyak agenda kerajaan yang telah diuar-uarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.Dan sebagai anak Malaysia tanggungjawab tersebut haruslah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Tanggungjawab tersebut adalah wajib kepada umat Islam dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan - Mufti Pahang

"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, pengebumian terpaksa ditangguh sebentar bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada kisah itu, kita sudah dapat melihat betapa pentingnya pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, mengundi adalah fardu kifayah dan sekiranya ramai yang tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain. - Kosmo

Tidak pasti status mengundi anda? boleh semak status mengundi anda dan ...

  DAFTARLAH SEKARANG! TUNAIKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENGUNDI :p






Saya dah!!!anda bagaimana pula?

DJ Hot FM sah bercerai



Tahun 2012 sinar permulaan gembira buat beberapa pasangan selebriti yang baru berumahtangga dan mendapat cahayamata, rupanya ada cerita sedih yang berlaku kepada penyampai radio Hot FM dan pengacara Sharifah Aleya dengan bekas suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

Aku sendiri terkejut dengan berita perceraian ini sebab Leya dan Ashraf yang juga merupakan anggota Kumpulan Jam 11 dilihat sebagai pasangan bahagia atau loving couple. 







Nota kaki : Mungkin jodoh mereka dah tertulis setakat ini sahaja. Wallahualam!! 
Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka lebih-lebih lagi buat anak-anak mereka.

sumber:izyan

Special words to him



Kepada si dia tersayang diharapkan beliau sukakan video ini. Special dedicated to him!! Walaupun agak simple tapi percayalah nothing to say JUST WATCH IT!!

Before klik video sila stop kan lagu oke!



Nota kaki: Percubaan pertama setelah sekian lama tinggalkan alam video editing. 
ada oke tak korang? :p


06 March 2012

" SEGMEN AY DAN RR "


Cepat kawan-kawan boleh dapat lucky draw bernilai RM 100..Wah terujanya!!Kalau nak join klik jer kat bawah nie.Tak rugi join taw!!!



SEGMEN INI OLEH : AMALINA YAAKUB dan RAYHA ROZI !

Link segmen : Amalina

DUE DATE : 6 MAC-18 MAC 2012


Rasa tak macam dulu +__^


Entah mengapa hatiku rasa terusik pabila merasakan dia tidak seperti dahulu.Salahkah aku kerana mangabaikan dirinya.Bukan ini yang aku minta namun pabila emosi mengatasi logikal pasti tercetusnya perselisihan faham.Lumrah kehidupan begitulah alam percintaan pasti ada pasang surutnya perhubungan ini. Aku mengerti aku bersalah dalam hal ini kerna aku terlampau emo,pentingkan diri..Maafkan aku!!Aku sayangkan kamu!!

Ya Tuhan aku insan lemah dan tak terdaya merasakan sebegini.Masih ada perasaan cinta dan sayang kepada dirinya.Ya Allah hanya Engkau tempat aku memohon satukanlah hati kami seperti mana Engkau satukan Nabi Muhammmad dan Siti Khadijah.Amin Ya Allah.. 

Nota kaki: Hargailah insan yang menyayangi diri kita. Jika tidak pasti anda menyesal di kemudian hari.


05 March 2012

Tukar cbox ke fibox :p


Hai. selamat pagi semua..semoga semuanya sihat-sihat belaka.Alhamduillah kita masih diberi ruang untuk bernafas meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Hari nie aku nak inform officially tak guna cbox lama tue.Entahlah hati rasa tertarik mau menggunakan fibox.kenapa ya??

Namun cbox lame still simpan agi html sebab wisau nanti lame-lame kot-kot la fibox macam shoutmix kena berbayar pulak dah..Tak gituu..harap-harap tak lah ya!!

Sebab nak guna fibox

1.Nampak mudah,simple dan kemas
2.Mesra pengguna (rasa dialu-alukan untuk komen)
3.Menarik hehe :p



Bagi mereka yang rasa nak mencuba fibox nie meh la sesama kita sign up di fibox.Tapi rasanya aku jer kot agak ketinggalan dengan fibox.

cbox dulu:



fibox sekarang:


Masih sikit komen je!!haha

Okey..papai!!


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu