31 March 2012

Ku berserah padaNya



Hai semua selamat malam yea..rindunya nak menaip seharian suntuk penat bekerja mencari rezeki alhamdulillah dipermudahkan olehNya.Macam biasa excited kalau bulan dah dapat gaji  planning nak beli tuh beli nieh akan terlintas di fikiran ..tapi still bole control even AEON ada buat sale besar-besaran :p

Tapi akan diutamakan saving masa hadapan dan bagi parents duit..alhamdulillah Allah murahkan rezeki!.Aliran masuk harusss!!ok @@...Sebenarnya nak shair satu hal semasa hari kejadian temuduga.Macam-macam ada..Seperti sedia maklum aku dah pun selamat menghadirkan diri ke Majlis Perbandaran Ipoh (MBI). Untuk lebih lanjut klik sini..ok di situ aku belajar banyak perkara :p

Seawal pagi aku bersungguh nak bangun pagi sebab planning memang nak sampai awal.Mak abah datang menjemput memandangkan aku duduk di rumah sewa.Aku bole nak merempit pepagi buta memandangkan aku nie buta jalan atau bahasa lain tak tahu jalan aku pergi sekali dengan parents.

Sebelum 8.30am around 8.00 am dah sampai dengan berbaju biru lembut,tudung gelap dengan kasut dan beg tangan aku dengan confident datang ke tempat yang dimaksudkan..Masa tuh excited sebab 1st time dapat tebiu government kalau swasta tak yah cakap memang banyak macam guni.

Aku ingatkan mulanya standard r seperti dalam surat sebelum 8.30am rupanya ish....ish...macam nie la janji Melayu..aduii..tak per..pengalaman yang penting.Dan aku pun daftarkan diri dah tuh tengok dalam form nama dah bertaip ikut susunan sape dulu...tetiba biji mata aku membulat tengok nama aku 1st.Tak pernah dalam sejarah dapat temuduga orang pertama.

Tunggu punya tunggu sampailah 9.30 aku dipanggil masuk oleh penemuduga.Masyaallah gelora nervous makin terasa tapi alhamdullillah aku bole cool cuma agak terekat menjawab soalan.

Belum apa-apa penemuduga bertanya besar beg?aiiyakkk dalam hati besar ke tapi tak lah nampak besar..hehe..Mungkin penemuduga sengaja mengusik..ok never mind!!Then aku pun duduk macam biasa soalan 1st perkenalkan diri anda...bla..bla..bla..!!

Soklan lain-lain aku ingat sampai sekarang:

1.Pengalaman kerja anda?
2.Pernah tak mengetuai mana-mana acara sama ada pengerusi majlis, nyanyian yang menunjukkan anda berkomunikasi secara berdepan dengan audiens?
3.Kenapa nak kerja kerajaan?
4.Kenapa tak kerja dalam bidang yang belajar dulu?
5.Apa harapan anda?

Dan banyak lagi....!!!Ishhh..Ishhh aku rasa boleh setengah jam aku duduk dalam bilik tuh..Doaku secara positif jika itu rezeki ku pasti Allah akan permudahkan..Kalau bukan pun mungkin akan ada yang lagi baik daripada ini.



0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu