Bercakap pasal cinta terlalu subjektif untuk dirungkaikan.Ungkapan cinta itu terlalu luas untuk ditafsirkan melalui kata-kata.
Mengenai cinta sesama lelaki dan perempuan pernahkan kalian fikirkan mengapa cinta itu wujud? Mengapa bila hadirnya perasaan itu bagaikan dunia ini milik kita yang punya.Pernahkan kalian merasakan sebegitu ataukah hanya syok sendiri kowt!!:p
Bagi pendapat aku cinta itu terlalu indah.Apabila hadirnya perasaan cinta melahirkan pula rasa tanggungjawab dimana kesediaan seorang pasangan untuk bertanggungjawab terhadap pasangan lain.
Tanpa cinta tanggungjawab akan menjadi lesu. Tanggungjawab tanpa cinta seolah-olah tiada perasaan. Cinta dan tanggungjawab bergerak seiring dan tidak dapat dipisahkan. Senang kata cinta itu macam pekerjaan.Kita ada komitmen,ada tanggungjawab!!bukan gitu??
Cinta ialah makhluk Allah yang diletakkan dalam diri manusia sebagai pelengkap kepada insan
Firman Allah: Cintalah yang melahirkan tanggungjawab. Jika kita cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya maka kita akan bertanggungjawab untuk berkorban apa saja.
Nota kaki: Membina cinta sejati adalah datang selepas kesukaran, mengecapi terlebih dahulu iman di hati. Iman pula, adalah proses datang sesudah ditimpa ujian hidup yang tak putus, dan sabar sebagai pendinding kalis dugaan. Usah tinggalkan cinta utama, iaitu cinta Ilahi, semata-mata tidak tahan lagi untuk menagih cinta manusia. Ikhlas, antara bahan asas membina Iman. Keikhlasan memberi dan tidak menagih balasan.





Cinta itu tanggungjawab







2 Pelangi Cinta:
betul3
cik rosss:ya betol kan
Post a Comment