04 March 2012

Jodoh kita semenjak kandungan 4 bulan PART II


Haippp selamat malam semua...hepiii blogging ya :p peace!!! Masih ingat tak before nie aku ada kongsikan bersama mengenai hal ini di entri : Link disini
Situasi :

"Nina bila kau nak kahwin nie..mak jadi risau.!!kerjaya dah ada..abes takkan kau nak hidup sorang-sorang sampai ke tua".

Situasi tersebut sememangnya banyak berlaku pada zaman sekarang. Bagi yang belum bertemu jodoh usah terlampau risau mengenainya.Banyakkan usaha, berdoa dan berserah kepadaNya.

Mengikut hadis ditulis 4 perkara besar: (بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ )

1. Rezeki (kerjaya dan pendapatannya)
2. Ajal (umur berapa dia mati dan sebab kematiannya)
3. Amalannya (ibadahnya)
4. Kesudahannya (syurga atau neraka)

Contoh: Kelahiran Mr X... Maka malaikat pun tulis 4 perkara antaranya Mr X ahli neraka. Dalam pemahaman kita, bukanlah Allah zalim terhadap Mr X dengan menulisnya ahli neraka, tetapi malaikat tulis berdasarkan ilmu Allah.

Allah dah tahu Mr X  ini memang ahli neraka. Ini termasuk sifat Allah Yang Maha mengetahui, yakni Dia tahu kesudahan kita sejak azali lagi.

Penulisan dalam Lauh Mahfudz adalah penulisan umum dalam kitab induk manakala penulisan takdir umuri adalah penulisan sekali lagi khusus untuk setiap janin, ini personal record buat setiap anak Adam.

Malaikat yang menulis takdir umuri (penulisan takdir dalam rahim) perlu merujuk kepada Lauh Mahfudz terlebih dahulu.

إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوماً نطفة، ثم يكون علقة مثل ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يرسل إليه الملك فينفخ فيه الروح

Dalam hadis ini nabi menjelaskan peringkat-peringkat kejadian insan di dalam rahim ibunya. 
40 hari sebagai nuthfah-air mani, 40 hari sebagai  a'laqah- segumpal darah, kemudian 40 hari sebagai mudghah-seketul daging,selepas itu malaikat datang meniupkan roh ke
3 peringkat yang tiap-tiap peringkat selama 40 hari, 

Maknanya 4 bulan bersamaan dengan 120 hari 
40 hari x 3 peringkat= 120 hari = 4 bulan

-Wallahu'a'lam-


Berbicara tentang jodoh pula, sebenarnya langsung  tiada kena mengena dengan keturunan hanya belum sampai masa atau serunya. sahaja yang telah ditetapkan olehNya!

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidaklah begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus  apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. 

Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain.

Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. 

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sekiranya dia jodohku, dekatkanlah hati kami. Titipkanlah perasaan cinta kami terhadapMu lebih tinggi dari perasaan cinta antara kami" 

Amin!!

sumber: bicara forum

5 Pelangi Cinta:

Hidayah Maznan said...

Haish, masih single, belum bertemu jodoh..bila lah boleh kawin agaknya
*thinking*

mama lynn said...

moga jodohku kekal dengannya.. amin

mama lynn said...

moga jodohku kekal dengannya.. amin

Mrs Aya said...

hidayah:org cute comey cam awak single lagi..mesti fokus stdy jer nih..:p n jgn terlampau milih sgt taw!!

Mrs Aya said...

mama lyn:harap-harap begitulah ya..mudah-mudahan!!Aminn!!

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu