Bak kata orang tua bila bercinta semua indah bagaikan dunia ini milik kita yang punya.Namun begitu ada hal yang kita rasakan ianya pelik tetapi tidak sebenarnya dalam perhubungan cinta tersebut.Pernah tak anda mengalaminya dalam erti kata sebenar.Jom kita sharing apa yang pelik nye tuh!! :p
Layanan
Masalah ini biasanya dihadapi oleh wanita dimana pada awal hubungan layanan pasangan mereka kebiasaannya amat baik dan romantik. Tetapi ia akan menjadi semakin dingin apabila hubungan telah menjangkau satu jangka masa yang panjang. Perkara ini adalah sesuatu yang normal, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menangani masalah ini.
Penipuan
Setiap pasangan pasti akan pernah menipu atas sebab-sebab tertentu. Mungkin mereka terpaksa menipu untuk menjaga maruah diri sendiri ataupun orang lain, atau mereka dengan sengaja berniat untuk menipu anda. Penipuan adalah perkara normal didalam sesuatu hubungan, tetapi apa yang pelik adalah tahap penipuan yang mereka lakukan.
Jatuh hati terhadap orang lain
Sememangnya adalah fitrah semulajadi manusia mempunyai perasaan dan akan membuatkan mereka jatuh hati terhadap orang lain. Ia sememangnya suatu perkara yang tidak dapat dihalang. Tetapi apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk mengawal perasaan mereka. Sesuatu perkara yang dilakukan yang terlalu mengikut perasaan tanpa pertimbangan akal yang waras biasanya akan menghasilkan satu keputusan yang merugikan.
Tabiat buruk
Setiap manusia pasti mempunyai tabiat buruk yang menyebabkan orang lain tidak selesa termasuk pasangan mereka sendiri. Sekiranya anda sudah memilih untuk hidup berpasangan, anda semestinya sudah bersedia untuk menerima perkara ini dan tahu cara untuk menanganinya. Bukannya merungut terhadap perkara pelik yang ada terhadap pasangan. Anda perlu ingat bahawa bukan anda sahaja, malah semua pasangan perlu menghadapi masalah ini.
1 Pelangi Cinta:
pernah rasa la :(
Post a Comment