Aku menuju ke hospital hari nie seawal yang boleh disebabkan semalam doktor sempat pesan kat aku sebelum jam 12pm aku harus ambil darah lagi sekali. Aku fikir kalau datang terlalu lambat, mesti ramai pesakit tak terlayan aku ambil keputusan datang jam 9am.
Sampai jer perkarangan hospital aku terus menuju ke unit pesakit luar.Tak lama juga aku tunggu doktor suruh aku masuk dan baring di katil pesakit untuk ambil darah lagi sekali.
Semalam doktor cucuk kat area pergelangan tangan hari nie plak cucuk kat pelipat tangan..Eee amat mengerikan bila nampak doktor nak cucuk tapi aku hanya mampu pejamkan mata menahan sakit.
Dan lama juga aku tunggu keputusan semua hampir jam 11.15 baru selesai.Lebih kurang 2 jam menunggu.Dalam tunggu-tunggu tue aku tetiba terlelap sekejap.Then tetiba bangun dengar bising.Ada makcik bawa pakcik nie sebab suami dia kebas sebelah kiri.Selepas tue pulak datang seorang ibu dan anak kecil sakit asma..semput aku tengok budak tue..Then datang lagi seorang budak perempuan kakinya berbalut dengan darah sebab terpijak soket lama.
Masyaallah..macam-macam hal berlaku dalam sehari kan
Dan..seorang doktor perempuan yang agak ramah menghampiri aku
Doktor:Adik dah 5 hari demam ker?
Aku: Saya punya keadaan tak tentu mula hari 2 sakit kepala kemudian esoknya demam..then ok balik..sakit kepala..then demam mengejut semalam
Doktor: Ada rasa sakit sendi,cirit birit tak?
Aku: Ada jugaklah rasa sikit jer macam sendi tapi yang tuh sekejap-sekejap jer
Doktor : Selera makan ok tak..ada tak hilang selera makan?
Aku: So far makan ok jer tak ada masalah..
Then doktor tuh ada menerangkan kepada ku bagaimana dia tahu sekiranya aku nie kena demam denggi.Dia bacakan keputusan darah aku hari nie dan semalam.
Dan..satu hal penting aku harus sekali lagi datang ke hospital esok untuk ambil darah lagi sekali.Sebenarnya darah aku normal tapi doktor minta aku buat lagi sekali pemeriksaan "Adakah ada perubahan mendadak mengenai ujian darah aku.
So..aku MC besok dengan harapan agar aku sihat seperti sedia kala.Insyaallah!!





Doktor suspek demam denggi



























