13 April 2012

Hutang PTPTN



Isu pemansuhan PTPTN semakin hari semakin membimbangkan. Pemansuhan yang bagaimana? Iaitu “PENDIDIKAN PERCUMA” diperingkat tinggi iaitu di Universiti. 

Pelajar yang melanjutkan pengajian diperingkat tinggi tidak lagi menanggung beban hutang PTPTN dan menikmati pendidikan secara “PERCUMA”. Apakah motifnya dan dimanakah resolusinya atas penyelesaian hal ini?

Berbalik soal pemansuhan PTPTN adakah ia dilihat bersifat realistik ataupun semata-mata untuk kepentingan ideologi parti masing-masing.Jika dilihat dari sudut kepentingan ideologi parti sudah semestinya tindakan Anwar itu ada logiknya.Namun itu bukan persoalannya.

Jika kini PTPTN mengenakan kadar bunga tertentu bagi setiap peminjam PTPTN dan memang wajarlah polemik terhadap PTPTN dalam kalangan mahasiswa berkaitan langsung dengan “interest” yang dikenakan terhadap peminjam yang lebih lebih lagi bagi kita orang ISLAM, interest itu membawa erti “RIBA” yang memiliki maksud “HARAM” di dalam islam. 

Adalah lebih baik  jika hutang PTPTN ini dibayar hanya jumlah pinjaman pokok yang dipinjam dan tidak mengenakan “riba”. Jika ini berlaku, aku yakin peminjam tidak akan bising bising lagi akan isu PTPTN ini.

PTPTN dihapus?

Kalau PTPTN dihapus sudah tentu ia memberi kesan tanggungan yang besar oleh pihak kerajaan. Memanglah tanggungjawab kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan jaga kebajikan rakyat.Tapi kalau dah terlampau over, kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi yang lebih besar dan sudah tentu akan merencatkan juga pertumbuhan ekonomi negera kerana pengaliran keluar wang negara di tahap maksimum.okeh :p

Setuju tak korang?

Walaupun aku bukan peminjam tegar PTPTN tapi aku pernah lah merasa pinjam wang PTPTN tuh sekejap!! Masa tuh aku belum tau aku dapat scholarship JPA. Alhamdulillah..Dah dapat tajaan len compulsory lah kena bayar PTPTN tuh!!Sebut pasal riba die masyaallah kalau lambat jer sket kos pentadbiran makin meningkat.Sakit tol!!Now daa setel..syukur alhamdulillah!!

Walaupun aku tak terlibat secara langsung tapi aku faham lah orang yang pinjam PTPTN macam mana perasaan mereka..Kakak aku sendiri pun penin dengan PTPTN nih. Apapun tanggungkawab korang dah pinjam kenalah bayar balik

Itu saranan aku!!



Nota kaki: Semoga kerajaan ambil kira dengan serius isu interest PTPTN nie.Kalau boleh hapuskan terus!!



2 Pelangi Cinta:

CINTA UNTUK KITA said...

heheh tau tak apa.. dah pandai2 pinjam masa belajar, pandai la byr blik.. hehe adik kyra tu skrg tgh blaja pnjm 30k minta2 bleh byr nnti.. dlu kyra pnjmn KPT, tak ada bunga2 jadah tu pun.. huhu :)

Mrs Aya said...

kyra :wow 30k..macam pelaburan duit kete plak..apa pun insyaallah tanggungjawab itu pasti kene laksanakan

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu