Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

19 January 2014

Detik Indah

Assalammualaikum semua, syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah. Alhamdulillah selamat tahun baru 2014 pada 29 Safar yang lalu. Kita sudahpun menyambut awal tahun hijrah 1 Muharram 1435 Hijrah..woowww cepatnya masa berlalu..ungkapan alhamdulillah sekali lagi...syukurrr...

Tanpa disedari masa semakin singkat buat diriku..bermula dari ceritera alkisah tahun 2013 lalu..Banyak rupenye moment terindah dalam kamus hidupku..

3 Jun 2013 aku telah ditawarkan menjadi part of government servant..Impian yang satu-satunya menggunung tinggi selepas bergelar bekas siswazah!!itu adalah impianku bila rezeki dah didepan mata hanya ungkapan kata syukur ya Allah mampu dilafazkan...Allah makbulkan permintaanku ini membuatkan aku bermuhasabah seketika di kala aku mengharap dengan penuh semangat Allah memudahkan segalanya.Dan paling penting berbalik pada motivasi yang dipegang selama ini..

" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari Dia datangkan petir dan kilat Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Itu ungkapan kata-kata yang membangkitkan motivasi diriku untuk menjadi dan buat lagi baik dan sehabis baik.Alhamdulillah impian demi impian dapat aku capai dalam tempoh ini.Tanpa sokongan keluarga dan insan tersayang tak mungkin aku boleh mengecapi segala cabaran dan dugaan yang kuterima.

28 Disember 2013 Satu hal yang menjadi memori terindah dalam hidupku apabila bergelar sebagai tunangan orang. Tunang kepada incek boyfiee aku, MOHD RIDZUAN. Setelah berkawan hampir 7 tahun akhirnya aku dan dia mengikat ikatan janji sebagai persediaan untuk peringkat seterusnya.Alhamdulillah aku masih dengannya dan Allah permudahkan hubungan ini walau pelbagai dugaan kami hadapi tapi kami tetap kuat!!



4 Januari 2014 Yess..!!!kegembiraan di awal-awal tahun baru dan sempena hadiah hari lahir aku pada 3 Januari 2014 yang ke 27..Finally aku memiliki sebuah kereta..YAHOOOOOO^Hasil titik peluh sendiri dianggap sebagai bonus sempena tahun baru.Alhamdulillah syukur Allah permudahkan niat dan impianku satu persatu.Dan membuatkan aku senang dan happy akan perubahan ini..Terasa rendah dan kerdilnya diri ini.Semua hanya pinjaman tapi aku lega sebab aku mampu membuktikan bahawa aku boleh berdikari selepas nie...Walaupun bukan kereta idaman namun yang penting keselesaan bersama.


Alhamdulillah..syukran Ya Allah..semoga dipermudahkan urusan seterusnya..

22 November 2012

VIOS : Angan-angan ataupun kenyataan :p


Nak memiliki vios...tapi apakan daya mampukah aku berbuat sedemikian rupa.Ikutkan hati memang rasa nak memliki kereta sendiri.Tambahan pula hasil titik peluh kita kan.

Aku pun tak pasti sejak bila agaknya aku betul-betul suka akan kereta nie.Mungkin disebabkan aku tak suka bonet kereta like MyVi jadi cinta itu telah beralih arah ke vios.Bonet dia tak sekecil My Vi tapi comel amat agaknya sesuai kowt kalo perempuan yang bawa..haha










Yang vios di atas adalah vios yang aku suka tuh..tapi kereta terpakai la.since 2004-2005..Aku suka latest yang 2005 look smart cket!!Kalau nak beli yang kereta terbaru tuh sempot agaknya..ini pun tengah fikir bolehkan aku..kalau aku beli yang nie rugi tak..berisiko tak.??

Maklumlah tak tahu menahu tentang kereta nie..tapi tak apa nie pun try2 tengok market survey okeh!!


31 December 2011

Azam baru



Tinggal beberapa jam saje kita nak melabuhkan tirai yang penuh bermakna..bermaknakah sume ya!! Apapun selamat tinggal 2011 selamat datang tahun baru 2012. Bercakap pasal azam nie kan kalau ditanya setiap orang mesti ada azam yang nak digapai untuk tahun baru ini.

Azam aku sudah semestinya agak lebih complicated tahun 2012!!
Semoga:



  • Dapat terus menerus saving setiap bulan sehingga ke angka 10,000
  • Dapat memiliki aset penting..aset apakah..biarlah rahsia!!
  • Dapat mendirikan rumah tangga kelak..
  • Menjadi insan yang lebih baik dan memantapkan  lagi ilmu akhirat dan duniawi


Mudah-mudahan..

11 November 2011

11.11.2011



Hai semua..haaa hari nie angka cantik 11.11.2011.So sweet untuk mereka yang lahir pada tarikh nie ataupun sambut hari bahagia bersama insan tersayang.Wah..Wah..Wah..Bermillion tahniah buat mereka ya!

Untuk hari nie aku tak ada apa yang best untuk dikongsikan cuma aku rasa tak sabar untuk berhijrah.Lets go baby..

LETS GET CRAZY +___+ 




1.Dapatkan follower blogging ke 150 sebelum akhir tahun 2011

2.Merasakan pertukaran angin kerja

3.Menyimpan dan terus menyimpan untuk masa depan





06 November 2011

Masa depan datang sendiri

Hati mana yang tidak inginkan apa yang diimpikan dapat dicapai dalam hidup.Aku sering memikirkan bahawa itu akan menjadi hal yang dapat dipenuhi mudah-mudahan suatu hari nanti.Namun aku tidak harus menjadikan itu alasan untuk aku tidak terus berusaha dan aku juga perlu membuktikan semua itu boleh dicapai.
Satu hal yang penting untuk semua:


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:

....sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan...

Oleh kerana itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi!

Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba; belum berwujud dan tidak memiliki rasa dan warna . 


Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengan atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan?

Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu? 


Boleh jadi kita akan berhenti jalan sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan boleh jadi pula, kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.

Mereka yang menangis sedih menatap masa depan, adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi. 


Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di "genggaman yang lain" tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar apabila justeru menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak diketahui secara pasti hakikatnya.

Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya; janganlah anda menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula anda menunggu waktu itu.

Kekuatan aku kini hanya berdoa berusaha dan berserah segalanya ditentukanNya.Mungkin ini semua ada hikmah.


















23 September 2011

Nak dia!! +____@


Impian memilikinya tidak semudah  untuk digapai manakala harapan memilikinya tidak seindah kita inginkan.Namun kehidupan harus diteruskan berbaki semangat yang ada.Apakah motip aku sebenarnya nie??Kenapa aku nak dia??

Yang sebenarnya kawan-kawan aku mahu dan teringin sangat memiliki Suzuki swift 1.5 sport dimana ini salah satu harapan aku.Dapatkah aku memilikinya ya?Ya atau tidak??(Sila angkat kaki jika anda setuju..hehe)
Lagipun, semua orang mempunyai keinginan kan?begitu juga aku.Aku jatuh cinta dengan Suzuki Swift  nie dah lama sudah since aku berada di universiti lagi.Even now rasa macam teruja sangat andai dapat memilikinya dengan segala hasil titik peluh aku.Moga-moga..+____^

Nampak macam cute sangat sporty jer kalau perempuan yang drive..Wahhhhh best nya!!Tapi harga pun kena cantik jugak la kan..Apapun..wait and see@@..

Suzuki swift  aku cinta kamu..hahahaha..!!!




























16 April 2010

LU PK LAH SENDIRI


Rasa cepat masa berlalu pejam celik pejam celik dah pun selamat menghabiskan sisa di universiti nie..urmmm..alhamdulillah inilah yang aku impikan selama ini.syukur sangat2 impian itu bukan sekadar mimpi malah menjadi realiti.

Namun tatkala memikirkan rasa lega kerana dah pun menamatkan pelajaran ntah rasa macam sedikit berat hati untuk meninggalkan alam universiti.Bagi aku ia adalah satu anugerah sungguh bermakna bagi diriku..Yela bukan calang-calang orang dapat masuk kan?Jadi sememangnya satu pengalaman berharga buat diriku.

Sha lalala..lalala...

TAHNIAH LER AYA!!Bila diingatkan kembali saat-saat berada di alam universiti rasa..SAKIT,PAHIT,MANIS,TENSION macam2 laa.Memang tidak dinafikan ada satu tahap macam giler jer..haah..!!Apa pun alhamdulillah itulah asam garam seorang pelajar. Nak tak nak kene la hadapinye kan??

Lepas nie fokus pada kerje plak yea..heheh..so dah xmerasa la kuliah dengar lecturer pok pet....urmmm mesti rindu saat itu.Mesti rindu jugak pada kawan2..Pas nie masing-masing bawak diri kan..

REALTINYA :p

Berada diluar sana.Aku harap impian aku selepas ini jugak akan termakbul...AMINN







Semua di atas angan-angan atau realiti suatu masa nanti???


 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu