Tanggal 29.8.2014 Jumaat 3 Zulkaedah 1435 H Alhamdulillah aku selamat diijabkabulkan dengan insan yang aku sayangi MOHD RIDZUAN BIN SUKRI.Hanya ungkapan alhamdulillah mampu diucapkan di atas nikmat yang Kau berikan.Ya Allah..aku bersyukur kerna aku disahkan menjadi milik suamiku insan yang selama ini telah banyak bersabar melayan macam karenahku.
Yang pasti insan yang paling gembira ialah aku.Terlalu banyak kenangan kami lalui bersama dan hari ini aku dan dia sah menjadi suami dan isteri.Aku dinikahkan oleh abahku SAYED HASSAN BAKRI BIN SYED AYED selepas solat Jumaat.Majlis berjalan dengan lancar dengan kedatangan rombongan mempelai untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah.
Aku lebih tenang menghadapinya dan kami sepakat akan menjaaga ikatan yang suci ini hingga ke jannah.Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment