Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

08 May 2014

THROWBACK:RAYA 2013

Raya dah lepas..hanya gambar menjadi kenangan
Syukur alhamdulillah masih lengkap keluarga kami
Cuma tanpa 2 orang kakak yang beraya di rumah mentua







LOVE ALL and SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



02 September 2012

Raya 2012





Alhamdulillah SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI untuk bloggers semua. Rasa-rasa dah hampir lama raya sudah menjelang namun baru berkesempatan untuk menulis dalam blog kesayangan ini.

Syukur ke hadrat ilahi dapat bersama-sama menyambut aidilfitri dalam suasana yang cukup sederhana. Ini sudah pun memadai. Bagaimana pula dengan sambutan hari raya korang semua. Semoga semuanya lebih indah dan meriah di samping meningkatkan erti kesyukuran  di atas limpahan rahmatNya.

Raya tahun ini masih berusaha memberi yang terbaik duit raya kepada adik-adik dan lebih utama kepada parents. Alhamdulillah rezeki tahun ini lebih jadi tak salah untuk memberi kepada yang memerlukan

Namun tatkala rasa seronok memberi duit raya tak lupa juga insan lain yang lebih prihatin kepada diri ini memberi duit raya walaupun status bekerja sudah pun sebati dalam diri. Alhamdulilah

Dengan ini diharapkan raya tahun ini marilah kita saling bermaafan serta meneruskan tradisi kunjung mengunjungi ..semoga dengan ini akan meningkatkan lagi ukhwah antara kita sesama muslim


20 July 2012

Selamat berpuasa :p




Abaikan gambar dia atas!!!

Haiii bloggers semua

Pejam celik dan pejam celik..masa begitu pantas dan kini tibalah bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan


Persiapan berpuasa untuk aku kali nie tiada apa-apa..seperti sedia maklum aku hidup membujang dengan kengkawan disini.Ermmm nak balik kg pun tak sempat atas komitmen kerja.Tak per hujung bulan nie aku akan berada dirumah okeh menyambut puase bersama famili..yeahhh!!!


Semoga di kesempatan ini dapat kita tingkatkan ibadah kita kepadaNya..mudah-mudahan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.Penuh rasa syukur Alhamdulillah Allah bagi kesempatan buat diriku untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini bersama teman-teman dan keluarga. Semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan tidak terhingga ke atas diriku dan keluarga.


Insyaallah!!


Akhir kata sebelum mengundurkan diri:


Just nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK!!
semoga ibadah kita akan dipermudahkan Nya!!

04 February 2012

Maulidur Rasul


Dulu-dulu masa zaman sekolah rendah 
Ustazah akan suruh kami selawat untuk nabi
Bestnye time tue..
Sama-sama muafakat dan bergembira menyambut Maulidur rasul
Masa sekolah menengah pulak 
Aku ingat lagi ustazah minta aku jadi ketua nasyid untuk lagu junjungan mulia
Mak aiihhh.. 
Masa tue kire 1st time jugak 
Mengetuai kumpulan nasyid dengar satu dewan sekolah
Sekarang tinggal kenangan..




Esok semua dah tahu!!!
Hari Keputeraan baginda Rasulullah S.A.W
Sama-samalah kita menghayati perjuangan baginda
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad S.A.W

Korang mesti familiar dengar lagu nie..kalau dihayati betol-betol rasa nak nangis
Sayangnya aku pada Rasulullah..

Tercipta satu lembaran sejarah 

Di tanah suci kota Mekah 
Hari yang mulia penuh s?adah 
Bermulalah sebuah kisah 

Malam Isnin subuh yang indah 
12 Rabiul Awwal yang cerah 
20 April tahun gajah 
Lahirlah zuriat yang s?adah 

Abdullah nama bapanya 
Siti Aminah ibunya 
Riang gembira menyambut tiba 
Lahirnya putera yang berbakti 

Keadaan yatim anak mulia 
Lahirnya bawa cahaya 
Alam derita jadi gembira 
Terima junjungan mulia 


26 November 2011

Salam Maal Hijrah


Alhamdulillah segala pujian bagi Allah kerana kita masih lagi diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan melangkah ke tahun 1433 hijrah pada tahun 2011. Esok 1Muharram bermulalah permulaan tahun bagi kalendar umat Islam

Nabi s.a.w. bersabda :

"Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah" (HR Bukhari 6484)

Oleh itu, kawan-kawan bersempena MAAL HIJRAH, sama-samalah  kita bermuhasabah melihat kembali segala kesilapan yang telah dilakukan dan berazam untuk berhijrah dan berubah untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Penghijrahan adakalanya memang terasa perit namun itu semua bukanlah ukuran kerana perit itu pasti akan meningkatkan rasa syukur pada Allah.Setiap ujian yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri

Bagi aku sempena Maal Hijrah ini banyak yang ingin dicapai seterusnya dapat mempertingkatkan keyakinan diri menjadi lebih baik dan berusaha menjadi terbaik.

Aminn







Teringat kembali semasa zaman sekolah selalu aku menyanyikan lagu Hijrah.Jommm korang kita menyanyi bersama-sama.Hayati sama-sama



"Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan nabi dan umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu permulaan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

HIJRAH



05 November 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha



Assalamualaikum kawan-kawan yang aku sayangi sekalian.Hah ngah watpe mengacau dodol?memasak rendang?Menonton tv atau korang tengah goyang-goyang kaki saje sambil menghirup udara segar.Hari nie aku seronok sebab balik kg lagi.Hoho balik kg Hoho balik kg..yupp aku tenang di kg jauh dari hiruk pikuk di kota.

Alhamdulillah ya esok umat islam bakal menyambut HARI RAYA KORBAN yea..So besok jangan lupa macam biasa mandi sunat Aidiladha.Dan seterusnya boleh pergi ke masjid-masjid untuk sunat hari raya Aidiladha.Macam sekejap jea massa berlalu kan 3 bulan lepas HARI RAYA AIDILFITRI.Jadi syukur ke hadrat Ilahi umat islam akan menyambut raya korban ini.

Owhhhh besok aku rasa 100% aku tak turun ke padang untuk sesi penyembelihan lembu.Gerun aku..Aku memang tak sanggup tengok nanti aku kesiankan lembu itu.Mak cakap kalau kita kesiankan lembu itu nanti kita tak boleh makan daging lembu itu.Itu salah sebab aku tak boleh melihat lembu itu disembelih sebab masa kecik-kecik aku tengok lembu itu meroyan nak disembelih aku kesiankan lembu itu.Aku tak sanggup.

Kawan-kawan sekalian apa pendapat korang?


Lembu oh lembu



Baik punye...



Allahuakbar



19 September 2011

MALAYSIAKU merdeka ku


SELAMAT HARI MALAYSIA … Malaysia berdiri gah di mata dunia.Aku bangga jadi anak Malaysia..Tahniah Malaysia!!!

Tarikh 16 September 1963 ini peristiwa penting Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia ye kawan2..

Namun ini juga sambutan perarakan kemerdekaan kerana Hari Raya Aidilfitri 1432H di sambut serentak dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun pada 31 Ogos yang lalu

MERDEKA!!!MERDEKA!!MERDEKA!!!

Aku anak Malaysia
Aku anak Malaysia
Aku anak Malaysia…

Sebagai rakyat Malaysia aku mengharapkan negara Malaysia aman makmur dan sejahtera.

Pemimpin-pemimpin Malaysia menjunjung demokrasi dengan melaksanakan pemerintahan dengan adil dan saksama.(ayat skema)






09 September 2011

Raye 2011 Oii


Hai sume..Selamat Hari Raya Aidilfitri..minal aidil wa faizin..diharapkan sempena menyambut syawal yang penuh bahagia ini korang sume always heppi bergumbira dengan family tersayang..Hari raya adalah HARI KEMENANGAN BUAT UMAT ISLAM dalam memerangi hawa nafsu dalam tempoh sebulan..Alhamdulillah!!

Hari raya 2011 ini aku menyambutnya secara bersederhana.Tidaklah sampai bermewah semua.Baju tahun lepas pun masih ada lagi.Tanks for my mom siapkan baju raye aku sepasang sahaja tahun nie ..:p..itupun sudah memadai.

Raya nie gak dalam usia 24 tahun nie masih ada insan yang sudi memberikan aku duit raya..TERIMA KASIH sume walaupun semua maklum aku dah bekerja.
(padahal just RM31 jer kowt)

Hari raya pertama aku &family berkunjung ke rumah sanak saudara sekalian.Almaklumlah yang jauh kita dekatkan yang dekat nie plak saling kunjung mengunjung.So dapat meningkatkan ikatan ukhwah sesame kita.Tetapi tidak juga lupa yang telah tiada..

Raya ketiga yang lalu kami satu family berkumpul meraikan hari keluarga sebelah my mom.Ini adalah salah satu platform kami mengenali lebih dekat sanak saudara yang lain. Sebelum nie jumpa tapi xde plak sampai nak bertegur sape.

Raya keempat plak diadakan kenduri aqiqah dan doa kesyukuran terutamanya untuk cucu SALMA & SYED HASSAN BAKRI.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Huhu macam raya artis plah haa..ciap da event setiap hari raye!! amboii tu dia..

Dan finally my bf datang beraye in my house..!st time..
ZASSSssss…


Wif my sis no 5


Chinese gurl Irdina

Pasangan sehati sejoli..Mereka juga beraya sakan..duit raye berbungkus-bungkus
ciap tapaw agi..

Time Family Day..memperkenalkan keluarga kami

TARAA..dpt angpaw dari moyang..RM10 untuk belum berkahwin

Anak-anak moyang aku~hujung kanan my grandmother

Moyang bersama cucu-cucu beliau~

Moyang bersama cicit-cicit beliau..termasuk aku..hee..

Gambar moyang bersama piut miut..TIADA..Ada dalam 5 org piut beliau termasuk my niece (tgh tido time 2)


Ahaa..yg bertudung maroon 2 maksu aku bersama anak buahnya merangkap adik mak aku..dia adalah sebaya aku
(jgn x percaya):p
                                                                                 

Aik??..yaya & atok


Posing  jgn x posing Yong and Nyah..
                                                                                   

28 September 2010

Raye 2010














Yeay Raye!!sempena Syawal yg mulia nie saye nak ucapkan lah CAMAT HAGHI GHAYE MAAP ZAHIR BATIN pada sume ahli keluarga saye mak, abah, yong, nyah, emi, atie, syirah n thaqif...xlupe juge pada abang ipar saye yeop n abg zul

And paling seronok raye nie !st time dapat bersame dengan anak buah 2 orang...
Nurizs Sofea (yaya) n Damia Irdina (Mia).(bertambah ahli perempuan yeaaa...) 

And paling special tentunya my cyg wan


Tidak lupa juga  pada moyang saye di kg, opah saye di Gombak,sedare mare len, sepupu sume lah..bau2 bacang ke di seluruh Malaysia n JUGAK kepada teman2 seperjuangan saye lah bermula dari tadika,sek rendah, sek men n also UNIVERSITI.Mis u teman2.

Muahahaha....
Semoga di hari yg mulia ini merapatkan lagi ukhwah antara kita...

Salam Lebaran :p

31 August 2009

Merdekakah kita???


“Kedewasaan membentuk diriku seiring kedewasaannegara yang berwawasan
1 rukun, 1 kebebasan untuk semua.”


MERDEKA!!!


Bukan sekadar diungkapkan dibibir,


Tetapi MERDEKA membawa makna besar dalam 


kehidupan sehingga ke hari ini


Keramat 31 Ogos 1957,

menjadi satu tarikh bersejarah ,


Namun adakah kita menghayati apa sebenar makna kemerdekaan yang dicari?


adakah diukur dari sudut materialisme semata-mata?


adakah bebas dari penjajah itu MERDEKA?


Namun walhalnya, minda kita juga harus MERDEKA


memupuk MINDA KELAS PERTAMA !!!!


Dalam realiti kini,


Kita harus sedar,


Kita harus bijak menilai dan memilih,


Jalan benar dan salah,


Jika tersilap langkah


Pasti kemerdekaan tiada makna bagi diri kita ,


Renung-renungkanlah.... !!!

"Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 52 tahun MALAYSIA"




 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu