Alhamdulillah segala pujian bagi Allah kerana kita masih lagi diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan melangkah ke tahun 1433 hijrah pada tahun 2011. Esok 1Muharram bermulalah permulaan tahun bagi kalendar umat Islam
Nabi s.a.w. bersabda :
"Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah" (HR Bukhari 6484)
Oleh itu, kawan-kawan bersempena MAAL HIJRAH, sama-samalah kita bermuhasabah melihat kembali segala kesilapan yang telah dilakukan dan berazam untuk berhijrah dan berubah untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Penghijrahan adakalanya memang terasa perit namun itu semua bukanlah ukuran kerana perit itu pasti akan meningkatkan rasa syukur pada Allah.Setiap ujian yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri
Bagi aku sempena Maal Hijrah ini banyak yang ingin dicapai seterusnya dapat mempertingkatkan keyakinan diri menjadi lebih baik dan berusaha menjadi terbaik.
Aminn
Teringat kembali semasa zaman sekolah selalu aku menyanyikan lagu Hijrah.Jommm korang kita menyanyi bersama-sama.Hayati sama-sama
"Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan nabi dan umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu permulaan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
HIJRAH
1 Pelangi Cinta:
JOMlah kita berhijrah beramai-ramai.
Post a Comment