Aku memang cemburu..cemburu melihat kejayaan orang lain.Memberi pendorong dan kekuatan untuk berusaha menjadi lebih baik.Aku tidak mencemburui untuk berbuat jahat malah aku cemburu sebab aku juga mahukan apa yang diingini dapat dicapai.
Walaupun sehingga kini aku masih tidak mendapat apa yang aku impikan aku tidak menjadikan halangan menggapainya adalah satu masalah besar dalam hidup aku.Semua perkara adalah tidak mustahil melainkan BERUSAHA!!!
Aku percaya bahawa rezeki belum sampai..aku hanya boleh menanti dan terus menanti
Kita juga tak boleh lari daripada manusia diluar sana sering busy body.Terlalu mengambil berat..(Beratkah)
Dahulu apabila keluar result STPM
'U dapat result STPM berapa?
Lepas result UPU diumumkan
'U dapat universiti mana?
Lepas keluar universiti
'U keje apa skang?Kat mana?
Dah dapat keje
'U bila nak beli kereta?
Dah ada kereta
'U bila nak kawen nie?
Semua itu pasti ditanya selagi aku belum menjadi manusia yang melalui fasa tersebut.Hanya aku yang tahu jawapannya selagi belum sampai janganlah dipaksakan diri kerana pasti akan merana diri.
Percayalah rezeki masing-masing adalah kehendak Allah S.W.T..
Teruskan berdoa tabahkan hati kuatkan semangat
Kepedihan di hati hanya Dia yang tahu
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment