Hai semua..hari nie nak share beranak bulan 1.Hehe..ok nak tanye sape lahir pada bulan 1 atau Januari sila angkat tangan korang!!Macamlah nampak yea korang angkat tangan
Ok letak tangan semula..
Aku salah seorang insan makhluk Allah yang lahir pada bulan 1 daripada ber ber million makhluk di bumi indah ini.Bagi korang sekarang tahu tak rahsia bulan kelahiran korang sekarang sebab diri kita SEKARANG dipengaruhi faktor bulan kelahiran juga.
Nak tahu rahsia bulan kelahiran Januari iaitu bulan aku beranak ataupun sama dengan bulan korang!!
1.Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Aku:Dari kecil sampai sekarang aku memang suka pasang impian mahu belajar sampai ke menara gading.Dan secara serius aku berjaya menempuhinya dan tak pernah rasa jemu untuk belajar dan belajar
2.Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Aku:Ini memang aku suka perhatikan dimana aku suka tengok kelemahan orang lain tapi aku bukanlah pengkritik secara terang-terangan.Just tengok aje
3.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Aku:Satu pujian ikhlas untuk my self aku seorang yang rajin segalanya baik dari belajar ataupun bekerja.Itu adalah kepuasan untuk aku
4.Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Aku:Cantik,kemas dan teratur memang main thing aku selalu tekankan.Persekitaran kemas dan teratur membuatkan diri aku tenang dan damai.Tak adalah berserabut berfikir
5.Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Aku:Satu hal yang amat berat aku seorang yang sensitif mudah terasa namun walaupun aku suka nangis dan cepat nak merajuk aku kadang-kadang boleh cool at the same time aku suka berfikir dengan mendalam contoh kalau aku sedih aku nangis aku mesti melayang berfikir rindu kat allahyarham atuk sebab dulu aku rapat gak la dengan atuk
6.Pandai mengambil hati orang lain.
Aku:Haaa bila aku nampak orang lain bersedih or apa aku boleh cool down kan dia dan suka mengambil berat antara satu sama lain.Kiranya aku boleh bertimbang rasa orangnya
7.Pendiam kecuali telah dirangsang.
Aku:Kalau aku diam aku amat-amat pendiam susah sangat nak cakap seolah-olah ada emas dalam mulut tapi kalau kawan-kawan mula pot pet pot pet aku apa lagi join sama lah
8.Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Aku:Ala macam malu-malu kucen plak.Tapi kucen pun tak malu macam aku kowt.Aku seorang yang pemalu kalau sedara datang malu kadang-kadang nak tonjolkan muka
9.Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Aku:Disiplin tinggi menjadi satu pegangan dalam hidup aku.Perkara itu dah jadi wajib dalam kamus hidup aku
10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Aku:Acccchummmm...mudah sangat nak diserang selsema aku sihat sebenarnya tapi selsema senang nak dapat demam pun susah
11.Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Aku:Hehe..aku nie romantik orangnya tapi nak mempamerkan tue dikira failed la jugak
12. Cukup sayang pada kanak-kanak.
Aku:Betol betol betol..aku sukakan kanak-kanak dan cukup sayang pada mereka terutama anak buah aku yang cukuplah nakal dan bijak nieh
13.Suka duduk di rumah.
Aku:Tepat sekali..aku suka habiskan masa kat rumah sebab rasa best duduk rumah.Aku bukan kaki jalan
14.Setia pada segala-galanya.
Aku:Cakap pasal setia nie aku nie cukup setia pada sesuatu benda,orang pun yeaa.Benda contoh macam kasut kalau kasut tue elok lagi aku akan pakai dan pakai lagi orang pulak setia pada my BF la
15.Perlu belajar kemahiran bersosial.
Aku:Kadang-kadang aku tidak pandai nak bersosial cara berkesan..ermmm itu kelemahan aku kena banyak belajar
16.Sifat cemburu yang sangat tinggi.
Aku:Sangat cemburu tengok orang lain terutama cemburu kat BF..hehe
Jadi korang semua macam mana..Lahir bulan apa?boleh kita share sama-sama
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment