October coming dah mula rasa nak geleng-geleng kepala.OMG...Tidakkk!!!Kesukaran dan kecelararuan akan bakal terasa ditambah lagi tinggal lebih kurang 6 minggu lagi nak bersedia mental dan fizikal bagi opening store AEON Seri Manjung!
Haha tentu kalian agak pelik kan.Kenapa aku macam jadi seorang yang tidak tentu arah tuju.Aku sekarang bekerja dalam industri retailing yang mane kesibukan adalah di bawah pengaruh tidak menentu.Ya!! tentu kalian faham kan?cuti tak lah boleh diambil sesuka hati tambah-tambah hari weekend.
Kami bukan keje kerajaan.Government lebey senang la kan!Apa pun just terima rezeki yang ada depan mata daripada menganggur tak menentu yang penting bebanan akan berkurangan. Dapat duit gaji boleh simpan bagi mak abah dan buat perkara yang sepatutnya.Betol tak kawan-kawan??
Dan currently aku masih berusaha nak mencari rezeki sedaya mampu dan di satu masa juga aku rasa tidak pasti dengan pilihan yang ada ini.Adakah ini akan berkekalan selama-lamanya dalam retailing ataupun akan ada peluang lagi baik yang akan aku peroleh.
Kadang-kadang aku akan menangis sendirian pabila bermuhasabah diri ini seketika.Sebab aku rasa banyak kekurangan dalam diri ini yang perlu aku tingkatkan dan selami dalam-dalam.Aku bukan menyesal dengan pilihan yang aku buat.Kalaulah ada lagi baik aku akan pergi membuat pilihan yang itu.Tapi apakan daya kita manusia..Orang akan cakap "Kita hanya mampu untuk merancang tapi Allah akan menentukan segalanya" Tak gitu?
Berbalik pada realiti aku hanya mampu untuk berfikir secara positif.Aku akan kuat demi family aku.Insyallah kesenangan itu mungkin akan aku peroleh satu masa nanti.Aku tak mahu jadi manusia alpa dan lalai dan diharapkan perjalanan hidup aku dipermudahkan Allah.
Aku menangis bukan sebab aku tak bersyukur.Aku hanya mahu aku sentiasa beringat bahawa kalau aku sedih Allah Maha Mendengar. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku.
"Ya Allah kau berkatilah perjalanan hidup hambamu.Dan Kau limpahkan lah rezeki beliau dan keluarganya.Amin ya Allah"
1 Pelangi Cinta:
insyaallah......rajin usaha rezeki murah
Post a Comment