Aku sempat mengikuti Forum bicara remaja siri 2 di Pusat Pengajian Sains Komputer USM baru-baru nie..Haha maklumlah cuti sementara minggu exam bermula..Macam best jer isu forum nie
MAHAR SI DIA isu yang menarik untuk dibincangkan seiring dengan zaman sekarang.
Mahar atau kata lainnya mas kahwin merupakan pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah hukum syarak' oleh suami kepada isteri pada masa diakadnikahkan sama ada berupa wang( cash atau hutang atau tanpa cagaran) menurut hukum syara'.
Masyarakat ramai beranggapan bahawa kadar mahar yang tinggi adalah berdasarkan kepada nilai seorang wanita tersebut melalui taraf akdemiknya maka
"Semakin tinggi tahap pencapaian akademiknya maka pihak lelaki haruslah memberi nilai mahar yang tinggi kepada wanita tersebut".
Namun tanggapan ini adalah silap dan sesuatu yang tidak sihat.Ia seolah-olah melihat golongan wanita itu dijual dengan nilai harga berdasarkan taraf tersebut.
Dalam islam sendiri ada menyatakan agar kita mengambil jalan tengah dengan tidak meletakkan mahar yang terlalu tinggi dan tidaklah pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar)
-HADIS-
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap bakal isterinya selain mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami unuk hidup bersama dan berkorban demi kesejahteraan rumah tangga.
Namun mahar tidak termasuk dalam rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Namun pemberian mahar ini adalah sesuatu yang wajib.
Isteri berhak untuk mendapatkan mahar apabila akad nikahnya sah.
Mahar ini adalah milik isteri dan tidak boleh menggunakan untuk hal lain kecuali dengan keizinannya.
Jika kita lihat kadar mahar kini ada yang ditetapkan mengikut negeri masing2 dan kadar ini adalah berbeza mengikut negeri.
Pemberian mahar tidak sama dengan wang hantaran dan wang hangus. Kedua-duanya lebih berupa adat dan apa yang penting pemberian mahar itu sendiri.
Selain itu, dalam forum tersebut ada menjelaskan bahawa 3 perkara yang kita tidak boleh legahkan adalah pertama solat, kedua membayar hutang dan ketiga adalah sekiranya kita menemui mereka yang sekufu dengan kita maka hendaklah disegerakan.
Kahwinilah wanita itu kerana tiga perkara pertama harta (bukan wang ringgit dan ukan sesuatu yang bersifat materialistik) kedua keturunan dan ketiga agamanya.
Namun apa yang penting sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan selidiklah siapakah bakal suami anda atau bakal isteri anda terlebih dahulu.
Wanita diciptakan sebahagian daripada tulang rusuk lelaki. Mengapa sedemikian mengapa tidak di kepala dan mengapa tidak pula di kaki.
Jika dikepala wanita bukanlah untuk dijunjung dan diagung-agungkan dan di kaki pula wanita bukan lah untuk disepak diterajang namun wanita diciptakan sebahagian tulang rusuk lelaki supaya merasa dekat di hati.
Wallahualam
"Ya Allah sekiranya dia adalah insan yang kau ciptakan untukku dekatlah dia dengan hatiku dan kurniakanlah kami rahmatmu di atas landasanmu yang benar dalam mendapat redhoMu Ya Tuhan, namun sekiranya dia bukanlah jodohku yang Kau telah tetapkan semenjak aku berada di dalam perut ibuku jauhkanlah dan padamkanlah dia dalam hatiku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambamu ini ya Tuhan"Amin Ya Rabbalal'amin".
0 Pelangi Cinta:
Post a Comment