19 January 2011

FB nak tutup???

Kecoh satu dunia apabila berita mengenai FB akan ditutup pada 15 Mac 2011.
Pengasas FB Mark Zuckerberg mengatakan beliau bertindak demikian atas sebab laman sosial berkenaan memberikan banyak tekanan dalam menguruskan syarikat.


Jadi jalan mudah Mark membuat keputusan untuk menutup akaun berkenaan. Ini bukanlah berita pertama yang menggemparkan. Bagi aku sebelum nie pun berita yang sama pada tahun lepas FB nak tutup pada tarikh tersebut. 


+_____________^


Benarke...betoike?ishhhh apa nak jadi nie..???


Aku pun merasa agak heran jugak mengapa berita ini menjadi satu wabak penyakit kepada masyarakat dunia.Panik situation betol.


Yelah ramai yang menggunakan FB.Dengar nak tutup kecewa 1 dunia pulak dah.Ibarat tak boleh hidup tanpa FB!!Pada pandangan aku la..kalau tutup pun FB apa salahnye banyak lagi pilihan lain like Twitter, Friendster (apa agi yea)...kan..kan...kan..?


Namun, JOMM fikir secara logik ! Facebook tidak akan mudah  ditutup begitu sahaja kerana:


1. FB bukan hanya milik Mark sahaja, tetapi beliau juga mempunyai rakan-rakan niaga dan juga pelabur (funder). Untuk menutup perniagaan FB, Mark perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak tersebut. Malah perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Ia tidak semudah itu kerana keputusan bukan hanya di tangan Mark sahaja.


2. Tiada pengumuman rasmi oleh pihak Facebook seperti melalui blog mereka. Ini adalah saluran paling rasmi dan boleh dipercayai.

3. Perniagaan Facebook bernilai billion ringgit (USD). Mana mungkin bisnes ini ditutup begitu sahaja. Jadi ia tidak perlu ditutup, sebaliknya pegangan saham oleh Mark boleh dijual atau dikurangkan jika benar dirinya tidak mahu melibatkan diri lagi.

4. Jika Mark mahu berhenti daripada tekanan kerja, beliau tidak perlu menutup FB, sebaliknya hanya cukup menarik diri (meletak jawatan) dari Facebook. Kemudian tetap mempunyai Share (pegangan saham) di mana walaupun beliau tidak bekerja, beliau tetap akan mendapat berjuta-juta USD.

 5. FB dah membesarkan pengaruh diorang ke seluruh dunia. Mana taknya , sekarang ni kebanyakan website menggunakan FB sebagai alternatif untuk login . Sebagai contoh , jika korang tak de akaun Youtube , boleh login je pakai FB kan ! So , cuba fikir balik , apa jadi kalau FB ditutup ??



Facebook We didn't get the memo about shutting down, so we'll keep working away like always. We aren't going anywhere; we're just getting started.
January 9 at 2:50pm · · Comment
View all 14,375 comments

MORAL OF THE STORY:


Elakkan diri mudah mempercayai berita daripada sumber ketiga, lagi-lagi pihak itu tiada kredibiliti. Dalam kes ini, pihak WWN adalah tidak kredibel langsung kerana mereka memang suka mereka-reka cerita sensasi yang berunsurkan konsumerisme jer...


SATU DUNIA DITIPU..huhu..

0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu