09 July 2011

BERSIH laa sangat..

Tarikh 9 Julai 2011 detik negara berdepan dengan perhimpunan bersih2.0 (gabungan pilihanraya bersih dan adil) bagi menuntut pilihanraya yang bersih dari segala aspek rasuah, penipuan dan salah guna kuasa.


Sekurang-kurangnya  lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.


Sememangnya,perhimpunan ni mengundang kesusahan mahupun kesenangan bagi pihak yang menyetujuinya.


Bila fikir logik balik kenapa perlu diadakan perhimpunan seperti ini..?


Pada pandangan aku ini sebahagian daripada rentetan bersih 1 dahulu pada November 2007 yang menuntut 4 perkara tidak dilayan.Kali ini BERSIH 2.0 bangkit dengan 8 perkara:




1.Bersihkan senarai nama pengundi

2.Undi pos biar jangan mengarut sangat

3.Gunakan dakwat kekal


4.Akses media yang adil

5.Tempoh berkempen 21 hari

6.Agensi kerajaan bebas dari parti politik

7.Hentikan rasuah

8.Hentikan politik kotor


Pandangan rakyat ada kalanya perlu didengar..Dalam demokrasi itu sendiri kuasa memang ada pada rakyat.


Namun pihak kerajaan harus ambil situasi menang-menang dalam soal ini.


Btw aku bukanlah memihak pada sesiapa..namun apa yang diinginkan MALAYSIA menjadi negara aman dan makmur sejahtera dan damai..


Ini sebenarnya yang terkandung dalam misi kerajaaan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"


Moga moga ini semua berakhir dengan baik..


Suasana KL hari ini jadi sunyi sepi dan ini pengalaman pertama aku melihat keadaan seperti itu.Nak kata takut x laa..bagi aku ni situasi sebenar yang aku rasa puas kalau tengok depan mata..


Apapun meh kita bersihkan hati,sebelum kita bersihkan orang lain.Nawaitu pada diri yeaa kawan2..~


Sebahagian daripada gambar2 pemandangan yang cukup bersih..


Sunyi giler luar kebiasaan




Best balik lengang jer..

REALITI SEBENAR..
























0 Pelangi Cinta:

 

Copyright © 2013 Reserved to Pelangi Cinta

Design by Dunia Ayu